Showing posts with label Tabung Haji. Show all posts
Showing posts with label Tabung Haji. Show all posts

Thursday, May 7, 2015

Abdul Azeez Rahim perlu letak jawatan

KENYATAN MEDIA                                                                                           

Naib Presiden Pas Husam Musa mendesak Pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Abdul Rahim meletak jawatan sebagai Pengerusi Tabung Haji sebagai mengambil tanggungjawab terhadap usaha Tabung Haji yang dikatakan membeli tanah (bail out) milik 1MDB bagi menyelamatkan syarikat pelaburan strategik itu.

Azeez perlu letak jawatan.
Menurut Husam tindakan itu juga perlu kerana Azeez didapati sudah berbohong kerana mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan CEO Tabung Haji yang mengesahkan pembelian tanah itu dengan harga diskaun.

Sebelum ini Abdul Azeez menafikan perkara itu, kata Husam.

Hujah Husam, sebagai pengerusi mustahil Azeez tidak mengetahui apa yang berlaku di Tabung Haji.

Hari ini Tabung Haji diserang hebat terutamanya oleh para penyimpannya ekoran terdedah maklumat mengatakan agensi itu telah membeli sebidang tanah milik 1MDB dengan harga yang diragui. Pembelian itu juga dianggap sebagai satu pengkhianatan Tabung Haji kepada para penyimpan. 

Wednesday, March 21, 2012

Berita Malam

Tabung Haji Akan Jual Ladang Sawit Di Riau Indonesia?

Saya baru menerima email sekejap tadi dari seorang penjengok yang memberi tahu Tabung Haji telah bersetuju menjual asetnya iaini ladang kelapa sawit seluas 83,000 hektar di Riau, Indonesia dengan harga USD900 juta kepada PT Borneo.

Penjengok itu meminta mana-mana wakil rakyat boleh membangkitkan perkara ini di parlimen memandangkan urus niaga melibatkan lebih dari RM2 billion. Perkara ini perlu didedahkan kerana ia melibatkan kepentingan penyimpan Tabung Haji termasuk saya, isteri dan ibu.

Berikut email yang saya terima:

Maklumat yang baru diterima: Tabung Haji telah bersetuju menjual aset mereka iaitu ladang kelapa sawit seluas 83,000 hektar di riau, Indonesia dengan harga USD900 juta kepada PT Borneo. Pohon minta mana2 YB untuk membangkitkan perkara ini di parlimen kerana melibatkan urusniaga yang melebihi dari RM2 bilion.

Saya tidak dapat mengesahkan maklumat ini dan kepada mana-mana pihak yang mengetahuinya boleh berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama. [wm.kl.11:09 21/03/12]

Wednesday, March 14, 2012

Ulasan Berita

Apakah Dakwaan Abu Bakar Ada Kena Mengenakan Dengan RM700 Juta?

Apakah dakwaan oleh Abu Bakar Hassan berhubung tindakan Tabung Haji (TH) dikatakan telah menganiayakan usahawasan Bumiputera ada kena mengena dengan pendedahan rambang yang saya buat menerusi blog ini beberapa minggu lalu yang mana TH bakal kehilangan wang pendeposit bakal haji sebanyak RM700 juta apabila syarikat yang dijamin gagal atau mengalami kerugian.

Katanya wang pendeposit itu bila-bila masa sahaja akan dikeluarkan hanya menanti pihak bank menuntut dari TH. Syarikat yang dijamin TH katanya sudah tidak ada harapan lagi untuk hidup.

Pihak TH tidak membuat sebarang penafian ke atas pendedahan itu, hanya diam membisu saja. Menteri yang menjaga urusan TH yang dikaitkan dengan wang zakat juga tidak ‘berketek’ – diam membisu, nafi pun tidak mengiya pun tidak.

Semalam seorang pengarah syarikat yang mendapat projek dari TH Abu Bakar mendedahkan bagaimana TH telah menganiaya usahawan bumiputera bila mana TH meluluskan projek itu kepada syarikat bukan milik Islam.

Kata Hasan mulanya projek untuk membangunkan sistem giliran beraturan untuk urusan kaunter asalnya dianugerahkan kepada salah satu syarikat TH, Tetha Edge Berhad.

Bagaimana pun syrikat itu tidak membangunkan sendiri tetapi diberikan kepada syarikat milik bukan orang Islam. Beliau menyifatkan pemberian itu sebagai pecah amanat dan khianat. Umum tahu pendeposit dalam TH adalah orang Islam yang menyerahkan wang mereka untuk diurus dan ditabirkan secara Islam.

