Sunday, November 4, 2012

Hadi Lawan Najib, Nik Aziz Juga Sokong

GENU PAGI                                                                                                                                       

Muryisul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat sependapat dengan saya bersetuju kalau Abdul Hadi Awang bertanding di Pekan untuk menentang Najib Razak. Nik Aziz juga berpegang kepada alasan sama dengan saya, tidak timbul kalau Abdul Hadi kalah. Beliau mengalu-alukan langkah Abdul Hadi itu kerana menentang orang yang berjuang menegakkan semangat nasionalisme adalah satu kewajiban.

Dalam keyakinan Pas Umno adalah pejuangan kebangsaan, di mana satu perjuangan yang batil sebab perjuangan menegakkan kaum tidak merupakan perjuangan mutlak dalam kehidupan seorang manusia sebagai hamba Tuhan.

Dari sudut lain saya melihat tindakan Abdul Hadi itu boleh membersihkan fikiran sesetengah pihak yang mengatakan beliau (Abdul Hadi) masih lagi menyimpan hasrat untuk mewujudkan unity government. Jadi dengan beliau menentang Najib, sampah UG itu boleh dibersihkan. Tindakan Abdul Hadi itu sebagai membuktikan bahawa hasrat untuk menubuhkan UG sudah tidak ada lagi.

Sedar atau tidak masih ada di kalangan kecil baik di dalam Pas maupun PKR dan DAP sebelum dapat menerima sepnuhnya kerjasama Pas dengan PKR dan DAP. Ada yang beranggapan Pas masih menaruh harapan akan wujud kerjasama dengan Umno. Ada suara-suara dan nada kebimbangan yang Pas akhirnya akan berpelukan dengan Umno.

Tanggapan negatif itu membahayakan Pakatan Rakyat di mana timbul perasaan curiga di antara satu sama lain. Jadi sekiranya Abdul Hadi mendada dengan Najib di Pekan ia boleh menyapu perasaan itu. Semangat di kalangan Pakatan Rakyat juga akan meningkat serta merta.  Tindakan Hadi itu akan menampakkan iltizam Pas dengan Pakatan Rakyat tinggi.

Kesimpulannya Pas perlu melepaskan Abdul Hadi untuk ke Pekan. Atau Abdul Hadi boleh menggunakan kuasa proregatifnya sebagai presiden untuk berbuat demikian. Sebagai presiden Abdul Hadi boleh endorce jemaahnya sendiri. Yakinlah tindakan Abdul Hadi itu - Presiden bertempur dengan presiden akan dicatat dalam sejarah politik tanah air. Seperti dikatakan tadi soal sejarah itu tidak penting yang penting menunjukkan komitment perjuangan.

Hendaknya apa disuarakan presiden Pas itu akan turut dibangkit didalam muktamar tahunan Pas yang akan berlangsung di Kota Bharu minggu depan. Dan saya juga percaya Abdul Hadi bukan sengaja melontarkan idea itu kecuali untuk mendapat pandangan dari akar umbi. [wm.kl.9:19 am 04/11/12]

2 comments:

mahaza said...

Pandangan tuan benar untuk mematahkan kelompok curiga dan kelompok UG. Dari segi peribadi tentunya saya lebih redha DS Najib menang untuk melayakkannya dilantik sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU-13.

bat8 said...

Tuan MSO,

Saya juga setuju dan menyokong penuh pendapat tuan agar TGHH menetang Najib di parlimen Pekan dalam PRU 13 nanti. Presiden lawan Presiden.

Sebenarnya tidak ada yang rugi jika TGHH bertanding menetang Najib di Pekan, pertama, beliau pernah menyuarakan hasratnya tidak mahu bertanding dalam PRU 13 nanti. yang perlu dipastikan adalah, calun penganti beliau di kawasan Maranng yang akan mewakili adalah winable candidate yang boleh mempertahankan kerusi parlimen tersebut.

Tetapi keuntungan dan laba politik dari tindakan yang berani adalah tinggi. Tekanan kepada Najib akan meningkat kerana TGHH bukan sebarang lawan.

Sekiranya TGHH dapat mengurangkan 1/2 dari undi majoriti Najib ia adalah satu kemenangan yang besar bagi Pakatan. Apatah lagi jika undi majoriti Najib dalam PRU 13 nanti turun dengan mendadak.

Saya ingin mengambil peluang untuk menyentuh perjuangan UMNO Baru. Perjuangan berlandasan kaum atau nasionalis oleh UMNO dan UMNO Baru hanya benar sehingga UMNO Baru memasuki Sabah dalam awal 90an dulu sahaja.

Selepas memasuki Sabah, asas perjuangan UMNO Baru adalah diatas dasar pragmatisma i.e ikut keadaan je.

Satu fakta yang sering disorok ialah semasa hendak memasuki Sabah, UMNO Baru telah bertukar dari sebuah parti melayu Islam kepada parti bumiputra.

Sebelum memasuki Sabah UMNO Baru telah mengubah syarat keahliannya dari melayu Islam kepada bumiputra melalui satu EGM. Pindaan ini diluluskan oleh EGM dan dimaklumkan kepada Pendaftar Pertubuhan untuk rekod dan pengesahan.

Perubahan ini bukan perubahan tektikal sahaja tetapi ia adalah satu perubahan status yang sah disisi undang-undang ia itu Akta Pertubuhan 1966. Ini bermakna dari segi undang-undang UMNO BARU adalah SEBUAH PARTI BUMIPUTRA SAMA SEPERTI PARTI PBB PIMPINAN TAIB MAHMUD!

Jika kita semak daftar keahlian UMNO Baru di Sabah, kita akan dapati terdapat ramai kaum bumiputra bukan melayu dan bukan Islam menjadi ahli UMNO Baru. Hatta Ketua Bahagian Penanpang Sabah bernama JOHN AMBROSE!

Yang lebih menarik lagi, sekitar awal tahun ini, sekitar bulan Mac atau April, selepas Najib memakukan lawatan ke Kedah - ada sebuah kampomg siam di kedah telah menubuhkan cawangan UMNO BARU di kampong mereka.

Bat8