Najib, Rosmah Dan Musa
Tidak Akan Bertentangan Mata Dengan Anwar?
Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor serta bekas Ketua Polis Negara, Musa Hasan tidak mungkin akan bertentangan mata dengan Anwar Ibrahim di mahkamah. Walaupun mereka disenaraikan 15 saksi yang boleh digunakan untuk Anwar dalam membela dirinya namun ketiga individu ini tidak akan hadir.
Mereka akan menggunakan apa saja helah untuk tidak bertentangan dengan Anwar. Pertemuan di mahkamah bukan sama dengan pertemuan di lain-lain tempat termasuk di Parlimen atau pun di kediaman di antara mereka.
Musa Hasan pula yang akan berbuat tindakan yang sama. Walaupun pihak Anwar boleh mengemukakan spina tetapi mereka boleh untuk tidak akur kepada spina itu. Kuasa eksekutif sebagai PM yang dianggap sebagai tidak berlaku dalam mahkamah tetap akan berlaku.
Rosmah pula kalau suaminya tidak hadir beliau juga tidak akan hadir.
Hadir atau tidak itu urusan mereka bertiga. Tetapi Anwar sudah mendapat seidkit modal dengan ketidakanhadiran itu pihaknya akan menganggap perbicaraan itu tidak lengkap kerana mereka gagal mengemukakan saksi yang dipohon dari pihak penakwa. Jadi kalau Anwar didapati bersalah alasan antaranya kerana ketidakhadiran mereka bertiga.
Semalam soal jawab terhadap seorang saksi bekas Ketua Polis Melaka Ridhuan terganggu apabila pendakwa membantah kehadiran Anwar didalam sessi soal jawab berkenaan. Pihak pendakwa tidak mahu Anwar ada sama semasa soaljawab itu diadakan. Ridhuan adalah pegawai polis yang menjadi ketua penyiasatan dalam kes Anwar sebelum ini.
Bantahan itu menyebabkan soal jawab itu dibatalkan.
Bantahan oleh pihak pendakwa itu menyebabkan perbicaraan terganggu. Hari ini peguam pembela mendapat kebenaran Hakim yang membenarkan Anwar hadir dalam sessi soal jawab terhadap saksi-saksi yang disenaraikan.
Gangguan atau bantahan oleh pendakwa itu anihnya tidak pula dikritik oleh para pemakai loceng dileher dari pihak sebelah sana. Hari ini sudah masuk puasa hari ke-10. [ttdi.11:50 am 10/09/11]
1 comment:
jika kita bertolak dari pangkal kes, ia adalah sebuah skrip yang berulang, tinggal lagi untuk melakonkan seperti filem Tamil. keputusan di tangan dah ada, sebab semuanya sudah diprogramkan. keputusan salah bagaimanapun, orang tak akan terima, sebab pihak pemerintah sudah melakukan kesilapan besar, mencipta kes kerana ada penutupan kes lain, semua ini sudah diketahui oleh para petani dan nelayan kampung, hanya pemimpin umno dan pembesar negeri sahaja yang tak reti.skrip sudah ada, semua ini adalah tindak-tanduk untuk melancarkan apa yang mereka katakan sebagai kes sebenar, mana ada orang masuk mahkamah sampai dua kes berulang? inilah rekod pencapaian malaysia yang perlu dicatat dalam sejarah negara.bab sejarah tentang manipulasi undang-undang. pelajar undang-undang juga kena belajar bab ini.tambahan dalam teks diperlukan untuk pengajar dan pelajar undang-undang moden.
Post a Comment