Tindakan itulah juga didakwanya perbuatan yang menganaktirikan syarikat milik orang Islam, sedangkan syarikat beliau sendiri, Virtual Softnet Solutions Sdn Bhd mampu menjalankan projek tersebut.

Sehubungan itu Abu Bakar membuat pededahan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk menanganinya. Kalau boleh PPIM juga patut menyiasat dakwaan rambang oleh sumber dalaman berhubung TH bakal kehilangan RM700 juga. Penyiasatan jangan ditangguh-tangguhkan tetapi perlu disegerakan. [wm.kl.5:00 pm 14/03/12]

Monday, February 6, 2012

Rahsia Tengah Malam

RM700 Juta Wang Tabung Haji Mungkin Lesap?

Maklumat ini masih bersifat sulit kerana ia belum diketahui oleh sesiapa. Tiada cakap-cakap mengenai perkara ini sebelum ini. Apa yang saya perolehi ini pun kebetulan saja. Masa menghadiri kenduri kesyukuran dan aqiqah cucu seorang kawan saya di Cheras tadi terdengar seseorang sedang bercakap-cakap dengan kawan saya tentang maklumat yang mengejutkan ini.

Mendengar butir cakapnya agak sulit saya sengaja tidak menghampirinya bimbang topik percakapan itu terhenti. Kawan kepada kawan saya itu bekas pegawai tinggi kerajaan yang kini merupakan seorang kontrektor.

Tema percakapan mereka di meja makan itu mengenai beberapa penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan dari peringkat jabatan, syarikat kerajaan (GLC) dan kementerian sendiri. Dari kisah projek lembu gemuk (NFC), Felda sampailah kepada isu-isu lama yang menjadi contoh klasik seperti skandal BMF yang penuh misteri melibatkan Dr Mahathir Mohamad dan juga pembelian kapal selam.

Selepas selesai majlis kami pulang dan saya tidak sabar-sabar untuk mengetahui apa yang diceritakan oleh seseorang kepada kawan saya tadi. "Apa yang dibual tadi nampak ralik dan serius benar?" tanya saya.

Sebenarnya kawan saya ini sudah pun hendak memberi tahu apa yang didengari apa yang diceritakan oleh kawannya tadi. "Ini rahsia besar demo (you) patut siasat perkara ini," katanya membuat saya tertanya-tanya.

"Apa dia?" Tanya saya tak sabar.

"Tabung Haji telah mengeluarkan pinjaman kepada sebuah syarikat sebanyak RM700 juta. Syarikat yang mendapat pinjaman itu besar kemungkinan tidak akan dapat membayar balik kerana sudah nak mampus," katanya dengan wajah yang penuh kekesalan dan marah atas apa yang berlaku.

"Habis dah negara kita ini. Kalau wang Tabung Haji ini pun disamun, apa lagi yang orang Melayu (Islam) ada?" runggutnya geram.

"Macam mana tu?" saya minta penjelasan.

Tabung Haji telah mengeluarkan wangnya sebanyak RM700 juga menerusi skim Sukuk. Wang itu dikeluarkan menerusi dua buah bank satu bank dalam negeri dan satu lagi bank luar negeri. Bank dalam negeri terlibat ialah Maybank menerusi sistem Islamnya manakala bank luar negeri ialah bank Ar Rajihi?

"Syarikat itu milik siapa dan berniaga apa?" tanya saya.

"Dia tak nak cerita sebab ini rahsia besar katanya. Tetapi pegawai tertinggi Tabung Haji pasti tahu.." jelas kawan saya itu.

"Bila Tabung Haji keluarkan wang itu?" asak saya lagi untuk mengetahui latar belakangnya mengenai pengeluaran wang berkenaan bagi memudahkan membuat siasatan.

"Dia tak nak cerita...dia tak berani kerna tidak ramai yang mengetahuinya..." jelas kawan itu lagi sambil menekan dia yakit apa dicerita itu benar. Katanya dia mendesak beberapa kali, tetapi tidak mahu menyebut cuma menyatakan setakat itu saja.

Kerana saya kurang tahu berhubung skim pijaman itu, semalam saya menghubungi seorang yang saya kira dapat membantu memberi penjelasan. Dia ialah bekas Naib Gebenur Bank Negara yang duduk satu pejabat dengan Awang Adek Hussein.

