Tuesday, August 23, 2011

Luahan Tengah Malam

Penjaralah Anwar Seribu Kali, Jiwanya Tetap Bebas

Ya Razzaq: MULAI semalam (Isnin) perbicaraan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim masuk peringkat separuh akhir, iaitu pembelaaan diri oleh Anwar dan team peguamnya. Semalam Anwar telah membela dirinya dengan membuat kenyataan setebal 32 muka surat mengambil masa selama dua jam di kandang orang salah. Selepas ini setelah semua saksi pembela dipanggil hakim membuat keputusan sama ada Anwar disabit atau pun bebas.

Anwar memilih untuk memberi keterangan tanpa disoal balas oleh pendakwa. Ramai yang terkejut dengan 'keberanian' Anwar itu. Ada juga yang berpendapat Anwar sengaja menghulurkan leher ke penjara kerana keputusan memilih membela diri begitu merbahaya.
Ada juga yang musykil keputusan Anwar itu seolah-olah beliau pengecut untuk menghadapi realitinya?

Alasan Anwar kenapa beliau memilih cara itu kerana sangsi dengan keadilan dan integriti hakim yang mengendalikan kesnya. Itu adalah alasan paling konkrit.

Mengenai tindakan Anwar itu, kata dan ulaslah apa-apa pun sebab, negara ini bebas dan merdeka. Sesiapa boleh bersuara mengutuk dan mengampu sesiapa yang dimahuinya. Apa lagi kalau bersuara untuk membela pemimpin dan parti pemerintah kebebasan itu akan diberi semutlaknya. Tindakan ke atas pengampu kerajaan dan pemfitnah akan dibiarkan semahunya. Ini realiti bukan bohong. Apa yang berlaku di sekeliling kita mengesahkan hakikat itu.

Macam-macam juga cemuhan dilemparkan kepada Anwar. Bila Anwar membuat protes kepada mahkamah, minta tangguh dan sebagainya, dikatakan Anwar sengaja menangguhkan perbicaraan. Melambat-lambatkan yang memberi konotasi Anwar takut berhadapan dengan hukuman. Itu tuduhan mereka yang otak kemetot dan tidak mengetahui proses perundangan yang diguna pakai di negeri ini. Mereka yang lulus dalam bidang pengajian undang-undang akan tersenyum mendengar segala desakan dan protes itu.

Kalau ada masa belajarlah sedikit mengenai undang-undang dan bacalah peraturan (prosuder) mahkamah agar tidak nampak diri kita lebih bodoh dari kaldai tua yang nak mampos. (Maaflah kasar sikit).

Anwar boleh membuat rayuan, atau meminta perbicaraan ditangguhkan bukan sekali, tetapi seribu kali pun boleh. Ia bukan satu kesalahan kerana memang ada ruang untuk beliau berbuat begitu. Jadi kalau hendak salah, jangan salahkan Anwar tetapi salahkan kepada prosuder mahkamah yang membenarkannya. Kenapa kita harus salahkan ketiping berjalan mereng kerana adatnya memang begitu? Kitalah bodoh kerana tidak tahu bahasa dan adat.

Dalam keadaan hari ini yang Anwar anggap tuduhan ke atasnya itu adalah kelangsungan konspirasi adalah 'bundak' baginya kalau tidak berbuat begitu.

Sebagai orang akan menghadapi risiko dan akan menanggung kesan pertuduhan itu Anwar berhak melakukan apa saja. Anwar yang menanggung segala-gala bahana atas tuduh itu. Kalau disabitkan kesalahan, yang akan ke penjara bukan orang lain, tetapi Anwar secara bersendirian. Iya, perjuangan yang dilakukan adalah demi untuk rakyat dan orang ramai tetapi kalau berlaku apa-apa yang akan memikul bebannya diri Anwar seorang sahaja. Tahun 1998 dulu beliau telah melalui sejarah itu dan telah ada pengalaman azab mengenainya. Apakah Anwar suka-suka untuk mengambil risiko itu? Tanya dan jawablah sendiri dengan adil dan saksama.

Itulah tanggungjawab dan amanah. Anwar tidak pun meminta untuk orang menjadi galang gantinya. Tangan yang mencincang, bahu juga yang sanggup memikulnya. Itulah Anwar. Dan beliau sudah tahu dan arif benar mengenainya. Jadi membela hingga rapat ke dinding dan melakukan apa saja usaha dan ikhtiar itu adalah hak Anwar yang tidak akan dipersendakan oleh mereka yang waras fikirannya.

