Showing posts with label Bakar Chik. Show all posts
Showing posts with label Bakar Chik. Show all posts

Wednesday, October 2, 2013

Bakar Chik juga berminat rebut jawatan naib presiden

MENYILAU RASA                                                                                

Gegak gempita mengenai pemilihan di dalam Umno tidak mudah meredakan cakap-cakap apa yang sedang berlaku di dalam Pas waktu ini. Pas yang juga akan mengadakan pemilihan pemimpinnya tahun ini turut sama diberi perhatian oleh orang ramai. Sepak terang kecil sudah berlaku dalam Pas sebagai kempen dan promosi calon-calon untuk merebut jawatan penting.

Abu Bakar Chik
Pas agak kurang bernasib baik sedikit kerana jawatan nombor dua akan berlaku perlawanan tidak seperti Umno di mana jawatan nombor dua dan nombor satu telah diumumkan menang tanpa bertanding. Masing-masing diperolehi Najib Razak dan Muhyiddin Yassin.

Dengan terelaknya berlaku pertandingan didua jawatan utama itu, gelora di dalam pemilihan Umno tidaklah besar sangat.

Berbeza dengan Pas. Kedudukan Abdul Hadi Awang sebagai presiden selamat. Tidak ada yang tergamak untuk melanggar Abdul Hadi. Di sinilah sedikit kelebihan Pas sebagai parti haraki di mana nilai wala'nya tinggi. Kalau ada pun yang ingin menentang Abdul Hadi ia adalah angin semilir yang kuasa tiupannya tidak bisa menggerakkan daun lalang pun.