Wednesday, August 17, 2011

Merentasi Hari

Umno Dalangi Jais, Mustapa Tidak Minta Maaf

Ya Mumaimin: [kemaskini] ISU masuk tanpa izin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke gereja Methodist Damansara Utama sudah dipolitik oleh pihak-pihak tertentu. Isu ini mudah diratah oleh pihak-pihak berkepntingan untuk manfaat politik mereka tanpa mengkaji atau pun mendapatkan maklumat sebenarnya.

Bukan saja parti politik Pas dan Umno yang dilihat terdedah dengan isu ini tetapi Ngo-Ngo berorentasikan agama dan kaum juga cepat bingkas untuk mengambil bahagian sama dalam isu ini. Agak mengilankan sedikit boleh dikatakan semua Ngo menunjukkan sikap berpihak mereka dalam hal ini dengan cuba menyalahkan Pas.

Pas diletakkan dalam keadaan bersalah apabila parti itu mengambil pendekatan lunak dan terbuka terhadap apa yang berlaku. Sesetengah pemimpin Pas meragui apa yang berlaku itu sebagai tektik Umno hendak memusnah atau pun damegkan Pas sebagai parti Islam. Sebenarnya tuduhan itu agak rakus dan kurang cermat.

Ini sedikit sebanyak ada salah Pas. Saya sudah mengatakan Pas seharusnya tidak memerlukan siasatan mengenai apa yang berlaku. Pas boleh mendapat maklumat daripada Exco agama yang berkebetulan ahlinya. Lagi pun Exco iaini Hasan Ali sudah jelaskan kepada Pas duduk perkara sebenarnya. Apa bila ada ahli yang terus mahu menyiasat sendiri dengan mengadakan perjumpaan dengan pihak gereja ia menunjukkan Pas tidak percaya kepada ahlinya sendiri.

Dalam soal ini sentimen dan dendam politik hendaklah diketepikan dan semua pihak menghalakan kepada satu tujuan - iaitu untuk membela Islam. Sepatutnya perbezaan pendapat dalam mencari kemenangan tidak mengaitkan atau dikaitkan dengan soal-soal agama, kerana soal agama adalah soal spritual bukan politik.

Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali pula telah mendakwa tindakan Jais itu sebagai didalangi oleh Umno. Tentunya Umno akan merasa marah dan tercabar dengan apa dibayangkan Mustapa Ali. Mustapa pula menurutunya ada info-info dan maklumat mengenai peranan Umno itu.

Mustapa dalam satu kenyataan sebelum ini membayangkan sebuah parti Melayu terbesar ada berperanan terhadap Jais untuk menimbulkan isu-isu berkaitan politik yang dikira memberi untung kepada parti berkenaan. Adalah dipercayai bayangan Mustapa itu tertuju kepada Umno.
Pendirian Mustapa itu menunujukan dakwaan beliau itu bukan main-main. Semestinya beliau tidak akan membuat kenyataan itu sekiranya tidak ada bukti jelas. Mustapa mungkin tahu bahananya kalau ia sekadar iseng-isengan saja dalam hal ini. Dia boleh dihadap ke mahkamah oleh Umno.

Setiausaha Umno Selangor Mohd Zain Abdullah dalam satu kenyataanya memberi tempoh tiga hari supaya Mustapa meminta maaf. Bagaimana pun Msutapa dengan tegas mengatakan dia tidak akan memohon maaf kerana apa yang diucapkan itu ada kebenarannya.

Di sini salah satu bukti menunjukkan Umno terlibat dalam gerakan Jais seperti mana disebut Mustapa itu apabila akhbar milik Umno, Utusan Malaysia sangat ke depan dalam isu ini. Cara akhbar Umno itu mendedahkan isu-isu yang ada hubung kait dengan Jais jelas dan nyata akan maksudnya. Mungkin dari sini antara bukti yang diguna pakai oleh Mustapa.

Seharusnya pertelingkahan dan tuduh menuduh dalam isu agama ini tidak berlaku. Pas tidak perlu menuduh Umno dan Umno pula tidak perlu cuba memburukkan Pas kononya membela pihak gereja. Ngo berdemonstrasi mempertahankan tindakan Jais seharusnya tidak disulami dengan tindakan mengecam mana-mana pemimpin Pas atau pemimpin kerajaan Selangor. Cara dan tindakan buruk itu bukan memudahkan penyelesaian tetapi merumitkan lagi.

Sekali lagi mungkin kerana kerenah itulah menyebabkan Mustafa beranggapan ia ada kena mengena dengan Umno.

Apa yang patut berlaku dalam isu gereja atau pun aktiviti cuba memurtadkan orang Islam ini kedua parti duduk semeja berbincang macam mana hendak mengatasinya. Kalau perlu pemimpin tertinggi Pas duduk bersama pemimpin Umno bersama Mufti dan pihak berkuasa lain duduk. Sebab amanah dan tanggungjawab menjaga agama ini bukan hak sesiapa.

