Friday, May 1, 2015

Buku TOKGURU DALAM MATAKU sudah siap

PENGUMUMAN                                                                                                

Hari ini Jumaat, 1 Mei 2015 genap 78 hari Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah kembali ke Rahmatullah. Alhamdulilah hari ini penulisan memoir saya dengan beliau sudah selesai dan kini dalam proses percetakan. Insya-Allah ia akan menemui para pembaca beberapa hari lagi.

Tawaran istimewa untuk 300 naskah buku ini sudah pun mula diwar-warkan di Facebook saya sebelum Jumaat tadi.

Buku ini adalah sebagai hadiah kecil saya kepada Allahyarham. Ia sebagai tanda mata dan tanda hati selama saya berkenalan, bersahabat dan menjadi murid kecilnya. Buku berjudul TOKGURU DALAM MATAKU, Sebuah memoir, ini adalah catatan peribadi saya dengan Tokguru disepanjang saya mengenai sejak tahun 1967 merakam kembali detik-detik manis, tegang dan juga lucu bersamanya.


Ada banyak cerita-cerita sulit dan eksklusif didedahkan dalam buku ini bukan untuk menunjukkan (bersohor) keakraban saya dengan beliau, tetapi mendedahkan kehebatan saksyiah Tokguru sebagai seorang pemimpin. Kenapa saya meletakkan beliau sebagai MULIA, ingin tahu bacalah buku ini, yang mengandungi 240 muka surat dan dihiasi gambar-gambar kenangan.

Buku ini mengandungi 14 Bab dan 50 tajuk kecil (sub title) dan mempunyai dua prakata daripada saya. Kewujudan dua prakata ini menjadikan buku ini sebagai unik. Ia sepatutnya dijangka siap pada Mac, tetapi malangnya ia meleret sehingga akhir April. 

Antara bab-bab dalam buku ini ialah; Bab 1 Mula menatap wajah Tokgutu, Bab 2 Salam pertama dengan Tokguru, Bab 8 Tokguru menangis siapa tahu, dan lain-lain. Disamping itu buku ini mengandungi 50 tajuk-tajuk kecil, memudahkan pembacaan anda.

Antara tajuk-tajuk kecil yang menarik dan sangat personal saya dengan beliau ialah; Grand design hendak singkir Tokguru, Tolak kerjasama dengan UMNO, Berbahas dengan Tokguru,
Janji untuk berhenti dan Tokguru Sayang Husam.


Tokguru larang baham Husam, Bertengkar dengan Tokguru, 
Akan putus persahabatan, Airmata Tokguru jatuh, Saling minta menjadi saksi di akhirat, Minta Nik Abduh tanding pilihan raya dan lain-lain.

Pemergian Tokguru pada 12 Februari menjadikan penulisan ini terencat, dan saya sendiri seakan hilang kekuatan untuk menyiapkan memoir ini. Apapun Ahlhamdulilah akhirnya berjaya juga disiapkan, menjelang 100 hari pemergiannya tanggal 22 Mei.

Sebagai menandakan kasih sayang dan kenangan kepada Tokguru, saya tampilkan lebih 40 keping gambar Tokguru sebelum menjadi MB dan gambar-gambar kenangan saya bersamanya yang sempat dirakam dan masih ada dalam simpanan.Kesemua gambar ini adalah saya rakam sendiri.

Saya sangat berharap semoga bukan ini menjadi sumbangasih kecil saya kepada Tokguru, dan tandahati selama mengenalinya. Atas sokongan dan perhatian penjengok semua kepada buku ini saya ucapkan berbanyak terima kasih. Sesungguhnya andalah engin kepada kelangsungan saya berkarya.

Penempahan awal sudah mulai dibuka dan sila rujuk kepada banner iklan di atas. Wassalam Mso. [wm.kl.3:27 pm 01/05/15]








3 comments:

Ustaz Haji Fikri Awang Al-Kelantani said...

Bermatlamat memperkayakan khazanah agama, bangsa dan perjuangan, kerana nama Dato Husam disebut dan dijadikan antara tajuk buku ini, saya cadangkan Dato Husam juga mencatat sesuatu untuk sebuah buku sekurang-kurangnya 300 muka surat kerana beliau "lama" dengan TGNA. Siapa lagi yang ada "mata dan hati" dengan TGNA boleh berbuat demikian. InsyaALLAH ada kelebihan dan manfaatnya seperti yang dibuat oleh Mr. MSO ini. Aaameeen

Hamba Allah said...

saya nak tanya saudara mso berkenaan buku KEJATUHAN KERAJAAN PAS KEDAH...adakah buku tersebut hanya rekaan atau benar terjadi??sebabnya org yg paling rapat dgn USTAZ AZIZAN telah menyangah buku tersebut...ingatlah saudara bahawa ULAMAK PEWARIS NABI & dosa FITNAH lebih teruk dari BERZINA..diharap saudara mso bertaubatlah segera selagi masih bernyawa

mohd sayuti omar said...

Saya rasa sdr Bob telewat dalam memberi perhatian dan mengambil perhatian terhadap buku saya ini. Elok sdr baca dan kaji sendiri segala fakta yang diutarakan, Jangan dengar cakap dan hujah orang. Allah berikan akal untuk digunakan seoptimanya. Dan lebih elok jumpa saya secara bersemuka, untuk mendapat penjelasan apa yang saya tuliskan. Saya bertanggungjawab setiap perkataan yang saya tuliskan, bukan sahaja kepada dunia, tetapi kepada Tuhan saya juga. Saya rasa saya masih waras dan masih beriman dan dapat membezakan antara hak dan batil. Dan saya juga kenal dengan Azizan Razak, dan saya juga pernah menyumbangkan kewangan, tulisan dalam membantunya. Saya juga boleh mendakwa rapat dengannya.