Showing posts with label MH 370. Show all posts
Showing posts with label MH 370. Show all posts

Sunday, March 16, 2014

MH 370 harapan masih ada

ULASAN AHAD                                                                                 

Najib: Kenapa takut hadapi wartawan?
Tengah hari semalam Najib Razak tampil memberi kenyataan akhbar (sebenarnya mengumum) perkembangan baru berhubung kehilangan pesawat MH 370. Beliau membaca kenyataan yang sudah disiapkan berupa laporan terbaru dengan beberapa 'titik' pertemuan. Penampilan Najib mengambil alih sidang akhbar daripada sepupunya yang juga pemangku Menteri Pengangkutan, Hishamuddin Hussein sangat dinanti-nantikan oleh semua orang dan diharap ia memberi khabar besar.

Orang ramai mengira apabila Najib sendiri tampil memberi sidang akhbar ia dikira nokhtah kepada kehilangan pesawat berkenaan yang sudah masuk hari ke 9 lapan itu. Saya sendiri menunggu penampilan Najib dengan meramalkan dia mengumumkan kesimpulan dan meletakkan nokhtah mengenai pesawat berkenaan. Najib tidak akan muncul di sidang akhbar kalau hanya setakat untuk memberi kronologi yang sudah ribuan kali diucapkan pada sidang akhbar sebelumnya. Itulah doa semua orang.


Wednesday, March 12, 2014

Maklumat, ulasan live mengenai MH 370 tambah menyerabutkan

RENUNGILAH                                                                                   

Benar kehilangan pesawat MH 370 yang sudah masuk hari kelima boleh dianggap aneh dan ia mengegarkan dunia. Para pemimpin dan ketua-ketua jabatan tertentu negara kita sendiri sudah pening dan bingung memikirkannya. Setakat ini tidak ada apa-apa 'solusi' berhubung kehilangan pesawat B777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu.

Dari satu sudut kehilangan membingungkan semua orang itu telah membantu usaha memperkenalkan negara ini di mata dunia. Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014, turut mendapat kesan kelabaan dari kejadian itu. Kenapa tidak, dalam sekelip mata saja nama Malaysia menjadi pertuturan negara-negara di seluruh dunia. Orang makin mengenali dan pandai menyebut perkataan MALAYSIA dan nama Malaysia Airline System juga menjadi butiran ratiban.

Tetapi sayangnya kehebatan nama negara kita dalam warna dan variasi yang tidak begitu menyenangkan. Negara kita mendapat kesan langsung atas tragedi itu. Kesan yang kita dapat ialah kesan negatif dan tidak berapa elok untuk sesebuah negara. Reputasi pembangunan dan kemajuan negara kita sedikit terjejas.