Selagi isu itu ditangani secara berasingan maka ia tidak dapat dielakkan akan timbul prejudis yang akhirnya menyebabkan kedua pihak akan terus dipisahkan oleh jurang menggerunkan. Dalam hal ini juga Pas tidak perlu terlalu menjaga hati rakan-rakan politik lain yang tidak beragama Islam kerana bimbangkan kepada kepentingan politik. Isu agama hendaklah dilihat terpisah dari isu politik.

Tidak timbul mana-mana pihak baru ingin menerima hakikat atas apa yang berlaku setelah Jais membawa ke mahkamah. Mahkamah itu urusan lain. Di sini apa yang pentingnya setiap dari umat Islam harus bertanggungjawab menjaga kesucian agama Islam. Sama ada apa benar berlaku murtad atau tidak di gereja berkenaan, umat Islam perlu senantiasa berada dalam keadaan berwaspada dengan segala kemungkinan.

Telah termaklum lama sebelum ini antara sebab kenapa pertahanan akidah dan politik kita rapuh dan mudah dibolosi musuh ialah kerana tidak wujudnya persefahaman sesama kita. Sengketa menjadi ruang dan lubang yang sering diambil kesempatan oleh musuh. [ttdi. 12:11 t/hari 17/08/11]

4 comments:

MOSABA said...

Setuju sangat dengan pandangan tuan MSO seharusnya perasaan dendam politik kedua2 parti Melayu ini duduk semeja dan berbincang menghadapi permsalahan agama ini. Namun nampaknya kedua2nya suka bermain politik drp menyelesaikan permasalahan ini. Sediah teramat dengan situasi ini, segalanya dijadikan kesempatan untuk berpolitik dari soal kecil hingga soal sebesar ini pun masing hanya memikirkan kepentingan politik masing2

tungkaran hati.blogspot said...

Sejak akhir-akhir ini kita telah melihat kebobrokan pentadbiran di PPinang, Selangor, Kedah dan juga Kelantan.(perhimpunan Bersih, gereja-murtad, bacaan Al-Quraan-Azan dan sebagainya)
Kebobrokan semakin tenat dengan sikap PAS yang hanya pentingkan undi dan pilihanraya(SPR?) tanpa mempertahankan akidah dan syiar Islam. Keadaan ini barangkalinya tidak akan terjadi sekiranya PAS tidak bersekongkol dengan DAP yang sememangnya anti-Islam....
Kembalilah PAS kepada perjuangan asal sebuah negara Islam bukannya negara kebajikan seperti yang direncanakan dan disukai oleh DAP....!
Jika PAS melihat UMNO jahil mentadbir negara...buktikanlah PAS adalah terbaik untuk seluruh rakyat di bumi Malaysia ini...bukannya sekadar berceramah dan bertazkirah sahaja!
Sesuatu yang manis dalam perjuangan adalah mengakui kesilapan sendiri dan tidak menyalahkan pihak lain.

nursyahira said...

Salam tuan MSO.

Isunya adalah agama dimana pas yang bertunjangkan nama islam seharusnya mendahului kepentingan syiar islam, walau leher terbelit dan tercekik dalam tarian berpolitik namun pokok pangkalnya islam adalah hal yang wajib di utamakan tanpa apa2 alasan.

Dimana harakah dimana siasah, kenapa membenarkan utusan menjuarai berita terlebih dahulu bukankah exco agama Selangor merupakan ahli serta pemimpin pas negeri, kenapa akbar milik pas memandang sepi dengan segala aktiviti terutama aktiviti keagamaan yang selama ini di usahakan oleh Dr Hassan Ali kenapa akbar milik pas seolah sentiasa melarikan diri dari membuat coverage liputan berita berkenaan aktiviti exco agama negeri kenapa tidak meloporinya terlebih dahulu, adakah aktiviti di bawah exco agama tidak penting berbanding liputan kepada pemimpin lain di Selangor yang banyak memberi tumpuan hal remeh, disinilah kesempatan telah digunakan seluas luasnya oleh akbar utusan milik umno.

Kesilapan jelas terletak pada peranan akbar milik pas yang seolah bertujuan mau menjerat individu dalam kepimpinan akhirnya yang terjerat dan tercemar lumpur adalah kesemua kepimpinan parti termasuk sama ahlinya, sikap menyalahkan pihak lain sudah terlalu lama di amalkan ternyata di alaf ini sikap sedemikian lebih banyak memakan diri.

Maaf tuan diatas komen kerana amat terasa sekali hal yang sangat memalukan.

Wassalam

malaysian said...

Tuduhan mustafa ali berasas dan beliau berhak dan patut membuatkan tuduhan ini supaya rakyat sedar permainan politik kotor umno. umno dah hijack islam memberi ganbaran terlalu buruk dan betapa getapo nya umat islam. Lantas adalah wajr bagu mutafa ali memberi gambaran sebenar. selagi umno mengikut telunjuk syaitan selagi tu jangan mimpin umno dan pas dapat duduk semeja berbincang. Yang pasti pas perlu mengambil alih umno yg sudah rosak teruk dari akar umbi hingga ke presiden mereka.