Thursday, August 4, 2011

Sumbangan Penjenguk

Pendedahan Bagaimana Proses Kewarganegaraan Berlaku

Seorang penjenguk blog Merah Tinta telah mengirim emai seperti dibawah ini. Saya tidak mahu mengulas email ini tetapi para penjenguk semua dapat menilai dan mengkaji sendiri serta mengambil iktibar atas apa didedahkan ini. Atas permintaannya saya tidak akan dedahkan nama penjenguk ini, sebagai penghormati etika journalisme.

Assalamualaikum tuan hj mso,

Saya ingin berkongsi maklumat tentang isu ini. Sememangnya di kawasan kampung saya iaitu di Sungai Buloh Selangor, keadaan ini sudah menjadi amat parah. Saya anggarkan tidak kurang daripada 200-400 orang diberi taraf warganegara Malaysia dengan begitu mudah.

Saya mengetahui cerita ini daripada ayah saya sendiri. Dia berjaya mendapat taraf warganegara setelah 20 tahun memohon dan hampir 30 tahun berhijrah ke Malaysia daripada Kemboja akibat perang saudara di sana.

Apa yang mendukacitakan, ada yang baru sahaja beberapa tahun tiba juga turut diberikan taraf warganegara.

Mereka dihimpunkan secara teratur dan 'misteri' di beberapa tempat untuk menguruskan hal ini. Antaranya ialah di sebuah dewan orang ramai di Kuala Selangor dan juga sebuah kem motivasi juga di sana.

Memang terbukti bahawa pihak JPN, Polis dan beberapa agensi kerajaan lain terlibat dalam projek ini. Di dalam dewan, mereka diberikan ceramah seperti birotatanegara, angkat sumpah, mengambil gambar dan diuruskan proses pendaftaran SPR secara 'amat sistematik'.

Inilah yang berlaku di satu tempat.

Bayangkan pula berapa banyak di seluruh Selangor dan juga di tempat2 lain. Saya minta bantuan tuan untuk mendedahkan perkara ini. Minta tolong jgn dedahkan nama saya kerana saya anggota perkhidmatan awam. Walaupun ayah saya seorang pendatang, saya menyayangi Malaysia, kerana disinilah tanah tumpah darah saya.

Kepada pengirim dan pemberi maklumat ini diucapkan berbanyak terima kasih dengan doa Allah melindungi kita semua didunia dan akhirat dan selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan. Up: Email itu diposkan dalam bentuk asal tanpa sebarang perubahan.[wm.kl.6:39 pm 05/08/11]

4 comments:

ana_zuhir said...

betul la seperti ap yg dinukilankn olek pak samad kte dalam salah satu karyanya iaitu peludah warna, "Kerana nikmat amat lama berkuasa,kuasa pun seolah menjadi hartanya",

Mat Luku said...

As-salam..terima kasih kepada pengirim email yg berani menyampaikan cebisan kisah kepetualangan umno-bn(UBN)...mmg jauh di sudut hati ini terasa di hina dan di perkosa hak dan kwwarganegaraan saya.amat malang malaysia di pimpin oleh parti yg dayus dan bacul,amat gundah jika hilang kuasa sehinggakan hilang akal berbuat apa sahaja demi kuasa...demi kuasa UBN sanggup jadi puaka!!

Al-Mukhtar said...

Ada baiknya MSO turun ke lapangan untuk buat kajian dan dapatkan butir2 yang benar2 betul...kalau tidak,takut2 sekadar andaian semata2. Perkara andaian ni...banyak betul berlaku didlm keghairahan rakyat Malaysia yang nak pertahankan kerajaan dan yang nak mengambil alih kerajaan...pada saya, kalau setakat sms atau email belum tentu kesahihannya...cuba tengok kes Mismah...bagai nak rak...tengok apa kesudahan ceritanya...

mso.im said...

Almukhtar... Terima kasih atas cadangan itubsebaik- baiknya. Apa yg didedah adalah maklumat lisan yg boleh difikirkan sejauh mana kebenarannya. Terserah...kalau mereka yg sudah mendapat maklumat awal dan ada pengalaman mengenaj pendedahan itu rasanya tdak payah untuk menikainya. Anggap saja email penjenguk itu sebaga menambah maklumat kepadayg sudah ada maklumat.
Mengenai isu Mismah, ygbsdr kata naknrak itu, apakah maksudnya. Bukankah isu Mismah itu sudah menjadi rak dan mendedahkan bagamana kekemahan sistem simpanan makkumat di negara ini. Rjuklah kepada pendedahan dan implikasi dari kes Mismah selepws itu.