Penempahan awal untuk promosi buku "Tokguru Dalam Mataku, Sebuah memoir" telah menerima tempahan masing-masing. Terima kasih kepada rakan yang menyokong saya dengan memiliki buku berkenaan. Budi dan sokongan anda akan tetap saya harga sampai ke bila-bila. Sokongan itulah yang memberi semangat kepada saya untuk terus berjuang menggunakan mata pena.

Tidak ada makna dan erti bagi penulis kalau apa yang dibentangkan tidak dinilai oleh pembaca. Berertinya sesebuah buku apabila ia dipegang kemudian dibaca apa lagi diberi kepuasan atau teguran konstrakitf untuk saya memperbaiki karya saya.
Sesungguhnya, kesudian anda membaca catatan kenangan dan sejarah saya dengan Tokguru yang bermula dari tahun 1967 dan berakhir 2014 lewat buku ini adalah sebagai mengingati dan mengenai beliau yang telah hampir 100 hari meninggalkan kita.
Berikut adalah komen daripada kawan-kawan yang memberi respons menerusi facebook berkaitan buku ke-48 karya saya itu. Terima kasih kepada rakan yang berkongsi perasaan dengan saya setelah membaca buku ini. Di bawah ini saya turunkan lima komen, daripada Amir Semak, Md Zulaimi KJ, Mohd Nazri Doktorvok, Shamirul Hadi dan Azman Abdullah.

2 comments:
Alhamdulillah... terhasil buku penuh makna
Alhamdulillah,moga dgn buku dpt mngemblikan ingatan kita kpd Tok Guru yg bnyk berjasa pada umat islam dan negara..
Post a Comment