Mulanya saya tidak berminat memberi apa-apa komen atau ulasan mengenai pertembungan sesama sendiri di antara Pas, PSM (PKR) di kerusi Kota Damnsara, Selangor di dalam pilihan raya lalu sehinggakan kerusi itu melayang ke tangan calon BN, Halimaton Sadiah. Secara teorinya kalau kerusi itu ditandingi seorang sama seorang di antara Pakatan Rakyat dengan UBN, sudah sahih kerusi itu akan dimenangi oleh PR menerusi calonnya Dr Mohd Nasir Hashim.
![]() |
| Dr Mohd Nasir Hashim |
Lagi pun Dr Nasir telah mewakili kerusi berkenaan pada pilihan raya 2008 lalu.
Cuba perhatikan undi yang diperolehi Dr Nasir dan calon Pas Rizuan Ismail. Nasir mendapat 14,860 undi manakala Rizuan mendapat 7,312. Kalau dicampur kedua undi mereka itu Pakatan Rakyat akan memperolehi 22,172 undi berbanding dengan Halimaton Saadiah yang menang dengan mendapat undi sebanyak 16,387. Sebab itu kalau mengikut teori (atas kertas) Dr Nasir akan menang dengan majoriti sekurang 10,000. Tetapi...