Jadi perangai-perangai yang tidak bermoral dan berotak kemetot yang berbambukan aji no moto itu biarlah dimiliki oleh orang yang suka menjadi lanun upahan. Biarlah mereka hendak bertempik dan melaung tetapi jangan sampai orang di luar Umno terikut sama dengan gelagat itu. Kata orang bukan Umno kalau tidak jahat?

Berbalik kepada tanggapan buruk terhadap perbicaraan dan implikasi yang akan dihadapi Anwar kelak ia tidak akan ke mana. Hatta kalau pun Anwar di penjara sekalipun niat atau tujuan orang yang berbuat begitu tidak akan kesampaian. Kalau pendakwaan itu seperti mana kata Anwar untuk menghancurkan kerjaya politiknya, ia tidak akan menjadi kenyataan. Azam dari segala perancangan jahat itu hanya sia-sia saja. Perbuatan syaitan selalunya hancur sebelum hari menjelang siang.

Memang ada orang berharap kisah atau peristiwa tahun 1999 akan berulang sekali lagi ke atas kembara politik dan kehidupan Anwar. Keadaan waktu itu di mana pilihan raya umum ke-11 diadakan ketika Anwar berada dalam penjara. Mereka itu tidak mahu Anwar berpeluang mengambil bahagian dalam pilihan raya. Kali ini juga begitu, ada niat untuk melihat Anwar diringkukkan dalam penjara kemudian pilihan raya akan diadakan.

Mereka mengira hanya dengan penjarakan saja Anwar ia boleh menghalang Anwar daripada mengapai cita-cita politiknya untuk jadi Perdana Menteri. Dalam pada itu ia membolehkan orang yang berkuasa terus berkuasa. Apabila Anwar dipenjara bermakna beliau tidak akan dapat bertanding dalam pilihan raya selama dua penggal. Cukuplah kalau Anwar dipenjaga beliau tidak boleh menyertai pilihan raya ke -13 dan ke 14. Umur Anwar ketika itu sudah pun hampir 80 tahun sudah terlalu tua.

Dalam hitungan orang politik kalau Anwar dipenjara ia memberi peluang kepada UBN untuk menang. Najib bersama isterinya Rosmah Mansor akan merasa selesa kalau Anwar dihumban ke penjara. Mereka mengira Pakatan Rakyat tidak mampu mengugat BN kalau tanpa Anwar. Mereka tahu yang menjadi engen kepada Pakatan Rakyat hanya Anwar.

Anggapan sebegini menafikan dakwaan mengatakan Anwar kini sudah tidak berpengaruh. Kekuatan Anwar sudah pun mengecil, penyokongnya juga sudah berkurangan. Inilah kesilapan perhitungan para strategis UBN dalam membuat perhitungan mengenai ini. Mereka jadi lupa kepada apa yang mereka katakan sebelum ini. Inilah yang dikatakan kelalaian orang yang selalu membuat silap dan bertindak secara salah. Kenapa tupai jatuh ke tanah kerana terlalu percaya kepada kebijaksanaan diri sendiri.

Betulkah andaian itu, bahawa UBN akan menang dalam pilihan raya dan Pakatan Rakyat akan kalah tanpa Anwar berada di luar? Itu sebenarnya telahan dan anggapan saja. Orang yang ingin memperkecilkan aura Anwar akan berkata begitu. Sebenarnya apa yang akan berlaku bukan begitu. Diri Anwar bukan faktor kepada kemenangan Pakatan Rakyat, tetapi perjuangan Anwar yang menjadi penyebabnya.

Perkembangan politik Malaysia di masa depan bukan saja terletak di tangan mana-mana individu atau tokoh seperti Anwar. Hari ini generasi muda sudah sedar dan insaf. Mereka bukan buta dan berada di bawah serkup lagi. Benih keberanian bersuara dan bertindak yang dipupuk Anwar kini sudah menular dan subuh tumbuh dalam hati anak-anak muda. Perkembangan ini tidak boleh dibendung lagi dengan apa-apa kuasa syaitan.

Makanya kalau UBN mengira dengan memenjarakan Anwar kebangkitan itu berhenti dan UBN akan kembali selesa adalah satu kesilapan besar. Anggapan begitu umpama membubuh bom jangka dalam poket baju.

