Saturday, November 17, 2012

Pas Masih Tulen Seperti Dulu: Majlis Syura

KENYATAAN                                                                                                                     

Dr Haron Din
Mereka yang beriman dan menyakini kepada Pas tidak perlu meragui lagi apakah perjuangan Pas hari ini sudah lari dari landasan atau tidak. Kenyataan dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulamak yang menjelas dan memperakui bahawa perjuangan Pas hari ini sama dengan perjuangan dulu boleh dijadikan panduan atau pun jawaban kepada mereka yang menaburkan fitnah ke atas Pas.

Malam tadi Majlis Syura Ulamak mengadakan sidang khas di kediaman Menteri Besar JKR 10 Kota Bharu, ekoran timbul keraguan atau sebenarnya kekacauan dibuat oleh musuh-musuh Pas yang menjaja kononnya perjuangan Pas sudah lari daripada perjuangan asal kerana bersama DAP dan PKR.

Timbalan Musyidul Am, Dr Haron Din telah membaca kenyataan khas yang dikelaurkan Majlis Syura Ulamak di mukatamr ke 58 lewat petang ini. Sepanjang kenyataan itu dibaca dewan muktamar sunyi sepi dan semua perwakilan menghayati patah0patah kenyataan berkenaan. Berikut adalah kenyataan berkenaan;

Badan tertinggi PAS Majlis Syura Ulama PAS hari ini membuat penekanan dan perakuan rasmi bahawa perjuangan dan arah tuju parti itu tidak lari daripada perjuangan asal PAS dahulu seperti yang termaktub dalam fasal 5 (1) perlembagaan parti.

Fasal tersebut berbunyi: "memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah"

"PAS hari ini adalah PAS dahulu, perjuangannya tidak lari dari perjuangan asal. Arah tuju PAS dahulu dan PAS sekarang adalah sama.

"PAS masih utuh dan masih tetap atas perjuangan asal tanpa sedikitpun menyeleweng dari apa yang tercatat di dalam perlembagaannya," kata majlis itu dalam satu kenyataan.

Keputusan sebulat suara itu dibuat selepas bermesyuarat membahas semula apakah negara berkebajikan - yang menjadi tema muktamar parti itu - sesuatu yang "baru dan berlawanan" dengan negara Islam yang diperjuangan oleh PAS selama ini atau sama.

Bahkan, majlis itu juga memperbahaskan semula mengenai tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang diputuskan atau dilaksanakan PAS masih relevan dan selaras dengan perjuangan parti itu dan mengambilkira komen dari dalam dan luar PAS mengenai arah tuju parti itu.

Dalam kenyataan itu juga Majlis Syura berkata dasar tahaluf siyasi yang diputuskan oleh badan itu al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak dan Qias dengan memberi perhatian dan mengambil pengajaran daripada tahaluf siyasi Rasullullah SAW.

Katanya, semasa berlaku Perjanjian Hudaibiyah, baginda rela membuang perkataaan "Arrahmanirrahim" dalam "Bismillah" serta perkataan "Rasulullah" selepas perkataan "Muhammad" dalam perjanjian itu, selepas dibantah oleh Umar bin Suhail.

"...Menyebabkan ada di kalangan sahabat yang melahirkan dukacita dan seperti tidak mahu tahaluf. Namun demikian Rasulullah SAW menyetujuinya.

"Itulah liku-liku politik yang telah ditempuhi oleh baginda Rasulullah sendiri yang patut kita beri perhatian ketika membuat keputusan-keputusan tahaluf siyasi.

"Apabila keputusan telah diambil maka ia wajib dipatuhi oleh semua ahli, demi keutuhan dan kemantapan oraganisasi," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, Majlis Ulama PAS menyeru seluruh ahli, pendokong dan penyokong PAS agar jangan melayan fitnah yang ditaburkan oleh musuh PAS kononnya parti itu terpesong dari perjuangan.

Badan itu juga berkata musuh PAS tahu bahawa PAS masih atas keasliannya, tetapi sengaja menaburkan fitnah itu tanpa mereka menyedari bahawa sebenarnya mereka mengiktiraf PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam yang sebenarnya.
"Di waktu yang sama, mereka seperti tidak menyedari bahawa itu adalah taktik dan strategi musuh PAS untuk menyelamatkan diri mereka daripada ditolak rakyat dengan menggunakan individu-individu tertentu untuk mencalar PAS demi menjaga kepentingan mereka yang amat tergugat, dan PAS insya-Allah akan melakar kejayaan," [*** 6:33 pm 17/11/12]

1 comment:

sizzly7761 said...

Alhamdulillah....! Semoga tiada lagi keraguan dihati kalangan ahli akarumbi hinggalah pucuk pimpinan atas perakuan Majlis Syura Ulama PAS. Mulai sekarang semua pandangan dari mereka yang telah dipecat dan sengaja hendak kena pecat dan mereka yang jadi Duri dalam daging, Api dalam sekam dan Gunting dalam lipatan hendaklah di abaikan dan dibakulsampahkan! Mereka ini adalah alat yang cuba mencacamarbakan keutuhan PAS.Sentiasalah waspada dengan mereka ini seperti Hasan Akidah dan Nasha UG dan yang sewaktu denganya.