Wednesday, August 17, 2011

Gurauan Rabu

Pendedahan Berani
Daftarkan Pasukan Beruniform
Sebagai Pengudi Parti Kerajaan

Ya Aziz: SEORANG pesara tentera, Kamarulzaman Ibrahim 53 hari ini membuat pendedahan berani dan mengejutkan bagaimana beliau telah memangkah kertas undi atas arahan pegawai pemerintah sehingga lengguh tangan.

Dalam pendedahan yang dibuat di ibu pejabat Pas Jalan Raja Laut bersama tiga pesara tentera lain, Kamarulzaman memberi tahu kerja itu dilakukan semasa beliau bertugas sebagai keranai di kem Terendak Melaka.
Nah sekarang semakin jelas bahawa sistem pilihan raya di negara ini tidak telus dan adil. Sudah lama pihak oposisi meminta supaya proses atau pengundian pos dimansuhkan kerana ia jelas tidak adil, namun ia tetap tidak dipedulikan.

Kalau mengikut Kamarulzaman itu, undi Pos langsung tidak membawa apa-apa kesan kerana ia dipangkah bukan atas pilihan individu sebaliknya dipangkah secara borong.

Prinsip demokrasi satu rakyat satu undi sudah lama dinodai. Jadi macam mana Mohd Aziz Yusuf dan Wan Ahmad Wan Omar hendak berdolak dalih lagi dalam hal ini. Mungkin esok Aziz dan Wan Ahmad juga akan berdalih dengan mengatakan mereka juga menjalankan tugas menurut 'pegawai pemerintah'.

Pegawai atau manusia yang tidak ada maruah akan berbuat apa-apa saja untuk menjaga temboloknya. Manusia seperti ini kalau disuruh jalan seperti itik dan melompat seperti katak akan dilakukannya.

Sebaliknya dengan pendedahan demi pendedahan mengenai kepincangan SPR dan juga penyelewengan yang dipertahankan sejak zaman Rashid Ahmad itu sudah cukup untuk Pengerusi SPR, timbalan dan setiausaha mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan. Kalaupun mereka tidak malukan kepada manusia tetapi malulah kepada lembu dan kerbau.

Di sini saya nak cadangkan kalau SPR gagal kawal undi pos, gagal berlaku adil dan telus, ubahlah saja undang-undang di mana anggota Tentara, Polis atau mana-mana pasukan beruniform kerajaan termasuk juga di pejabat PM dan Bank Negara didaftarkan terus sebagai pengundi wajib parti kerajaan.

Di mana dalam peraturan ini mereka tidak perlu datang mengundi tetapi nama mereka terus dikira sebagai pengundi parti kerajaan. Cara ini rasanya lebih senang dan tidak menyaktikan hati. Dalam persidangan Parlimen yang akan datang ini usul pindaan akta SPR untuk menjadi pegawai kerajaan beruniform sebagai pengundi wajib kepada parti kerajaan boleh dipertimbangkan. Apa kata? [ttdi.kl 2:48 pm 17/08/11]
Post a Comment