Mungkin generasi muda tidak begitu menaruh harapan lagi kepada Anwar untuk menajdi PM. Tetapi mereka tetap sedar bahawa kebangkitan politik hari ini untuk membela diri mereka sendiri. Jadi sesiapa pun yang akan memimpin nanti mereka tidak akan peduli. Yang berada di hadapan mereka satu saja tumbangkan UBN. Semangat dan jiwa Anwar adalah pendorong kepada usaha dan perjuangan itu.

Kesedaran hak membela diri dan semangat keberanian yang dicurahkan Anwar kini sudah menyelinap dan menyerap ke segenap pembuluh darah generasi muda. Semangat dan keberanian itu membara dan marak dalam jiwa mereka. Justeru walaupun langkah Anwar dikunci dan jasadnya dibekukan tetapi spritual yang dialunkan Anwar terus bergelombang. Makanya saya mengira usaha memenjarakan Anwar menerusi konspirasi jahat itu tidak akan berhasil, malahan ia akan menyebabkan UBN semakin tenat dan parah.

Anwar boleh dimatikan oleh musuhnya tetapi semangat dan jiwanya akan tetap melekat dihati setiap manusia yang mengenal diri dan tahu menjaga maruah dirinya sebagai manusia bertamadun. Lirik lagu jihad Anwar, Lawan Tetap Lawan akan menjadi lagu kebangsaan bangsa ini sebagai mengapai kemerdekaan mutlak mereka. [wm.kl.12:55 t/malam 25/08/11]

12 comments:

1Crony said...

Salam hormat Tuan Hj MSO. Saya sebagai rakyat marhaen telah terlalu lama rasa jijik terhadap perlakuan 'Hakim Kanggaro' di mahkamah negara ini. Bila PR beroleh kemenangan di PRU13 nanti (Insyaallah), ingin sekali sangat saya melihat mahkamah pula membicarakan 'Hakim Kanggaro' ini dan seterusnya menghumban penglaknat ini ke penjara pula. Kerana janji Allah, kebenaran akan tetap mengatasi kebathilan. Insyaallah!

hafez said...

Tuan MSO,
Tetiba sunyi senyap pulak skandal video seks yang mengaitkan DSAI. Sungguh kelakar perancangan jahat mereka yang bencikan DSAI. Dah kantoi.....senyap.

mohamad said...

aku sentiasa berharap biar kerjaan BN kalah. Yang rosak jadi kuca lana ialah disebabkan rosaknya sistem kehakiman. Bilam hakim dapat diupah tiada satu pun undang-undang yang akan jadi peraturan yang wajib dipatuhi. aku harap bila BN jatuh nanti, kes ini hendaklah dobongkar semula dan yang bersalah mestilah dihukum. Ia bukan dendam tapi untuk membela kebenaran. yang terinanya mesti diberi haknya dan yang zalim patut dihukum. Mungkin Anwar boleh memaafkan tapi tidak semua rakyat dapat diam terhadap kezaliman yang telah dilakukan. Allah sendiri membongkar kejahatan Firaun demi pengajaran umat manusia. Terima kasih Abe Ti kerana selalu memberi pandangan golongan yang dizalimi. aslkm

penaMuslim said...

penaMuslim: InsyaAllah kemenangan dari Allah sudah hampir dan dekat untuk mereka yang betul2 ikhlas dalam perjuangan ini. Pena doakan agar semuanya sukses bagi mencapai kemenangan ini. Kepada Allah segala2nya kita semua berserah diatas kezaliman yang berlaku ini selepas kita berikhtiar..

Unknown said...

Kita amat mengharap agar Polis, Hakim dan sesiapa saja yang bersekongkol dengan pemerintah yang rakus akan menerima balasan yang setimpal dari Allah. Itu doa dari kami rakyat Marhaen yang simpati kpd DSAI...

hassanbasri said...

