Thursday, May 7, 2015

Pas kena ubah pendekatan dan lebel politik

ANALISA PRK ROMPIN                                                                                   

Pilihan raya Rompin sudah pun selesai dan keputusan sudah diketahui. BN masih berjaya mengekalkan kerusi berkenaan walaupun undinya merosot sekitar 40% berbanding dengan pencapaian dalam pilihan raya umum 2013. Calon BN, Hasan Ariffin mendapat 23,796 manakala calon Pas Nazri mendapat 14,901. Majoriti sebanyak 8,895. 

Rata-rata pemimpin Pas mezahirkan rasa lega dan optimis bahawa Pas mempunyai masa depan dan boleh berlawan di Rompin. Manakala pemimpin BN di semua peringkat pula terpaksa membuat "rambu-rambu" retorik untuk menjustifikasikan kemerosotan undi mereka. Yang jelasnya ada usaha dipihak BN untuk tidak mengaitkan "kekalahan dalam kemenangan" itu disebabkan Najib. 

Najib tidak mahu dijadikan faktor kemerosotan undi UBN itu. Mungkin untuk memelihara air muka perdana menteri itu.


Saya setuju masa depan Pas cerah di Rompin dengan bersadarkan pencapaian dalam pilihan raya kecil yang lalu itu. Rompin tidak begitu selamat bagi BN. Ada tanda-tanda yang kubu kuat BN itu akan roboh di masa akan datang. Nampak perubahan dan semangat kepada pengundi muda.

Pas berpotensi untuk menguak sayap dan menjadi pemancu baru di Rompin khasnya dan di Pahang amanya. Legasi Rompin sebagai bumi Umno sudah berakhir. Sumpahan selama lebih setengah abad sejak ia wujud sudah berakhir.

Pun begitu sejauh mana ia menjadi kenyataan atau tidak bergantung kepada cara lawan BN, dan stail Pas bermain politik di situ. Ia sangat bergantung kepada kebijaksanaan parti agama itu mengurus politik di situ khasnya dan di Malaysia amnya. Kalau Pas masih terus bermain politik sentimen retorik agama, kepuakan seperti hari ini, peluang yang terbuka itu belum bolek dimasuki sepenuhnya.

Pas bangga kerana berjaya mengurangkan majoriti BN sebanyak hampir separuh berbanding dengan apa diperolehi dalam pilihan raya umum. Pas juga mendakwa ada peningkatan undi dari segi peratus kepadanya, sebanyak 14%. Walaupun Pas berkurangan 25 undi berbanding dengan undi diraih dalam pilihan raya umum ke-13, tetapi matemetik politik mengatakan Pas ada peningkatan. Itu, dan begitulah politik tidak pernah mengalah dan melemahkan sesiapa.

Saya tidak mahu membicarakan apakah undi Pas meningkat. Itu subjektif dan bergantung kepada mata mana dan formula apa yang kita jadikan kayu pengukurnya. Tetapi yang saya mahu persoalkan kenapa peratus mengundi kali ini turun begitu banyak sekali. Secara munasbahanya kalau pun turun hanya sekitar lima peratus sahaja tetapi apa yang berlaku lebih daripada itu.
Jadi Pas tidak boleh berasakan kekurangan majoriti BN itu kerana mereka telah mengaut undi, sedangkan Pas tidak menambah satu undi pun melainkan ada peningkatan dan pengurangan di beberapa peti undi. Beberapa kawasan yang sebelum ini tepu dengan Umno sudah mula dapat dicairkan.

Kenapa? Apakah mereka yang berada diluar tidak pulang untuk mengundi? Atau pun ada yang protes tidak mahu keluar mengundi dengan sebab-sebab tertentu? Ini perlu dikaji dan difikirkan sedalam mungkin oleh Pas Pahang. Dan sekiranya mereka keluar mengundi apakah mereka akan beri kepada Pas atau kekal dengan BN? Pas perlu membuat kajian dan perencaman mengenai hal ini.

Pas berbanga dan mengira isu GST dan penyelewengan kerajaan UBN seperti 1MDB serta lain telah memberi impak kepada keputusan pilihan raya kecil itu. Tetapi seperkara yang kena difikirkan mereka seperti makan isu GST tetapi tidak sedia menyokong Pas dengan undi. Ini satu perkara menarik untuk dinilai.

Apakah kerana mereka tidak bersedia untuk menyokong Pas disebabkan ternampak jelas kelemahan dan juga kelam kabut dalam Pas waktu ini baik dalam Pas sendiri maupun hubungan dengan Pakatan. Kurang mantap kerja sama sesama sndiri, dan pergeseran dengan Pakatan Rakyat. Kejatuhan undi Cina di Tanjung Gemuk mungkin ada kena mengena dengan isu Hudud yang dimainkan Pas. Tidakkah Pas perlu memperbetulkan hal ini?

Kena kaji dan jika ini merupakan faktornya maka Pas perlu perkemaskan hubungan sesama sendiri dan dengan Pakatan Rakyat. Kalau pengundi berasakan stail politik Pas yang dikendung pimpinan yang digelar ustaz dan ulama tidak membawa kemenangan, maka mereka kena tukar bentuk dan lebel kepimpinan itu.

Pas perlu berpakat dengan ahli bukan digelar ustaz dan ulama. Pas perlu bermain secara profesional dan realistik dengan iklim politik Malaysia. Pas kena insaf mengenai senario politik Malaysia. Suka atau tidak Pas kena menerima undi Cina adalah undi pengenap cupak Pas bagi sesetengah kawasan.

Disamping mencari kerdahaan dalam perjuangan, Pas juga memerlukan kemenangan kerana kemenangan akan dapat mencapai dua keuntungan, kemenangan di dunia dan kemenangan diakhirat.

Akhirnya syabas kepada Pas tahniah juga kepada Umno. [wm.kl. 2:47 pm 07/05/15]
Post a Comment