Jangan Pandang Angan-Angan Zaid Ibrahim
Ya Ghoffar: Parti klon Akim yang kini diberi nama Kita akan meletak calon mereka di dua buah negeri. Begitulah menurut ketuanya Zaid Ibrahim. Negeri yang menjadi pilihan ialah Selangor dan Kelantan. Diharap semua orang faham apabila Zaid memilih dua buah negeri itu saja.
Kenapa beliau tidak memilih Pulau Pinang, Sarawak, Sabah atau Johor? Saya nampak acahan itu ada motifnya tersendiri. Beliau akan konsentrek kepada Kelantan. Walaupun beliau kata belum tahu kerusi mana beliau akan bertanding tetapi saya nampak dia akan pilih negeri kelahirannya, Kelantan.
Tumpuan kepada Kelantan ada strateginya. Zaid diam-diam mengatur strateginya tersendiri. Dia sendiri yakin yang partinya akan kalah berdasarkan sejarah. Belum ada mana-mana parti bebas atau parti serpih menang di Kelantan kecuali Semangat 46 yang bergabuing dengan Pas. Tetapi kenapa dia mengusik untuk letak calon bertanding di Kelantan ialah kerana mahu mengusik Pas negeri berkenaan.
Kemungkin apa yang menjadi strategi Zaid bila dia sebut begitu ia mahu mengugut Pas. Mungkin Zaid ada agenda lain di sebalik rancangannya itu. Boleh jadi dia sengaja berbuat begitu kerana ingin menganggui Pas Kelantan daripada terus memerintah di Kelantan.
Serampangnya mungkin Zaid berharap Pas akan mempertimbangkan tuntutan beliau dalam pilihan raya akan datang. Boleh jadi Kita akan membatalkan untuk meletakkan calon supaya tidak berlaku pertandingan tiga penjuru yang boleh mengugat Pas. Pembatalan itu tentulah dengan syarat-syarat tertentu.
Dalam hal ini misalnya Zaid tidak akan meletakkan calonnya sekiranya Pas sedia memenuhi tuntutan dan keinginannya.
Sudah menjadi pengetahuan umum Zaid bercita-cita untuk mengambil semula kerusi Kota Bharu yang pernah dimenanginya sebelum ini. Adalah mustahil beliau mampu untuk berbuat demikian kalau tanpa bantuan Pas. Jadi di sini kemungkinan Zaid mahu meminta agat Pas memberi laluan kepadanya bertanding satu lawan satu dengan BN dikerusi parlimen Kota Bharu.
Kalau tidak ada mengadakan kenapa dia nampak intim dan pasrah dengan Nik Aziz. Zaid juga nampak jinak dengan majlis-majlis Pas. Sudah tentu sikap itu ada motif di sebaliknya. Tektik seorang musuh berbaik dengan musuh tanpa keinsafan yang tulen sudah lama difahami orang ramai.
Manakala tujuan Kita hendak meletakkan calon di Selangor tidak ada tujuan dan matlamat lain melainkan kerana dendam dan marahkan kepada Anwar Ibrahim dan Mohamad Azmin Ali. Saya rasa perletakkan calon di Selangor itu bukan sangat Kita ada harapan besar untuk menang melainkan menganggui PKR khasnya Pakatan Rakyat saja. Pemimpin Kita dari Selangor pun tidak berapa dikenali orang.
Harapnya pemimpin tidak mudah terliur dengan kompromi yang bakal dicadangkan Kita kelak. Pas Kelantan juga jangan merasa takut dan gerun kepada tindakan Zaid itu sehingga kemungkinan memberikan laluan mudah untuknya menang di kerusi Parlimen Kota Bharu.
Sejarah dan pengalaman masa lalu bagaimana Pas kena kencing kepada Inchek Ibrahim Ali sewajarnya diingat dan dijadikan iktibar sampai ke Mahsyar. Lagak dan langkah Zaid dengan Kita itu lebih kurang sama saja dengan langkah dan tektik Inchek Ibrahim dengan Perkasa(m). Kedua mereka adalah manusia yang bernafsu besar kelihatan bijak tetapi kebijaksanaan mereka tidak boleh dipergunakan.
Untuk mengelakkan ia menjadi isu hendaknya jangan ada mana-mana pemimpin Pas memberi komen dan reaksi terhadap kenyataan Zaid itu dan anggapkan kenyataan dan agan-angan Zaid dan parti klonya itu tidak pernah wujud. Begitu juga Pas jangan mudah kalau Zaid tiba-tiba bermurah hati untuk memberikan sejumlah wang kepada Pas.
Saya sudah dengar cerita ada pemimpin Pas mengadakan perbincangan dengan Zaid dan perbincangan itu dikatakan melibatkan sejumlah wang. Ia masih dalam siasatan saya dan kalau semuanya jelas saya akan dedahkan. [wm.kl.10:51 pm 21/08/11]
No comments:
Post a Comment