Saturday, August 13, 2011

Sebelum Tidur

Rupanya Almarhum Fadzil Nor
Sudah Kenal Siapa Dia Z 9/10?


Ya Malik: KENALKAH anda dengan Z 9/10? Apakah benda Z 9/10 itu? Apakah dia seekor binatang seperti Salentia ataupun pun tumbuhan macam lalang ataupun pohon dedalu - parasit yang tidak tahu diuntung ataupun kacang yang lupakan kulit?

Atau pun dia ini makhluk Allah misteri yang sebenarnya hawaian yang berkaki dua menyerupai manusia. Atau anak hantu yang bertopengkan manusia?

Saya sendiri baru tahu apa dia Z 9/10 ini. Dia bukan nombor plat kereta atau motisikal. Dia sebenarnya makhluk yang termasuk dalam species manusia juga. Dia dilahirkan Allah atas tujuan dan kehendak-kehendak tertentu. Peristiwa satu hari memberikan saya peluang mengetahui apa dia Z 9/10.

Selepas selesai menunaikan solat jenazah Allahyarham Dr Lo' Lo' Ghazali baru-baru ini saya telah menziarahi seorang ustaz di Keramat. Ustaz ini mengenali saya, saya yang tidak berapa ingat mengenainya. Buktinya dia menyebut nama saya dan katanya selalu mengikuti penulisan saya dalam blog.

Hari itu saya bersama tiga lagi rakan, Md Radzi Mustafa, Zaki Abdul Rahman dan Zulaimi Kazin mengekori Exco Kelantan Husam Musa yang berhajat menziarahi ustaz berkenaan. Saya tidak tahu kenapa saya begitu mudah pula untuk mengikuti rakan-rakan itu untuk sama-sama menziarahi ustaz berkenaan.

Sampai di rumah ustaz berkenaan, entah macam mana terkeluar cerita mengenai hamba Allah yang satu ini. Di sinilah terbongkar kisah Z 9/10 ini. Masing-masing meluahkan pengalaman dengan hamba Allah ini, yang menurut pengalaman masing-masing sungguh perih dan mendukacitakan apa yang dilakukan.

Perbuatan politiknya amat meloyakan. Dia sanggup melakukan apa saja untuk melepaskan dirinya. Dia mengkhinati lawan dan mencerca bekas orang yang disanjungnya selama ini. Dia juga seorang bermuka-muka dan munafik yang jelas. Munafik 'kubra'. Dia akan menipu sesiapa saja yang berkesempatan. Gaya hidupnya tidak ubah seperti ular sawa akan menjeler-jelerkan lidah dan membelit sesiapa yang lalai. Dia jenis orang makan orang.

Pembohongan dan 'belawak'nya mengatasi gunung Tahan dan gunung Kinabalu. Orang yang mengenalinya tahu sifat buruknya ini. Kepada yang tidak percaya sila mendekatinya dan berkawannya dengan untuk beberapa ketika, akan tahulah tembelang dan temberangnya.

Gara-gara sifat buruk itu dia mendapat gelaran dengan berbagai nama yang jelek-jelek termasuk dipernah digelar orang sebagai Abu Jahal dan Abu Lahab atau al Kazeeb. Nauzubilahiminazalik.

Saya sendiri pernah membuat anologi begini kepada manusia ini. Bohongnya tidak kira tempat dan tidak kira masa. Kesanggupan dia berbohong melepasi kesanggupan manusia lain. Kenapa tidak dia boleh dan sanggup berbohong di dalan Masjid Haram di Makkah, masjid Nabawi di Madinah. Apa jenis manusia ini. Kalau di dua tempat yang suci dan mulia itu sanggup berbohong maka tidak hairanlah.

Mungkin kalau dia bisa memasuki masjid al Aqsa dia juga akan melakukan pembohongan di sana?

Dalam cakap-cakap mengenai dia ini ketika inilah Husam mencelah, katanya Ustaz Fadzil sudah lama kenal dengan dia ini. Ustaz Fadzil panggilan dia Z 9/10. Hanya Anwar Ibrahim saja tidak kena siapa dia ini sebab Anwar mempercayai dan melayaninya?

Apabila Husam menceritakan sejarah itu barulah kami semua tahu akan hakikat orang ini. Rupanaya sudah lama dia hidup tidak serupa dengan orang. Orang yang kenal dan arif mengenai sudah kali dengan tingkah laku dan segala bual-bual besar dan pembohongannya.

Kenapa 9/10? Sembilan sepuluh ialah bererti 9 yang dicakap oleh manusia ini 10 adalah bohong dan temberang. Semoga di bulan Ramadhan Kareem ini Allah membuka pintu hatinya dan Lailatu Qadar yang bakal menjelma akan merubah hidupnya. Ya Allah tolonglah semuga hambaMu ini selamat dan sihat menjadi seperti makhluk lain. [wm.kl.10:57 13/08/11]

6 comments:

syed said...

Tuan MSO, saya dah dapat agak siapa yang dimaksudkan itu. Tapi biarlah saya pendamkan saja, takut terfitnah pulak.

Jashamsulnizam said...

Salam ramadhan buat pak sayuti dan keluarga. Sy jg antara yg kenal dgn menatang 'Z9/10' ni, bkn sbg rakan tp sbg client kpd makhluk ciptaan Allah ni, pernah bbrp kali pergi ke pjbt nya atas urusan kes bg sykt sy bekerja krn beliau lah yg mengendalikn kes nya. Tp klu msk ke pjbt terutamanya melihat gelagat staf2 nya Astaugfirullahalazim... malas sy nk cerita lebih2 di bulan ramadhan ni, klu sesiapa yg pernah berurusan dgn nya mesti tahu.

psychedelicmundo said...

Memang dia misteri Pak Sayuti.Sampai kan di aman dia tinggal pun orang tak tahu.Kan baru baru ni dia tukar pusat khidmat kawasan dia ke KL.Bodoh apa,kawasan di utara semenanjung,pusat khidmat di KL.Orang orang tempat dia pun dah meluat dengan dia.Gaya kadang macam lebih lagi dari ustaz,kopiah tak penah lekang di kepala,janggut dah makin panjang,konon aktif soal murtad la,soal Islam la,tapi hakikatnya penipu.Sebab tu petisyen bantahan kemenangan dia hari tu tiba tiba pihak plaintif tarik balik,sebab dah boleh berkawan dengan UMNO agaknya.malu saya orang sebut nak agama macam ni

Martoiriat said...

Salam Tuan MSO..
Siapa gerangan yang MSO maksudkan Z/9/10 itu? Dengan apa yang MSO gambarkan di sini.. tentang pembohongan nya..seorang yang munafik.. bolehlah saya buat persepsi tersendiri. Agak-agaknya Firauan kecil bukan? Jika begitu,dalam kebaikan ramadhan ini, harap-harap tuhan membuka pintu hati kecilnya kembali kepangkal jalan ..

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan.

Aduh hai! Aku pernah berguru dengan dia. tapi tak katam lagi. Mujur tak katam, kalau katam, minta dilindung Allah, aku pun jadi dia kot. Yalah, kalau katam mesti semua ilmu dia dia diperturunkan termasuk ilmu 9/10 tu.

Buat guru ku yang pernah mencadangkan untuk kami pergi ke Masjid India dan beli terjemahan sahih Bokhari dan Muslim, ambillah kelebihan Ramadhan ni untuk memohon keampunan pada Allah. Anda masih belum terlambat.

Mohamed Heikkal Ismail said...

dulu2 masa era reform hebat sdra ni, kehulu kehilir bawa fail kes, ingat peguam bela..