Sdr MSO,
Benarlah kata nuru Izzah, bahawa ayahnya adalah 'anugerah tuhan'. Maksud saya anugerah sehingga ramai orang (Pas dan PKR) termasuk saudara yang dalam tak sedar pun turut mempunyai otak kemetot. Kebijaksaan dan lakonan anwar mengabui mata saudara tentang keburukan moralnya. Sehingga saudara mempertahankan dan mengatakan kebusukan hanya 'moralnya' sahaja tetapi dia pejuang tulin yang mengangkat pembangunan dan martabat ummah, bangsa, agama, entah apa lagi sheikh. Ya kita tidak persalahkan Anwar untuk menggunakan semua prosedur dan aturan mahkamah. Ini semuanya keputaran alam peguam Anwar (keling pandai berputar) menggunakan aturan/prosedur mahkamah (i) untuk melambatkan proses perbicaraan(ii) untuk menimbulkan kebencian masyarakat kepada sistem kehakiman.(iii) Untuk membuktikan konspirasi menjatuhkan idola, ikon saudara. Memang kita sedar hakim tidak sempurna, tetapi terlalu banyak ruang diberi kdp Anwar dlm perbicaraannya sehingga saat akhir pembelaanpun masih menyerang hakim. Bukan bela diri. Mungkin salah laku pertama kita (waktu itu)ramai barangkali termasuk ana melihat ini konspirasi. Tapi kali kedua apa konspirasinya. Bila saudara pun jadi otak kemetot, sehingga menjadi pemuja dan pekagum membuta tuli dengan 'anugerah tuhan ini' menjadikan tulisan saudara sudah bias. Terlalu mengangkat jubo taik Anwar yang tidak lagi konsisten tulisan saudara untuk membongkar kemungkaran dan salahlaku politik. Pun begitu ana masih setia dengan posting saudara. Bukan apa, untuk melihat kegilaan saudara mengampu dan sentiasa mengiyakan malah berair air liur cari hujah dan dalil aqal untuk mempertahankan apa sahaja kebusukan Anwar..akhirnya Anwar ni semulanya TAK MAHU..bela diri dalam kandang saksi TAK MAHU, beri DNA TAK MAHU, angkat sumpah dalam masjid TAK MAHU, peguam Syarie wakil kepada JAWI bantah TAK MAHU,semua TAK MAHU..habih mahu apa APA. Wahh MAHU JADI PERDANA MENTERI PAK MSO

MNA said...

Penjarakan Anwar bermakna kebencian rakyatb terhadap BN akan bertambah.

Ku ingat Taqwa said...

salam. saya baru faham kenapa ayahanda mso selalu menggunakan perkataan 'otak kemetot' kerana memang terbukti masih ramai orang yang tidak memahami asas tulisan mso atau dengan kata lain ramai yang 'otak kemetot'cth hassanbasri, yang namanya sedap tapi berotak kemetot.

mr edz said...

jika kata anwar pengecut.. ada lagi yang pengecut.. tentu kamu semua fahamkan sapa...

Unknown said...

Apabila PR mampu mendominasi politik negara, biar dipenjara bagaimanapun, seratus atau seribu Anwar akan muncul, dan Pak Jib dan Mak Ros silap perhitungan, apabila kumpulan mereka rebah, apakah PR akan biarkan Pak Jib dan Mak Ros membolot kekayaasn negara dan disorokkan di luar negeri? Banyak contoh, pemimpin yang ternama apabila telah tersungkur, menjadi bertambah jijik, aset mereka dibekukan, dan file buruk mereka boleh dibuka semula. Rakyat tidak mahu puak-puak elitis ini menganggap mereka anak emas British lagi. Zaman dah berlalu. Nah, telah dikatakan tadi, seribu Anwar akan muncul dan menghantui Pak Jib dan Mak Ros.

1Crony said...

Salam hormat Tuan MSO. Saya rasa ada betulnya juga pendapat Hassanbasri di atas itu. Mana kita tahu yang DSAI itu pernah meliwat emak atau adik beliau, sehinggakan beliau terlalu bencikan DSAI yang menyusahkan hidup beliau. Mungkin DSAI juga yang berkomplot menaikkan harga minyak, barangan keperluan dan menggalakan rasuah di negara ini. Akhir kata, kalau ada dijual ubat untuk manusia bodoh bagi menjadi cerdik dan terang hati, tolonglah Tuan MSO belikan kepada beliau, insyaallah... saya dengan rela hati akan cuba membayar kosnya.

msmuri said...

salam ramadhan tuan MSO...
apabila membaca komen Hassanbasri tu... saya rasa masih wujud spesies yang memberi komen tanpa berdasarkan fakta... kalau tuan selalu menggunakan istilah "otak kemetot", maka anugerah itu sepatutnya diberikan kepada manusia yang bernama "HASSANBASRI" tu. sekian.