PENDAGAN PAGI
Bantahan beberapa pemimpin Umno terhadap permintaan Anwar Ibrahim agar pihak luar memantau perjalanan pilihan raya di negara ini adalah satu tindakan mundur ke belakang dan secara tidak langsung menyerlahkan bahawa demokrasi negara ini tidak telus dan masih dibayangi noda-noda kekotoran. Kenapa harus takut dengan pemerhati dari luar?
Sekurang-kurangnya dua orang pemimpinan Umno setakat ini yang melenting dengan tindakan Anwar itu, Ketua Pemuda yang tidak diberi kuasa Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Setiausaha Agung Teuku Adnan Teuku Mansor. Mereka telah mengkritik langkah Anwar meminta Menteri Luar Australia Senator Bob Carr agar bertindak sebagai pemerhati kepada proses pilihan raya di negara ini.
Anwar mendakwa mempunyai beberapa bukti jelas menunjukkan proses pilihan raya di negara ini tidak berjalan dengan adil dan saksama. Kalau bukti itu diberikan oleh pemimpin Pas atau DAP mungkin ia boleh ditolak dengan mudah tetapi, apabila Anwar bekas pemimpin tertinggi Umno yang sering dikaitkan dengan politik busuk dan hanyir mempertikaikannya tidak siapa dapat menafikan lagi.
Anwar menyuara apa yang beliau tahu dan mungkin apa yang beliau sendiri merestuinya selama lebih 20 tahun berada di dalam Umno.
Bob Caar dilaporkan telah mendedah bahawa Penasihat Umum PKR itu ada menulis surat kepadanya agar menjadi pemerhati kepada perjalanan pilihan umum negara ini yang bakal menjelang awal tahun depan. Bagaimana pun kata menteri luar berkenaan, beliau menolak kerana urusan pilihan raya adalah urusan Malaysia sendiri.
Apabila menteri luar itu tidak bersedia untuk menjadi pemerhati sepatutnya tidak perlu sesiapa membangkitkannya. Sebaiknya pemimpin Umno atau kerajaan tidak perlu memberi komen negatif terhadap perkara itu sehingga menampakkan yang mereka terdesak dan takut dengan pilihan raya umum ke-13 ini, bukannya Anwar sebaliknya pihak Umno. Apakah Umno sudah sangat cemas akan kedudukannya pada masa kini?
Khairy telah menempelak tindakan Anwar itu sebagai terdesak dan meminta agar Anwar menghentikan tindakan berkenaan. Alasan diberikan Khairy seperti alasan biasa digunakan kerajaan UBN, kononnya pemantau luar tidak diperlukan kerana peranana SPR sudah mencukupi dan badan bebas itu sudah mempunyai wibawa yang tidak boleh dipertikaikan.
Manakala Teaku Adnan pula menyifatkan usaha Anwar itu sebagai kesenimbungan kepada ikhtiarnya mendapat sokongan asing untuk membantu perjuangannya bagi menumbangkan kerajaan UBN. Adnan lalu menyebut sebelum ini Anwar pernah ke Tukri berjumpa pemimpin negara itu dan memberi tahu bahawa Malaysia bukan negara Islam.
Baik Khairy maupun Teuku Adnan seharusnya tidak menghalang mana-mana pemantau luar datang ke negara ini. Dengan bersedia memberi ruang kepada pemamtau luar ia menunjukkan pihak kerajaan sendiri yakin dengan proses pilihan raya negeri ini. Tetapi apabila pihak kerajaan sendiri melenting dan menuduh itu sebagai satu pengkhinatan maka jelas mereka juga cuba menyembunyikan sesuatu yang busuk dalam proses pilihan raya. Kalau tidak begitu, masakan mereka berdolak dalih untuk membiarkan pemerhati menyaksikan proses demokrasi negara ini.
Jika hendak dikira apa yang kerajaan UBN hendak takut sekiranya proses pilihan raya berjalan dengan betul dan telus? Bukankah dengan adanya pemerhati asing ia akan menyakinkan lagi rakyat mengenai integriti dan kredibiliti kerajaan UBN. Sekiranya dalam pilihan raya akan datang UBN menang besar, tidak akan timbul lagi pilihan raya kotor dan tidak adil kerana pemantau luar sudah ada. Adalah silap kalau kerajaan cuba menghalang pemerhati luar datang menyaksikan pilihan raya kita.
