Showing posts with label TITAS. Show all posts
Showing posts with label TITAS. Show all posts

Friday, July 19, 2013

Kementerian Pelajaran Jangan Bertolak Ansur Untuk Laksana TITAS

SESUDAH SUBUH                                                                               

Ketetapan Kementerian Pendidikan untuk mewajibkan subjek pendidikan Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) kepada siswa IPTS mulai 1 September ini sesuatu yang dialu-alukan kerana ia langkah baik dalam usaha untuk memberi kefahaman mengenai sejarah atau tamadun Islam serta tamadun atau perabadan manusia di benua ini.

Mata pelajaran berkenaan sudah tentu akan menjadi bahan atau sumber jelas kepada pelajar IPTS terutamanya di kalangan bukan Islam untuk mengenali Islam secara asas serta persejarahan dan perkembangannya di dunia ini. Setidak-tidaknya subjek berkenaan juga boleh dijadikan studi perbandingan antara agama.