ULASAN MALAS
Jujur saya nyata saya sudah kurang angin untuk mengulas atau pun menjampuk kenyataan-kenyataan politik Abdul Hadi Awang khususnya dalam mempertahankan kelemahan dirinya sehinggakan wibawa beliau sebagai presiden sudah kian terhakis. Tetapi kerana saya masih lagi dirujuk oleh kawan-kawan terdekat, yang bertanya pandangan saya setiap ada kesongsangan kenyataannya, maka saya tidak dapat mendiamkan diri, terpaksa bercakap juga.
Jika ikut hati saya sudah malas untuk menyentuh soal Hadi termasuk juga menulis namanya. Kenyataan-kenyataan tidak relevan dan menunjukkan standard politik dunia, membuang masa saja mengulas mengenainya.
Biarlah dia terjun dengan labu-labu dan penyunya. Bagi saya nama Hadi berada dibawah nama Mahathir dalam kamus politik saya. Seperti saya nyatakan itu, kerana saya masih ditanya rakan-rakan maka saya terpaksa juga menulis. Hadi bukan sebiji kepala makin tua makin berisi, tetapi dia lebih merupakan buah petolor ular sahaja.
"Mso, kenapa Hadi bercakap macam tu, benarkah Anwar dan arwah Nik Aziz setuju nak berganding dengan Umno" Begitulah tanya seorang rakan setelah membaca laporan protal semalam berhubung dakwaan Hadi yang Anwar dan Nik Aziz bersetuju dengan rancangan (beliau) nak ada Kerajaan Perpaduan (Unity Gorvernment) tetapi ia ditolak oleh BN.
Hadi cuba membawa cerita Anwar dan Nik Aziz bersetuju dengan ideanya untuk membentuk UG, tetapi BN yang tidak hingin. Kalau benar apa didakwa itu elok Hadi jelaskan kronologi itu secara jujur dan telus.
Saya percaya ramai yang rasa konfius dan kurang yakin dengan kenyataan Hadi itu, bukan saja rakan saya itu, tetapi orang lain juga. Perlukah saya menjawabnya?
Kerana saya memahami dan ikut sama membaca anjuran awal Hadi yang ingin membentuk UG itu, maka saya berkewajiban menjelaskan apa yang berlaku. Bukan tujuan saya nak konor cerita dan burukkan Hadi, tetapi menulis sejarah. Kata Hadi UG dibuat selepas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak terlepas kepada BN.
Saya nak sangkal, dakwaan Hadi itu salah. Gagasan atau idea untuk membentuk kerajaan UG dibuat sebelum kerajaan Perak dirampas oleh Umno lagi. Anjuran untuk membentuk kerajaan UG itu dibuat Hadi menerusi satu wawancara khas beliau disiarkan dalam akhbar Siasah. Arwah akhbar Siasah boleh disemak mengenai perkara ini. Tengok tarikh temuramah itu disiarkan dan bila kerajaan Pakatan Rakyat Perak di kudeta.
Antara tujuan UG dibentuk selain daripada untuk mengendurkan ketegangan politik orang Melayu, ialah Pas atau Pakatan Rakyat akan mendapat laba, salah satunya menyelamatkan kerajaan Pakatan di Perak. Lanjutan itu juga bagi menjamin kerajaan Pas Kedah tidak diganggu oleh BN dan begitu juga kerajaan Pakatan di Selangor. Selain matlamat itu ada dua lagi matlamat besar disebaik kewujudan UG itu.
Jadi macam mana Hadi boleh hilang ingatan dengan berkata UG dibentuk selepas kehilangan kerajaan Pas di Perak. Kalaulah benar begitu, ertinya agenda UG itu tidak memberi makna kepada Pakatan lagi kerajaan kerajaannya sudah ghuyup. Jadi muslihat sebegitu adalah satu tindakan bodoh.
Dengan senario yang dinyatakan ini maka dakwaan Hadi yang Anwar setuju, Nik Aziz setuju dapatlah ditafsirkan sendiri. Hadi hanya berilusi dengan apa yang beliau cuba buat tetapi gagal. Hadi mahu menjustifikasikan keadaan yang kini sedang mengekahnya. Rasanya Hadi sudah hilang ingatan mengenai apa yang pernah dibuat sendiri. Hakikat ini boleh disokong dengan beberapa kali tindakan dia sudah bersikap macam ikan keli dalam besen. U-turn.
Hari ini PKR menerusi Rafizi Ramli sudah pun menafikan dakwaan Hadi itu yang mengatakan Anwar setuju. Tetapi belum ada penafian daripada pihak Nik Aziz. Tidak mengapa, penafikan Rafizi itu sudah memberi gambaran apakah benar Nik Aziz bersetuju untuk bergabung dengan BN atau pun tidak. Alahi Hadi Awang. [wmk.kl.11:50 am 20/05/15]
No comments:
Post a Comment