Showing posts with label Pendedahan. Show all posts
Showing posts with label Pendedahan. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Gurauan Rabu

Pendedahan Berani
Daftarkan Pasukan Beruniform
Sebagai Pengudi Parti Kerajaan

Ya Aziz: SEORANG pesara tentera, Kamarulzaman Ibrahim 53 hari ini membuat pendedahan berani dan mengejutkan bagaimana beliau telah memangkah kertas undi atas arahan pegawai pemerintah sehingga lengguh tangan.

Dalam pendedahan yang dibuat di ibu pejabat Pas Jalan Raja Laut bersama tiga pesara tentera lain, Kamarulzaman memberi tahu kerja itu dilakukan semasa beliau bertugas sebagai keranai di kem Terendak Melaka.
Nah sekarang semakin jelas bahawa sistem pilihan raya di negara ini tidak telus dan adil. Sudah lama pihak oposisi meminta supaya proses atau pengundian pos dimansuhkan kerana ia jelas tidak adil, namun ia tetap tidak dipedulikan.

Kalau mengikut Kamarulzaman itu, undi Pos langsung tidak membawa apa-apa kesan kerana ia dipangkah bukan atas pilihan individu sebaliknya dipangkah secara borong.

Prinsip demokrasi satu rakyat satu undi sudah lama dinodai. Jadi macam mana Mohd Aziz Yusuf dan Wan Ahmad Wan Omar hendak berdolak dalih lagi dalam hal ini. Mungkin esok Aziz dan Wan Ahmad juga akan berdalih dengan mengatakan mereka juga menjalankan tugas menurut 'pegawai pemerintah'.

Pegawai atau manusia yang tidak ada maruah akan berbuat apa-apa saja untuk menjaga temboloknya. Manusia seperti ini kalau disuruh jalan seperti itik dan melompat seperti katak akan dilakukannya.

Sebaliknya dengan pendedahan demi pendedahan mengenai kepincangan SPR dan juga penyelewengan yang dipertahankan sejak zaman Rashid Ahmad itu sudah cukup untuk Pengerusi SPR, timbalan dan setiausaha mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan. Kalaupun mereka tidak malukan kepada manusia tetapi malulah kepada lembu dan kerbau.

Di sini saya nak cadangkan kalau SPR gagal kawal undi pos, gagal berlaku adil dan telus, ubahlah saja undang-undang di mana anggota Tentara, Polis atau mana-mana pasukan beruniform kerajaan termasuk juga di pejabat PM dan Bank Negara didaftarkan terus sebagai pengundi wajib parti kerajaan.

Di mana dalam peraturan ini mereka tidak perlu datang mengundi tetapi nama mereka terus dikira sebagai pengundi parti kerajaan. Cara ini rasanya lebih senang dan tidak menyaktikan hati. Dalam persidangan Parlimen yang akan datang ini usul pindaan akta SPR untuk menjadi pegawai kerajaan beruniform sebagai pengundi wajib kepada parti kerajaan boleh dipertimbangkan. Apa kata? [ttdi.kl 2:48 pm 17/08/11]

Thursday, August 4, 2011

Sumbangan Penjenguk

Pendedahan Bagaimana Proses Kewarganegaraan Berlaku

Seorang penjenguk blog Merah Tinta telah mengirim emai seperti dibawah ini. Saya tidak mahu mengulas email ini tetapi para penjenguk semua dapat menilai dan mengkaji sendiri serta mengambil iktibar atas apa didedahkan ini. Atas permintaannya saya tidak akan dedahkan nama penjenguk ini, sebagai penghormati etika journalisme.

Assalamualaikum tuan hj mso,

Saya ingin berkongsi maklumat tentang isu ini. Sememangnya di kawasan kampung saya iaitu di Sungai Buloh Selangor, keadaan ini sudah menjadi amat parah. Saya anggarkan tidak kurang daripada 200-400 orang diberi taraf warganegara Malaysia dengan begitu mudah.

Saya mengetahui cerita ini daripada ayah saya sendiri. Dia berjaya mendapat taraf warganegara setelah 20 tahun memohon dan hampir 30 tahun berhijrah ke Malaysia daripada Kemboja akibat perang saudara di sana.

Apa yang mendukacitakan, ada yang baru sahaja beberapa tahun tiba juga turut diberikan taraf warganegara.

Mereka dihimpunkan secara teratur dan 'misteri' di beberapa tempat untuk menguruskan hal ini. Antaranya ialah di sebuah dewan orang ramai di Kuala Selangor dan juga sebuah kem motivasi juga di sana.

Memang terbukti bahawa pihak JPN, Polis dan beberapa agensi kerajaan lain terlibat dalam projek ini. Di dalam dewan, mereka diberikan ceramah seperti birotatanegara, angkat sumpah, mengambil gambar dan diuruskan proses pendaftaran SPR secara 'amat sistematik'.

Inilah yang berlaku di satu tempat.

Bayangkan pula berapa banyak di seluruh Selangor dan juga di tempat2 lain. Saya minta bantuan tuan untuk mendedahkan perkara ini. Minta tolong jgn dedahkan nama saya kerana saya anggota perkhidmatan awam. Walaupun ayah saya seorang pendatang, saya menyayangi Malaysia, kerana disinilah tanah tumpah darah saya.

Kepada pengirim dan pemberi maklumat ini diucapkan berbanyak terima kasih dengan doa Allah melindungi kita semua didunia dan akhirat dan selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan. Up: Email itu diposkan dalam bentuk asal tanpa sebarang perubahan.[wm.kl.6:39 pm 05/08/11]