Thursday, May 21, 2015

Mari sama-sama kita cari pemimpin baru Malaysia

KENYATAAN                                                                                 

Satu forum bertajuk Mencari Pemimpin Baru Malaysia akan diadakan pada Sabtu ini, 23 Mei bertempat di Dewan Sivik Petaling Jaya.

Progam itu akan bermula jam 2:30 petang dengan menampilkan tiga ahli panel, bekas pimpinan Umno yang juga pernah menjadi anggota kabinet.


Mereka ialah bekas MB Selangor yang juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Mohamad Mohd Taib, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim dan bekas Timbalan Menteri Kewangan Afifuddin Omar.

Orang ramai dijemput hadir. Forum berkenaan akan mengupas siapakah yang layak dan sesuai mempin negara ini dalam situasi dan keyakinan rakyat kian terhakis kepada Mohd Najib Razak sebagai perdana menteri ekoran meledaknya beberapa isu yang masih menjadi persoalan dan gagal dijawab Najib seperti kehilangan RM42 billion wang 1MDB, pembunuhan Altantuya dan juga skandal pembelian tanah oleh Tabung Haji.

Siapakah yang akan mereka simpul atau tunjukkan layak untuk memimpin Malaysia khasnya dari konteks Umno. Apakah beliau itu Muhyiddin Yassin atau Zahid Hamidi ataupun Tengku Razaleigh. Ataupun apakah ianya Abdul Hadi Awang? Sama-sama kita hadir demi untuk membena masa depan negara. [wm.kl.11:20 am 21/05/15]
Post a Comment