Doktor Amerika Belah Lutut Najib?
Ya Quddus: Perkara ini kecil saja dan tidak patutnya menjadi isu. Tetapi disebabkan tidak ada isu besar lewat petang ini rasanya elok kalau ia dicatatkan di sini untuk menjadi renungan. Mudah-mudahan sumber dan maklumat ini dapat menyedarkan kita semua bagaimana sikap pemimpin kita.
Nilailah sendiri sebaik mungkin. Apa yang berlaku ini menyebabkan kita merasakan betapa rendahnya nilai orang kita di mata pemimpin negara kita yang bercakap soal bangsa, soal identiti dan soal nilai-nilai kita. Jelas pemimpin hanya tahu menyeru tetapi tidak mudah untuk berbuat.
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Itulah slogan PM Najib Razak. Bila sebut rakyat dalam konteks hakikatnya Melayu. Kita faham kita kenakan dahulukan Melayu dulu sebab kita adalah orang Melayu dan PM itu Melayu Bugis.
Tetapi malang Najib tidak cuba mempraktikan apa yang diseru itu sebaliknya dalam masa sama merendahkan keupayaan Melayu bangsa yang memayungnya sebagai pemimpin.
Ini dapat dilihat kepada apa yang baru terjadi. Katanya doktor yang membedah lutut Najib bukan melayu tetapi doktor dari sebuah universiti Amerika Syarikat. Perkara ini telah menjadi buah mulut dari kalangan doktor dan pakar bedah negara ini.
"Najib tidak percaya kepada Melayu, yang bedah lutut dia doktor Amerika," begitu bagi tahu seorang doktor pakar di sebuah hospital pakar di KL kepada kawan saya yang kemudian memberi tahu saya.
Menurut katanya doktor itu rasa kecewa sedikit sebab Najib seakan tidak percaya kepada doktor Melayu. Urusan membawa mari doktor berkenaan dilakukan oleh Wanita Pertama Malaysia.
"Kita hanya periksa saja, pembedahan dilakukan oleh doktor asing," jelas doktor itu kepada kawan saya itu.
Tentang berapa bayaran untuk doktor pakar jangan ditanya, Najib PM kerajaan tanggung semuanya.
Hal ini tidak ada masalah. Seperti saya katakan tadi ia bukan isu. Kerana tak ada isu elok dicatat supaya rakyat tahu dan orang Melayu tahu bahawa Najib tidak percayakan kepada Melayu. Itu saja dan selamat berbuka puasa. [wm.kl.5:03 pm 13/08/11]
8 comments:
Mungkin tuan boleh ulas mengenai penjualan saham MAS ke Tony tokey Air Asia. Apa yang kita lihat hanya pihak PAS sahaja yang membantah cadangan tersebut. Lain lain komponen dalam PR senyap sunyi ataupun komen yang diberi macam ala kadar sahaja. malaysiakini pun hanya sekali sekala keluar artikel ini. Saya percaya puncanya adalah sebab yang dapat itu bukan orang melayu ..cuba yang dapat peluang itu orang melayu saya percaya berita itu akan dikeluarkan sekerap mungkin dengan komen yang menyakit hati..kroni umno lah ..bumiputra lah.. Ini membuktikan bahawa kedua-dua parti PKR dan DAP adalah sungguh rasis tapi sayangnya PAS masih tak sedar diri demi kerusi dan sokongan kaum lain. Lihatlah facebook suhaizan kaiyat tak habis habis bercerita pasal senarai pengundi.. Ini yang saya katakan PAS akan berkerja kuat untuk menang tetapi orang lain yang akan mengaut hasil. Sekarang kita mengutuk demi untuk dapat kemerdekaan 52 tahun dulu puak umno sanggup beri kerakyataan dengan mudah pada kaum pendatang..tapi saya percaya masa akan datang anak cucu kita akan berkata demi nak menjatuhkan umno kita gadai apa kelebihan kita yang masih tinggal asal kita berkuasa..
selamat berbuka puasa
Bukan saja doktor, cikgu-cikgu sini pun tak standard, sebab tu hantor semua anak ke luar negara..
Anwar dulu berubat dengan doktor mana di Munich ?
Orang bernama Syam, apa nak kisah dengan Anwar bukankah dia penjual bangsa, pengkhianat wajar kalau dia berubat di Munich... Najib ini pembela Melayu itu yg jadi masalahnya. Kalau lagu tu Najib sama saja dengan Anwar, hanya cakap saja. Suruh rakyat hormati bangsa, kita sendiri tidak percaya kepada bangsa sendiri.
As'Salam MSO. Orang bernama Bosan. PKR atau PAS kah yang menjual KTM Tanjung Pagar? PKR atau PAS kah yang menggadai Pulau Batu Puteh? PKR atau PAS kah yang mengadai hak-hak dan saham Melayu, GLC dan kepentingan-kepentingan Melayu kepada kaum lain. PAS dan PKR kah yang mengambil Zionis sebagai penasihat? Sesungguhnya sebahagian manusia seperti iblis dan syaitan yang membaca Al-Furqan. Atau seperti ikan masin di jemuran....mata sentiasa terbuka tapi tak pernah nampak sesuatu (kebenaran) atau seperti manusia yang otak kemetot (kata MSO) ruang dan pandangan mereka begitu terbatas seperti moyang-moyang mereka 100 tahun dahulu. Selamat kena buli dan kena tipu oleh UMNO, dulu, kini dan selamanya!
Syam,
Masalahnya najib tu menipu rakyat, konon berubat di kuala lumpur. Rakyat ingat dia berubat dengan pakar tempatan maka bangga lah kita. Namun, tiada apa pun nak dibanggakan. Anwar memang berubat di Jerman dan kena ingat bukan kerajaan yang tanggung kos perubatannya. Najib guna duit pembayar cukai/ duit rakyat
Kepada 1crony, inilah masalah yang saya hadapi selama ini, asal sahaja pertikaikan mengenai PAS akan sahaja dicop sebagai orang umno dan mudah sangat ditipu oleh mereka. Pandangan yang berbeza dalam kumpulan yang sama langsung tidak dibenarkan.
Kamu sepatutnya baca apa yang saya rungsingkan. Bahawa PAS yang bekerja kuat tapi orang lain yang mengaut untung. Saya tak pernah pertikaikan fakta pasal apa yang telah digadaikan oleh UMNO. Dan saya tak peduli nak komen pasal mereka sebab saya tak undi mereka.
Lihatlah ditempat saya , walaupun ini kawasan PAS masalah kuil yang belum ada bangunan lagi pun tak boleh selesai. Itu bermaksud PAS tiada kekuatan dalam komponen.
kerisauan itu mmg ada,
khuatir, PAS dipergunakan
kepimpinan PAS harus lebih mmberi tekanan dlam PR supaya PAS di lihat lebih mnonjol. walau ape pun kesimpulan dan anggapan trhadap PAS tau PR ------ undi tetap PR
mngaitkan Tony DAP dngan rasis, mcam tak kena. tapi kalu kait kan Tony BeeEnd dan kroni mmg ade
Post a Comment