ULAS ISU
Secara tektikalnya pergolakan politik Umno Kedah sudah hampir selesai apabila parti itu sudah menamakan MB baharu sebagai mengganti Mukhriz Mahathir. Usaha Mukhriz dan kuncu-kuncunya untuk mempertahankan diri nampaknya gagal. Pemerhati hanya menunggu pengumuman rasmi siapa MB baharu Kedah itu.
Sukar untuk ditentukan siapa MB baharu Kedah kerana ramai yang berkelayakan. Bagaimana pun pemilihan MB itu pasti dibuat terhadap orang yang tidak meneruskan kontroversi. Seorang calon yang boleh meredakan pergolakan itu dan diterima umum dinamakan. Umno Kedah perlu aman dan diamankan selepas ini sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum.