Tuesday, August 9, 2011

Ulasan Isu

Sidang Parlimen Khas Perlu
Untuk Bincang Isu Daftar Pemilih


KATA Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz beliau tidak tahu bagaimana orang boleh mendaftar sebagai pengundi kalau seseorang itu berstatus kad pengenalan merah. Menurutnya seseorang yang memegang kad pengenalan biru saja boleh mendaftar sebagai pengundi. Apa yang Nazri cakapkan itu adalah mengikut law dan peraturan lazim.

Memanglah peraturan begitu. Hanya warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan biru saja yang cukup umur 21 tahun layak didaftar sebagai pengundi. Itu kehendak perlembagaan. Justeru secara diplomasi beliau menolak dakwaan pembangkang kononya ada pemegang kad pengenalan merah yang menjadi pengundi.

Beliau lantas meminta pembangkang mengemukakan bukti kepada SPR untuk ambil tindakan. Bila ada bukti itu maka SPR akan melakukan pembersihan.

Bukti apa lagi yang Nazri mahukan? Bukankah apa-apa yang didedahkan oleh media dan juga pembangkang itu merupakan bukti-bukti jelas mengenai kecacatan dan kelemahan SPR dalam mengendali dan menguruskan pilihan raya. Tidak cukup lagikah dengan segala bukti itu.

Cakap Nazri itu boleh dianalogikan begini, macam mana masih ada lagi pencuri dalam sebuah negara yang ada polis. Memanglah kalau kita menerima logik itu sudah tidak ada pencuri. Tetapi hakikatnya masih ada pencuri. Nah begitu juga apa yang berlaku dalam pendaftaran mengundi, masih ada penyelewengan terjadi.

Apabila Nazri menyuruh pembangkang mengemukakan bukti nampak akan keikhlasan menteri berkenaan terhadap isu yang ditimbulkan. Tetapi dalam masa sama beliau masih mengelak dan cuba menafikan apa yang berlaku. Dengan meminta dikemukakan bukti, sedangkan sudah berdozen buktinya menunjukkan dolak dalik Nazri.

Barang kali ada baik dan benarnya juga dalam menyelesaikan isu ketidaksempurnaan daftar pemilih ini kerajaan menerima cadangan pembangkang bagi mengadakan sidang parlimen khas bagi membincangkan perkara berkenaan. Jangan pula ditolak dengan alsan ia tidak perlu dan remeh.

Semalam pembangkang telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri meminta agar diadakan sidang parlimen khas.

Kalau Najib Razak ingin membaiki kelukaan yang dialaminya disebabkan tindakan kurang tegas dan tidak profesional sebagai seorang PM mengenai isu Bersih baru-baru ini Najib boleh menebus dengan memberi kebenaran mengadakan sidang parlimen untuk membincangkan apa yang ditimbulkan pembangkang itu.

Bukan saja untuk membaiki imej diri yang tercemar kerana sikap tidak tegas Najib tetapi sidang itu juga penting untuk mengembalikan martabat SPR sebagai sebuah badan bebas. Dalam sidang itu nanti buka seluasnya peluang kepada ahli-ahli Parlimen untuk membahas. Pembangkang pula akan menyediakan beberapa bukti yang dikumpulnya dan SPR menerusi Nazri boleh menjawab satu persatu.

Apabila Parlimen sudah mengambil keputusan berhubung perkara itu selepas ini tidak ada siapa lagi boleh mempertikaikannya. Kalau bukti-bukti dan dakwaan pembangkang itu betul SPR tidak payah 'memendekkkan lidahnya' untuk mengelak dari mengambil tindakan. SPR kena bertindak segera memperbetulkannya dan cara itu juga orang akan tidak persoalkan wibawa suruhanjaya bebas itu.

Begitu juga di sebelah pembangkang setelah kerajaan membenarkan sidang Parlimen khas itu nanti selepas ini jangan lagi diadakan apa-apa takwil. Mereka kena menerima keputusan sidang Parlimen itu sebagai penyelesaian. Sama ada penyelesaian itu negatif atau positif ia kena diterima sebagai 'konsensusnya' kerana ia telah diambil dari sebuah forum rasmi negara. Chau...[wm.kl.10:58 am 09/08/11]

2 comments:

KASIHCIKGU said...

rasanya...ni lagi sorang mangsa yang nak kena bedah lutut....mungkin saraf di lutut dah tersambung dengan saraf di otak, menyebabkan otak kurang berfungsi...punya belambak pendedahan, mak cik di felda pun tahu takkan orang dalam bandaraya pulak tak tahu....buat malu dan berbulu betoi macam ni...

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Ni lah dia orang yang dah diberi lampu suluh masih-masih teraba-raba mencari jalan. Kalau itulah jawapan Nazri, tak nampak akan ada sidang khas.

Najib kena buat pilihanraya umum tahun ini juga. Alasan saya adalah kerana UMNO telah tersilap langkah bila menangguhkan pemilihan mereka. Tempoh akhir pemilihan UMNO adalah pada April 2013. Hayat kerajaan sekarang pun berakhir pada Mac 2013. Kalau pilihanraya diadakan tahun depan bermakna PRU akan bertembung dengan pemilihan cawangan dan bahagian UMNO. Kalau tahun 2013 pula ia akan bertembung anta PRU dengan pemilihan UMNO. Jadi, tahun inilah masa terbaik untuk UMNO buat pilihanraya sebab bila berlaku pertembungan PRU dengan pemilihan UMNO saya tak boleh bayang bagaimana UMNO nak jaga diri mereka . Oleh yang demikian membujur lalu melintang patah. daftar pemilih gila mesti diguna untuk PRU ke-13 dan sidang khas boleh dilupakan saja.

Apa yang penting, PR mestti buat sesuatu untuk lambatkan PRU supaya UMNO terus kalang-kabut. UMNO dalam keadaan buah catur yang tak boleh bergerak lagi sebenarnya atau dalam istilah cator chek mad.