Tuesday, May 5, 2015

Pilihan raya kecil Rompin tidak meriah

CATATAN ROMPIN                                                                                           

Sejak semalam dan hingga ke sore ini saya sempat pusing di Muazam Shah, Keratong, Rompin, dan beberapa kawasan untuk meninjau suasana pilihan raya kecil parlimen Rompin yang akan berakhir esok. Esok adalah hari mengundi.

Keadaan tidak berapa meriah. Pemasangan bendera dan logistik kempen sedarhana sahaja. Tidak semeriah dalam pilihan raya kecil di tempat lain terutamanya di Kedah, Kelantan ataupun Kuala Lumpur. Mungkin suasana di Rompin juga tidak dapat menandingi suasana di Permatang Pauh yang lebih mendapat perhatian kerana BN beriya-iya sungguh untuk merampas kerusi itu.

Rompin mungkin diperkirakan sukar untuk dirampas kerana ia kerusi tradisi Umno.

Kelemahan dan kemuraman paling ketara ialah di sebelah Pas. Kemelut dalam Pas, yakni pertembungan antara golongan berasakan mereka ahli syurga dengan bukan ahli syurga menyumbangkan kepada kesuraman itu. Pilihan raya itu di monopoli oleh golongan ahli syurga. Boleh juga dianggap pilihan raya kecil Rompin sebagai testing untuk melihat sejauh mana keupayaan golongan ahli syurga untuk mentadbir Pas.

Kenyataan ini berdasarkan kepada gambar-gambar poster dan wajah pemimpin yang dipasang lebih mencerminkan kepada propaganda untuk menghadapi pemilihan dalam muktamar Jun nanti bukannya untuk menarik perhatian pengundi. Walaupun gambar itu dipamerkan menerusi risalah ceramah yang ditampal dipokok-pokok kayu menunjukkan ada maksud hendak menampilkan orang-orang tertentu.

Hakikat juga terjawab apabila pemimpin Pas yang dianggap bukan ahli syurga tidak ramai yang mengambil bahagian. Paling jelas kempen itu dimonopoli oleh pemimpin dari Pahang yang kebetulan pula ramai yang digolongkan sebagai ahli syurga. Ahli Pas yang tidak tergolong dalam ahli syurga lebih ramai ke Permatang Pauh.

Situasi ini sesuatu yang dikesali. Apakah mereka berduyun-diuyun ke sana kerana mereka tidak perlu dan diberi ruang di Rompin? Berlakunya hal ini kepada siapakah yang boleh dipersalahkan. Mereka ke Permatang Pauh mungkin setelah tenaga dan peranan mereka di Rompin tidak diperlukan.

Pertembungan itu, perebutan jawatan dalam Pas sehingga melesukan kempen Pas satu kerugian. Ia tidak sepatutnya berlaku. Sekiranya Pas bersama Pakatan Rakyat bersatu ia boleh memberi cabaran kepada BN. Keretakan dalam Pas memberi kecacatan besar. Ia ditokok tambahkan dengan pergeseran merebut piala dalam Pas yang makin ketara.

Boleh jadi juga penyertaan Pas dalam pilihan raya kecil itu lebih untuk memenangkan satu puak dan mengenepikan puak lain. Mereka yang tidak disifatkan sebagai ahli syurga dalam Pas, tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya itu. Majlis-majlis ceramah dianjurkan tidak melibatkan mereka sebaliknya dimonopoli oleh satu pihak sahaja.

Pertelingkahan ini menjadikan keadaan muram dan sebam. Sudah tentu situasi ini disukai oleh UBN, kerana merasa berasakan tidak ada perlawanan langsung. BN juga tidak begitu agresif kerana mereka sudah pasti akan menang. Apa yang dilakukan menerusi calonnya veteran Hassan Ariffin ialah mengekalkan undi yang diraih wakil rakyat sebelum ini.

Dalam perhatian saya, UBN sukar untuk mencapai majoriti besar hingga 15,000. Faktor mengurangkan jumlah itu bukan disebabkan Pas dapat menambah undi tetapi kerana peratus pengundian akan turun. Pilihan raya kecil Rompin itu tidak begitu menarik perhatian pengundian khas dari luar untuk pulang. Sikap Pas yang memencilkan sebahagian pimpinan yang lain ikut sama menjadi penyumbang kenapa ia tidak menarik minat.

Malam tadi saya sempat singgah di dua buah ceramah yang mengundang Exco Kelantan yang diadakan di Tanjung Gemuk dan Kampung Jawa. Ternyata ceramah berkenaan "tawar lember" sahaja. Tidak sampai 100 orang yang hadir. Penceramah itu juga yang selalunya bersemangat nampak lesu tidak bermaya semacam kehabisan bateri.

Sebelum itu pada sorenya Umno mengadakan majlis pecah tanah di bandar Stalite yang dihadiri MB Besar Pahang Adnan Yaakob. Dari atas jalan raya saya nampak yang hadir tidak berapa memberangsangkan tetapi ia ternyata mengatasi majlis-majlis ceramah Pas.

Kesimpulannya pelung untuk Pas membuat kejutan di Rompin tidak ada sama sekali. Pergeseran pendapat antara dua parti Pakatan, PKR dan DAP dengan Pas adalah puncanya. PKR dan DAP tidak banyak membantu di Rompin, kerana mereka kekok bila mana Pas memainkan isu hudud, di mana isu itu tidak disenangi pula kedua parti berkenaan.

Bagaimana pun sekiranya pilihan raya kecil Rompin itu dihadapi seperti pilihan raya umum ke-13 penuh bersemangat dan persefahaman, mungkin ia boleh menganggu tidur UBN Pahang.

Bersambung.... petang nanti. [8:38 am 05/05/15]

4 comments:

usra said...

salam tuan, saya orang rompin. suasana PRK kali ini adalah sama dengan PRU yang lalu di rompin. orang rompin memang macam ni. tidak suka suasana yang terlalu sibuk. ceramah di Rompin biasanya tidak mendapat sambutan penduduk tempatan. dalam PRU yang lalu ceramah ramai dihadiri oleh pengundi luar. tentang geng geng pro syurga, geng geng tidak pro syurga telah pun terlibat semasa penamaan calon atau diawal minggu kempen. jadi saya minta tuan tidak terkejut dengan sambutan di rompin. memang ini suasana rompin.

JOHAN mutahir said...

PAS kian hari kian hampir untuk pupus dari bumi Malaysia. Pergeseran antara puak dalam PAS dari ahli syurga dengan bukan ahli syurga dan permusuhan PAS dengan PKR dan DAP seperti yang dipamirkan di Permatang Pauh akan pasti melenyapkan PAS dari persada politik tanahair. Tahniah Hadi dan geng UG. Lepas ni boleh bersara dalam kemewahan.
Kesian ahli PAS seperti kami yang sudah dikencingkan oleh ahli syurga ini.

abu aizad said...

Tertanya-tanya...ke mana pergi ketua panglima perang Pas & Umno dalam PRK Rompin?

kucing hutan said...

bodooooii