SEMENTARA menanti azan solat Subuh saya meracau membuka beberapa blog secara rawak. Buka punya buka terjumpa dengan satu blog yang memaparkan kronologi serbuan Jais ke atas gereja Methodist Damansara Utama beberapa hari lalu. Ada sesuatu yang diperolehi dari blog berkenaan dan ia menjawab persoalan yang tersembunyi beberapa waktu ini.
Dari blog itu saya menemui 12 nama orang Islam yang dikatakan turut berada di dalam majlis makan malam harmoni yang diadakan di gereja tersebut. Saya sudah menegaskan di dalam catatan sebelum ini walaupun ada sesetengah orang seakan tidak percaya dan tidak mahu kepada serbuan itu, bahawa Jais tentu ada alasan kukuh mengapa mereka menyerbu dan membuat siasatan majlis tersebut.
Hati saya tercekik tatkala membaca satu persatu nama-nama indah yang tertera pada blog berkenaan. Sedih dan hiba. Hati saya tidak menuduh apa-apa yang buruk kepada mereka, tetapi hati saya tetap bertanya-tanya kenapa mereka harus berada di majlis berkenaan yang diadakan di rumah ibadat bukan agama mereka pada saat dan waktu itu.
Setiap nama Melayu sepatutnya mereka Islam. Begitulah yang kita fahami mengikut tafsir perlembagaan negara ini. Secara automatik kalau disebut Melayu ianya beragama Islam. Apakah sinonimus itu sudah pun lenyap dan musnah kini.
Nama-nama indah dan cantik itu saya turunkan di sini untuk menjadi renungan kita semua.
1. Nadene Binti Che Mohd Sallah.
2. Muhammad Khairul Bin Abdullah.
3. Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir.
4. Ade Andrian Putra Bin Mahadzir.
5. Nea Reima Mareana Binti Mahadzir.
6. Rasyidah Binti Abd Razak.
7. Nur Umrah Binti Abd Razak.
8. Mohd Haslan Bin Bob Hasnan.
9. Faridah Binti Abdul Rahman.
10. Nur Al Ashikin Binti Shaikh Dawood.
11. Faridah Binti Abdul Latep.
12. Sahrunida Binti Assad.
Memerhati kepada nama-nama itu ianya jelas nama Melayu asli berbau Arab .Dari nama dan bapak mereka seperti mereka adik beradik. Ada tiga yang berbinti Mahadzir dan dua yang berbintikan Abd Razak. Mungkin mereka adalah adik beradik. Disebabkan majlis itu adalah majlis menerima bantuan kemungkinan mereka terdiri dari insan yang kurang bernasib baik atau pun kehilangan ibu bapa yang dipilih untuk menerima bantuan kemanusiaan.
6. Rasyidah Binti Abd Razak.
7. Nur Umrah Binti Abd Razak.
8. Mohd Haslan Bin Bob Hasnan.
9. Faridah Binti Abdul Rahman.
10. Nur Al Ashikin Binti Shaikh Dawood.
11. Faridah Binti Abdul Latep.
12. Sahrunida Binti Assad.
Pertanyaan yang merungkai kepala saya kini sudah terjawab dengan menemui nama-nama itu. Dengan adanya bukti ini, maka tidak syak lagi apa sebenarnya yang berlaku dalam majlis berkenaan.
Kini menjadi tanggungjawab semua umat Islam untuk mengambil tugas dan bahagian masing-masing. Kalaulah 12 nama-nama itu terdiri dari mereka yang memerlukan bantuan, nah... pihak berwajib perlu mengambil tanggungjawab. Dalam hal ini yang paling penting ialah Baitulmal yang mempunyai wang berbillion ringgit. Bantulah mereka. Atau individu dan pemuka yang kuat Islam tolonglah mereka.
Kalau tertakdir mereka sudah terpesong akidah seperti mana dicurigakan, maka menjadi tanggungjawab Majlis Agama Islam dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk menangani mereka. Harap-harap keislaman mereka masih utuh. Institusi Islam dan badan-badan berkaitan termasuknya juga NGO yang kuat Islam mereka jangan saja tahu mengkritik dan menunding jari, sebaliknya mereka juga harus bertanggungjawab. Pikullah masalah ini bersama.
Menjadi kewajiban tiap daripada kita untuk menjaga akidah umat Islam. Saya sendiri ada sedikit pengalaman dan sejarah dalam soal-soal seperti ini. Sekitar tahun 1980-an ada seorang gadis Cina memeluk Islam atas kesedaran dirinya sendiri hasil dari berkawan dengan budak-budak Melayu dan mengikuti pelajaran agama di sekolah. Ibu bapa mereka marah dan cuba mengembalikan anaknya itu ke agama asalnya.
Atas kemahuan gadis berkenaan dia minta dilindungkan. Melaksanakan permintaan itu adalah hak umat Islam. Kerja-kerja melindungi dan menjaga gadis inilah yang cukup mencabar dan memerlukan 'kebugisan'. Tindakan itu diambil adalah untuk menyelamatkan akidah gadis Cina berkenaan.
Jadi sekarang ini setelah dikenal pasti orang-orang Islam yang berada di dalam gereja itu bukan masanya untuk kita menunding jari kepada sesiapa. Saling menyalah dan menyelar antara kita. Sapulah kekeliruan awal dan kita kembali kepada realiti.
Tidak ada pihak yang terlepas dalam hal ini melainkan setiap individu Islam dan Melayu. Manakala atas dasar manusia, semua mereka yang ada perasaan kemanusiaan berhak membantu manusia lain yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh diberi tetapi bukannya diminta bayaran dengan menukar agama.
Bermula dengan kejadian ini umat Islam yang merasai kecewa dan kesal atas apa yang berlaku jangan merintih menghiba. Marilah kita sepakat mempertahan dan menjaga amanah ini. Marilah kita bersatu mencari tali ikhtiar demi memelihara bangsa dan agama kita. Ada himat yang tersembunyi di sebalik kejadian di gereja itu. Kalau kita tahu membaca makna dan maksud kejadian itu kita akan mendapat iktibar daripadanya.
Soal politik yang tidak ada kesudahan dan bukan jihad mutlak itu kita simpan di belakang dahulu. Maruah agama dan bangsa lebih hebat dan besar daripada maruah pertubuhan kita yang kita cipta sendiri. Agama adalah ad-den diturunkan Allah adalah agung dari segala gerakan dan siasah.
Mulai sekarang kita bertawaduk dan bertafakur membela sesama kita didalam senyap yang penuh berhikmat. [wm.kl.6:40 am 11/08/11]
No comments:
Post a Comment