Friday, May 29, 2015

Kadir Jasin tidak patut babitkan Anwar dalam siniskalnya kepada Najib

SINGGUNG JUMAAT                                                                                                         

Siniskal A Kadir Jasin memberi formula untuk Najib Razak mengekalkan kedudukannya apabila Dr Mahathir Mohamad semacam sudah hampir habis ikhtiar untuk melihat PM itu berundur, salah satu daripada enam formula itu agak melampau.

Kadir memberi enam formula, dan formula yang keempat yang berbunyi; "Upah penulis surat layang “berwibawa" untuk memburuk-burukkan Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbang kata pengantarnya, dan sebagai ganjarannya Anwar diberi beberapa hari keluar penjara," ia dilihat agak melampau.

Tidak patut Kadir membabitkan nama Anwar kalau pun ingin menyiniskan Najib Razak. Apabila Kadir membabitkan nama Anwar meyebabkan nama Anwar sekelas dengan penulis surat layang.Anwar tidak wajar disama kelaskan dengan penulis upahan atau penulis surat layang. Mereka sebegitu bersifat halimunan, hipokrasi dan tidak ada moral, tidak dengan Anwar.



Apabila lagi Kadir menyarankan tugas Anwar itu boleh dikontrakan dengan memberi kebebasan kepada Anwar, nampak sangat akan kehaprakan Anwar dalam hal ini.
Janganlah disamping tarik telinga kanan Najib, Kadir cubit pula telinga kiri Anwar.
 Saya rasa Anwar tidak perlu menjadi penulis upahan atau alat kepada sesiapa untuk dia merasai udara bebas di luar. Anwar lebih bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan. Kalau Anwar ingin bebas dan selamat dia boleh melepaskan diri sejak lama dahulu tanpa bersedia menuruti saranan Kadir itu.

Sekiranya Anwar bersedia untuk menjadi alat seperti mana disarankan Kadir itu, dia boleh memilih menyelamatkan dirinya, (bebas) sejak zaman Mahathir lagi. Apakah Kadir tidak tahu yang Mahathir pernah menawarkan "suaka" politik kepada Anwar agar beredar ke luar negeri dan jangan menganggui pentadbirannya? Jika Anwar bersedia patuhi saranan Mahathir itu dia akan aman. 

Tetapi apa yang berlaku, Anwar memilih penjara daripada menjadi alat kepada Mahathir dan begitu juga kepada Najib. Anwar menjadikan dirinya sebagai lilin dan obor untuk menerangi rakyat dan membakar segala kepalsuan, ketidak adilan dan kezaliman dilakukan Mahathir.

Diharap lain kali Kadir lebih berhati-hati dalam membuat sinikal jangan sampai membabitkan nama orang lain dan menyakini orang yang tidak ada kena mengena dan berkolobrasi untuk menjatuhkan Najib.

Lain-lain formula atau sinikal Kadir bagaimana Najib boleh terus berkuasa ialah menyarankan kabinet dirombak, dengan mengetepikan “unsur tidak mesra” seperti timbalannya sendiri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Shafie Apdal.

Beliau juga mencadangkan supaya Najib melantik Ahmad Zahid Hamidi menjadi timbalan perdana menteri, dan meletakkan Hishamuddin Hussein yang juga sepupunya, menjadi menteri kewangan.

Dicadang juga Najib mengambil alih Kementerian Dalam Negeri supaya darurat boleh diisytihar dengan lebih mudah jika berlaku undi tidak percaya di Parlimen.

Turut sama disarankan oleh Kadir, Najib hendaklah menggantikan Peguam Negara Abdul Gani Patail dengan peguam Umno Mohd Hafarizan Harun.

Formula terakhir bagi menyelamatkan Najib, Kadir cadangkan supaya Najib hilangkan beban hutang 1MDB dengan meminta ahli perniagaan Jho Low menguruskan penjualan syarikat pelaburan negara itu kepada sahabat-sahabat Arabnya. [wm.kl.2:19 pm 29/05/15]
Post a Comment