PANDANGAN
Langkah kerajaan menjadikan mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus peperiksaan (SPM) seperti mana dimaktubkan dalam Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang diumumkan Muhyiddin Yassin semalam menimbulkan pro-konra. Ada yang bersetuju dengan langkah itu dan ada yang sangsi akan keberhasilannya berpandukan beberapa plan atau strategi pendidikan diperkenalkan sebelum ini.
Antara yang sangsi ialah Anwar Ibrahim dan Presiden Jalur Tiga, Mohd Hasan Ali. Anwar bukan tidak setuju tetapi beliau menekan supaya permartabatan bahasa Melayu harus dimampatkan dahulu kerana ia merupakan agenda plan induk pendidikan. Bagi Anwar kedudukan bahasa Melayu masih belum mencapai tahap yang dibanggakan.
Beliau juga memberi pandangan apa yang patut diutamakan sebelum mata pelajaran Inggeris diwajibkan ialah persediaan prasarana ke arah itu seperti mutu guru, kemudahan dan peralatan pembelajaran seperti perpustakan dan lain-lain perlu dilengkapkan.