Menurut kawan ini memang ada skim Sukuk. Menurutnya Sukuk ialah dari konteks perbankan Islam tetapi kalau ikut bank biasa ia dipanggil 'bon'. Sukuk ini satu kaedah pinjaman bon secara Islam di mana bank akan memberi wang untuk membiayai mana-mana syarikat dengan syarat syarikat berkenaan berdaya maju dan kukuh. Untuk mengeluarkan bon (Sukuk) itu juga ia memerlukan penjamin.

Ertinya memang ada istilah ar-rukuk yang mungkin digunkan oleh Tabung Haji membelanjakan wangnya sebanyak RM700 untuk membiayai mana-mana syarikat. Tabung Haji terpaksa menggunakan bank untuk mengeluarkan wangnya kerana Tabung Haji tidak boleh mengeluarkan wangnya secara langsung kerana terhalang oleh akta dan peraturan yang ketat.

Soalnya sekarang agiu kawan saya itu sudah pasti ada orang besar yang mengarah Tabung Haji supaya mengeluarkan wang sebanyak itu. Tanpa ada arahan tidak mungkin Tabung Haji berani mengeluarkan wang milik penyimapan sebanyak itu.

Jika benarlah apa yang diceritakan ini ia satu lagi kemalangan kepada negara ini khasnya orang Melayu Islam. Nampaknya dana awam terus disalahgunakan. Penggunaan wang Tabung Haji di mana wang yang disimpan untuk menunaikan Haji adalah perbuatan yang paling keji dan buruk, ia merupakan ibu segala keburukan.

Secara peribadi saya tidak merasai sedikit kehairanan pun kalau ini benar berlaku. Kalau wang zakat boleh disalah gunakan apa lagi dengan wang Tabung Haji. Itu perkara mudah dan cincai saja. Asalkan ada arahan dari atas maka orang tengah dan bawah akan laksanakan.

Sekali lagi Jamil Khir Bahrum menteri yang bertanggungjawab menjaga Tabung Haji harus memberi penjelasan mengenai maklumat ini. Jamil perlu tampil membuat kenyataan sama ada menafi atau mengiyakan. Ini penting kerana RM700 juta itu adalah wang rakyat. Manakala pihak bank tidak dapat mendedahkan kerana ia adalah perkara sulit dan melibatkan integriti bank berkenaan. [wm.kl.8:08 am 06/02/12]

Saturday, November 13, 2010

Sebangun Pagi Sebuka Mata

Kedukaan Calon Haji, Kelemahan Tabung Haji

ISNIN atau Selesa - 15 atau 16 November para jemaah haji akan meninggalkan kota suci Makkah untuk menuju ke Arafah dan wukuf di sana. Perarakan meninggalkan Makkah tatkala selepas Subuh itu akan bermulanya rukun haji (fizikal), pertama. Saat inilah saat paling mendebarkan dan penuh kebangaan kepada para jemaah. Mereka akan merasakan besar hati kerana diundang Allah menghadiri diri kepada-Nya.

Saat berjalan ke Arafah akan bermulalah perjalanan menuju ke satu garis pemulaan baru untuk hidup. Manakala kata Tok Guru Nik Abdul Aziz pula perjalanan ke Makkah (menunaikan haji) adalah perjalanan menuju kematian. Melangkah ke tabir kematian merupakan melangkah ke dunia baru yang penuh dengan suspen, misterius dan mencemaskan.

Berbodonng-bondong bas dan kenderaan akan mudik menuju ke Arafah. Jemaah haji akan wukuf di sana satu malam dan akan melangkah ke Mudzalifah sebelum menjelang tengah malam untuk mengutip anak batu sebanyak 21 butir sebelum ke Mina untuk melontar. Sesudah melontar sebanyak tiga kali di jamratul Aqabah, Usta dan Ula, jemaah akan berarak sambil memuji dan memuja kebesaran Allah menuju ke Makkah untuk melaksanakan syarat terakhir saie, tawaf di Baitullah sebnayak tujuh kali.

Sesudah itu sempurnalah rukun haji.

Gambran atau perjalanan membahagiakan itu sudah pasti akan dihayati dengan penuh rasa dukcita dan lara oleh mereka yang belum diangkat Tuhan ke Makkah atas apa sebab sekalipun. Mereka akan merasakan mereka tercabar kerana belum dapat menemui Tuhan dalam ilusinya. Tidak semena-mena bagi mereka yang berjiwa halus akan menangis kekesalan, terkilan kerana belum dijemput Allah.

