Thursday, May 7, 2015

Abdul Azeez Rahim perlu letak jawatan

KENYATAN MEDIA                                                                                           

Naib Presiden Pas Husam Musa mendesak Pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Abdul Rahim meletak jawatan sebagai Pengerusi Tabung Haji sebagai mengambil tanggungjawab terhadap usaha Tabung Haji yang dikatakan membeli tanah (bail out) milik 1MDB bagi menyelamatkan syarikat pelaburan strategik itu.

Azeez perlu letak jawatan.
Menurut Husam tindakan itu juga perlu kerana Azeez didapati sudah berbohong kerana mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan CEO Tabung Haji yang mengesahkan pembelian tanah itu dengan harga diskaun.

Sebelum ini Abdul Azeez menafikan perkara itu, kata Husam.

Hujah Husam, sebagai pengerusi mustahil Azeez tidak mengetahui apa yang berlaku di Tabung Haji.

Hari ini Tabung Haji diserang hebat terutamanya oleh para penyimpannya ekoran terdedah maklumat mengatakan agensi itu telah membeli sebidang tanah milik 1MDB dengan harga yang diragui. Pembelian itu juga dianggap sebagai satu pengkhianatan Tabung Haji kepada para penyimpan. 

Berikut adalah kenyataan media Husam yang dihantar ke blog ini.

Pengerusi Tabung Haji Perlu Letak Jawatan.
Kenyataan media oleh Datuk Johan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji petang ini dengan jelasnya mengesahkan kesahihan sebahagian dokumen yang dibocorkan di media sosial. Beliau mengesahkan pembelian satu unit dengan harga diskaun.

Pembelian ini membuktikan Tabung Haji telah digunakan untuk 'bail out' 1MDB secara kecil kecilan.

Kenyataan ini ternyata bercanggah dengan penafian awal oleh Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim melalui Twiiter semalam.

Adakah pengerusi Tabung Haji cuba berbohong?

Sebagai Pengerusi, beliau mengetahui butiran transaksi ini sepenuhnya kerana sudah tentu ia dibawa ke mesyuarat lembaga di mana beliau mempengerusikannya.

Jika beliau sudah mengetahuinya melalui mesyuarat lembaga Tabung Haji kenapa semalam ia menafikannya kecuali beliau mempunyai niat yang tidak baik.

Pemimpin seperti ini tidak layak mempengerusikan lembaga sebesar Tabung Haji yang menguruskan dana awam yang besar.

Saya mencadangkan beliau meletakkan jawatan Pengerusi Tabung Haji.

KEDUA : Persoalannya dari penjelasan Datok Johan itu ialah 'harga pasaran' sebanyak RM188.5 juta adalah berpuluh kali ganda lebih tinggi dari harga asal yang diperoleh 1MDB.

Pada awalnya, 1MDB hanya mendapat plot pertama dengan harga RM4 juta daripada kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM188.5 juta kepada syarikat 1MDB.

KETIGA : Isu pembayaran 100% harga tanah pada masa tandatangan SNP juga tidak dinafikan.

Isu 1MDB sendiri yang belum mendapat kelulusan penuh dari pelbagai pihak berkuasa atas lot yang dicadangkan dibeli oleh TH juga gagal dijelaskan.

Hal ini memungkinkan pelbagai risiko seperti terkandung dalam dokumen yang dibocorkan

Ini boleh membawa kepada pecah amanah wang caruman pendeposit Tabung Haji sekaligus memberi impak negatif kepada institusi yang amat disegani oleh masyarakat Malaysia ini.

KEEMPAT : Peristiwa ini membuktikan 1MDB dalam keadaan yang amat tersepit sehingga terpaksa melibatkan institusi kewangan negara yang lain dalam usahanya untuk menyelamatkan kedudukannya dan ini amat membimbangkan.

KELIMA: Saya berpendapat pencarum berhak membantah tindakan Tabung Haji dipergunakan sesuka hati untuk menyelamatkan 1MDB.

Husam Musa
Naib Presiden PAS
7/5/2015

[wm.kl.5:36 pm 07/05/15]
Post a Comment