Dengannya pemantauan luar, baik pembangkang atau pihak Anwar sendiri juga tidak dapat menafikan lagi kemenangan UBN nanti adalah kemenangan mutlak kerana pilihan raya yang diadakan itu di hadapan pemerhati luar. Selepas ini tidak ada lagi alasan-alasan yang selalu kedengaran sebelum ini, seperti pilihan barat seblah, bermian atas padang tidak sama rata dan sebagai tidak akan kedengaran lagi.
Sebaliknya tanpa ada pemerhati sebagai saksi, kalaupun pilihan raya itu telus dan adil ia akan tetap akan dikatakan tidak adil, kerana pemantau sebagai saksi kepada "keadilan" itu tidak ada.
Kesimpulannya adalah lebih baik kerajaan membenarkan seberapa banyak pemantau pilihan raya dari luar datang ke negera ini. Tidak berbangkit soal Malaysia sudah ada SPR sebagai sebuah suruhanjaya bebas mengendalikan pilihan raya negara ini. Bukan itu akan menjadi lebih baik? Selamanya umum sudah mengetahui mengenai ketelusan dan integriti SPR. Yang nyatanya kerajaan UBN tidak perlu takut kepada pemerhati bebas sekiranya mereka benar-benar telus dan adil.
Sebaliknya dengan mempertikaikan permintaan Anwar untuk membawa pemerhati luar itu dengan berbagai alasan ia sudah menampakkan kepada rakyat jelata bahawa pilihan raya akan datang akan tempang dan ada sesutau yang hendak disembunyikan oleh parti memerintah. Sesungguhnya tanpa pemerhati akan memudahkan lagi penipuan dan pengkhianatan dijalankan. [wm.kl. 9:33 am 22/11/12]
2 comments:
Tuan MSO,
Permintaan Anwar untuk pemerhati dari luar untuk datang dan memerhatikan perjalanan PRU 13 adalah satu permintaan yang wajar. Kerajaan sepatutnya menerima baik permintaan Anwar kerana ia akan memberi legitimasi kepada perjalanan PRU dan demokrasi di Malaysia.
Oleh kerana politik di malaysia ini berbentuk adversary di kalangan, sudah tentu UMNO Baru/BN sebagai parti yang bersaing dengan Pakatan rakyat akan mengambil pendirian yang bertentangan.
Disini letaknya kebijaksanaan kita sebgai pengundi dan rakyat. Kita perlu melihat isu PRU secara holistik kerana ia adalah medan bagi parti-parti politik yang berdaftar di negara ini menghujah sesuatu dasar untuk memikat kati kita sebagai pengundi dan rakyat untuk memilih mereka membentuk kerajaan persekutuan setiap 5 tahun sekali. Ini adalah teori atau asas umum PRU.
Tetapi, kita tahu, kalau tidak menipu semua orang, bukan UMNO baru lah namanya. Semua isu yang boleh menjejaskan peluangnya untuk mengekal kuasa hendak ditipu dan putarbelit olehnya.
Dalam isu PRU 13 ini kita semua dapat membaca ia akan menjadi satu PRU yang penuh dengan penipuan. Ibu atau raja kepada penipuan ini adalah DAFTAR PEMILIH yang akan digunakan. Daftar pemilih telah dimasukkan dengan pelbagai hantu raya, jembalang dan jin untuk memenangkan UBN. Daftar pemilih telah " DI CAING " dengan begitu rupa sehingga ia akan memberi gambaran yang paling jelas kepada pemerhati-pemerhati luar ini di hari pembuangan undi nanti yang penipuan secara besar-besar berlaku didepan mata kepala mereka.
Inilah alasan kepada komen-komen "gong" pemimpin-pemimpin UMNO Baru terhadap cadangan Anwar itu. Komen-komen taraf pemikiran menggunakan kepala lutut ini tidak menguntungkan mereka kerana rakyat kita bukannya lagi bodoh seperti tahun 60an dulu. Rakyat boleh menilai.
Bat81
Parti setan yang dikenali amat-amat takut dan bimbang kejahatan yang mereka lakukan dibongkar oleh pemerhati luar, sebab itu mereka melenting-lenting macam cacing kepanasan.
Post a Comment