Adapun sebab musabab kenapa beluam diangkat Allah berbagai-bagai. Bukan senang untuk menemui Allah sebenarnya. Jika tidak ada persiapan fizikal dan mental serapinya tidak mungkin boleh terjadi atau kita betah berada di tanah haram itu. Kalaupun sudah siap, misalnya wang yang ditabungkan dengan Tabung Haji berbelas tahun sudah mencukupi, tetapi kalau Tuhan belum mengangkat bendera hijau, (bukan bendera Pas) maka tidak dapat berangkatlah kita.

Selalu terjadi hal demikian. Para penabung gagal ke Makkah walaupun mereka sudah cukup tabungan. Setengahnya menunggu hampir sepuluh tahun, sudah lumat kaki lima masjid dipijaknya untuk menjalani kursus haji. Setengahnya kerana terlalu lama apa yang dikursusi sudah pula lupus dari ingatan. Ada juga yang mati beragam di rumah sahaja kerana peluang untuk diangkat ke Makkah menerusi Tabung Haji tidak kesampaian.

Tabung Haji adalah lembaga yang dibentuk khas kerajaan untuk menguruskan pemergian orang Islam negara ini ke Makkah. Ia juga bertindak sebagai bank terbersih dan dijamin oleh kerajaan kepada umat Islam negara ini. Harapan besar disangkut kepada lembaga ini dalam menguruskan kerja-kerja haji. Atas kepercayaan itu, ianya diuruskan dengan suci dan bersih, maka diserahkan atas segala apa yang dinyatakan oleh pegawai Tabung Haji dipercayai bagaikan pengucapan malaikat di dalam Kabbah.

Benarkah Tabung haji melaksana tugas dan tangungjawab dengan baik dan sesempurnaya? Memikul amanah jemaah - penyimpan didalam tabungnya seberjurus mungkin? Benarkah? Atau di dalam Tabung Haji masih ada juga orang yang bukan saja berfikiran panjang tetapi tangan juga panjang!

Cerita dibawah ini dapat dijadikan iktibar dan iktisar. Ia boleh diperbetulkan oleh pihak berwajiba Tabung Haji atau mana-mana orang yang mengetahuinya kalau ianya betul dan benar. Saya nukilkan ini bersumberkan kepada sumber dalaman yang boleh dipercayai. Ada bukti-bukti berdasarkan pengalaman dan pengamatan apa yang diperkatakan ini.

Alasan yang diberikan Tabung Haji kepada penyimpan kenapa mereka tidak berpelung menunaikan haji ialah kerana quota. Kerajaan Arab Saudi hanya memperuntukan 26,000 jemaah dari saja Malaysia. Quota ini tidak penah ditambah walaupun menteri agama sudah bertukar tangan beberapa kali. Walaupun pemimpin politik kita mendakwa jemaah negara kita sering mendapat pujian Arab Saudi namun quotanya tidak bertambah.

Apalah erti pujian dan sanjungan itu kalau ia tidak memberi natijah yang baik? Justeru saya kira kenapa ini berlaku, gagal mendapat quota tambahan kerana kurang daya diplomasi kita dengan Arab Saudi. Gaharu kita tidak begitu wangi dan aormanya menikam kalbu tok-tok Arab.

Apapun alasan itu perlu diterima kerana ia peraturan negara yang memiliki dan diberi tanggungjawab memelihara kesucian Kabbah itu.

Manakala alasan lain yang sering didengar ialah kerana ketiadaan seat penerbangan. Kapal terbang yang disewakan khas oleh Tabung Haji, (Mas dan Arfab Saudia Air) senantiasa penuh. Memanglah kalau tidak ada seat tidak mungkin penabung diberi peluang untuk ke Makkah, masakan mereka perlu berkongsi seat ataupun duduk bertindih riba atau duduk bersama pilot atau di dalam tandas. Penerbangan ke Makkah atau Madinah mengambil masa antara 8 setengah hingga 9 jam. Kalau berkosngi seat atau duduk dalam tandas boleh lenguh punggung.

Menjadi peraturan setiap kapal yang berlepas di mana saja di dunia ini ia harus mengrizebkan sekurang -kurang tiga seat. Ini dianggap wajib untuk menghadapi sebarang masalah dan ketika kecemasan. Kekosongan ini biasa.

