Showing posts with label Himpunan Turun. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Turun. Show all posts

Thursday, May 1, 2014

Himpunan TURUN bantah GST berjalan lancar

CATATAN                                                                                         

Pemandangan himpunan di hadapan Dataran Merdeka.
Himpunan TURUN bantah GST yang berlangsung di Dataran Merdeka petang ini telah selesai dan berjalan dengan aman. Semua pihak berpuas hati. Himpunan kali ini tidak ada halangan langsung daripada pihak polis seperti sebelum ini.

Para peserta bebas untuk bergerak. Tidak ada semburan air beracun atau pun kedengaran hantukan cota si kepala merah dan jeritan mengejar para peserta himpunan. Mungkin tidak ada setitik darah juga yang jatuh ke bumi.

Walaupun jumlah yang hadirnya tidak begitu ramai, tetapi ia cukup untuk dijadikan simbol penentangan rakyat kepada pelaksanaan cukai baru yang akan diperkenalkan kerajaan yang dikira membebankan rakyat bawahan.

Himpunan itu digerakan oleh beberapa NGO dimana enjin himpunan itu pihak Pakatan Rakyat. Pimpinan tertinggi Pakatan termasuk Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Azmin Ali, Sallahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir membimbang desakan rakyat.

Wednesday, January 1, 2014

TURUN beri amaran kepada Najib

HIMPUNAN TURUN                                                                         

Mungkin angka tidak penting untuk melihat kekuatan pada himpunan mendesak harga barang dan keperluan lain agar diturunkan yang berlangsung di Dataran Merdeka malam tadi. Ia boleh dianggarkan 10,000 atau 20,000 atau mencecah angka 50,000. Tegasnya himpunan bertema TURUN semalam adalah satu lagi sejarah tersendiri untuk rakyat negara ini khasnya mereka yang berpartisipasi dengan acara itu.

Perarakan TURUN memenuhi Dataran Merdeka.
Disebabkan himpunan semalam berlangsung dalam waktu malam, maka tidak ada kamera sesiapa dapat menjilat setiap tubuh yang hadir. Makanya para pemerhati boleh meletakkan berapa saja angka yang disukai. Dari pihak penganjur Gerakan Turun Kos Sara Hidup, pasti berpuas hati dan mereka boleh dakwa jumlahnya melebihi 30,000 menyahut seruan mereka membela rakyat.

Mereka juga perlu merasa bangga kerana kerahan melalui media baru Facebook, twitter dan sebagainya itu berjaya. Himpunan semalam bukan digerakkan oleh mana-mana parti politik tetapi ia boleh dianggap usaha golongan muda Malaysia yang insaf. Satu usaha dan permulaan baru yang memberangsangkan.