Alasan kekosongan ketiadaan seat itu boleh diterima. Itulah yang selalu diberikan oleh Tabung Haji kepada penabung dalam menolak hasrat penyimpan untuk menunaikan haji. Bila ada penyimpan bertanya hal mereka, itulah alasan yang diberikan. Bagi jemaah asal kampung atau peneroka Felda atau yang tidak faham hal ehwal kapal terbang tidak akan membantah dan bertanya lanjut bila jawaban itu diberikan. Mereka akan pasrah dengan meletakkan apa yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya?

Namun apa yang didedahkan ini menyebabkan timbul seribu tanda tanya dan sekaligus menunjukkan kelemahan orang bertanggungjawab dalam menguruskan penerbangan jemaah haji ke Makkah.

Katanya, sejak bermulanya penerbangan haji tahun ini, boleh dikatakan semua penerbangan tidak penuh seperti mana dikatakan. Di mana masih kedapatan lebih dari tiga seat yang kosong. Paling ketara ialah penerbangan bermula pada 26 Oktober hingga 8 Novermber lalu senantiasa ada kekosongan di antara empat hingga 10 seat. Dalam satu penerbangan berlaku kekosongan sampai 60 seat. Kenapa?

Bayangkan kalau setiap penerbangan itu senantiasa ada lima atau 10 kekosongan, sudah berapa keksoong dan sudah berapa ramai jemaah yang tidak berpelung disebabkan kesilapan dan kelemahan manusia di Tabung Haji ini. Maklumat ini boleh dipercayai kerana ianya bersumber dari Pengurus Pengawal Trafik di mana orang bertanggungjawab menghitung penumpang yang ingin menaiki setiap kapal terbang di KLIA.

Bukan itu saja kelompangan, kelalaian ini menyebabkan Tabung Haji mngalami kerugian. Kalau lima kekosongan sahaja berlaku kalau ada 40 penerbanga, ini bermakna 200 kekosongan. Berapakah nilai untuk 200 kekosongan itu. Sewa kapal terbang itu sama ada naik seorang atau penuh ianya tetap sama. Kalau perbelanjaan tambang untuk satu jemaah ialah RM3,000 bukankah ianya sudah menjadi RM600,000. Mungkin nilai itu sedikit tidak terasa berbanding dengan kekayaan Tabung Haji bernilai ratusan billion. Tetapi bukankah itu satu pembaziran?

Itu soal kekosongan dalam penerbangan. Ada pula kes lain di mana ada permainan songlap menyonglap oleh pihak Tabung Haji yang menghantar atau menawarkan calon haji ke pakej swasta. Katanya mana-mana penyimpan yang mempunyai wang simpanan lebih dan dianggap mampu untuk membelanja lebih mereka akan ditawar untuk menyertai pakej swasta. Biasanya penyimpan yang memiliki wang lebih daripada RM30,000. Penyimpan ini sudah tentu akan membayar berapa saja asalkan hajat suci mereka termakhbul. Kerja ini sungguh mudah kerana akaun penyimpan boleh ditengok sing malam oleh pegawai di Tabung Haji.

Paling merujakan dan sudah tentu berlaku, berapakah komisyen yang dibayar oleh syarikat pembawa haji swasta itu kepada setiap kepala yang dihantar kepada mereka? Saya tidak mahu memusykilkan dan prejudis di sini, tetapi kalau dihitung kos yang diambil oleh pihak swasta itu berlipat kali ganda dengan perbelanjaan yang diuruskan oleh Tabung Haji. Kenapa kos ini berlipat kali ganda? Tentulah ditambah nilai kerana untuk membayar berbagai-bagai baksis atau fee dan komisyen? Hendak dikatakan pengurusan atau kediaman di Makkah yang diatur swasta mewah tidaklah juga. Pernah terjadi jemaah dari pakej swasta 'mencuri' air minum dari jemaah yang tinggal di Maktab semasa di Mina.

Sebaik selesai haji dan semua pegawai Tabung Haji pulang dari Makkah, elok buat kajian terhadap apa yang didedahkan. Pihak bertanggungjawab Tabung Haji kena memastikan dan menjelaskan kenapa keadaan ini berlaku. Kita tidak mahu berlaku harapkan pagar, pagar makan padi. Semua pihak di Tabung Haji bermula dari menteri hingglaha kepada pembawa air zam-zam umpama orang mengawal di antara dua pintu Neraka atau Syurga. Janganlah mereka menjadi pengawal yang tejelus ke dalam Neraka. Nauzubilahiminazalik.... Kalau makan pulut jangan lupa basuh mulut. [wm.kl.7:45 am 13/11/10]