Thursday, May 7, 2015

Dr Wan Azizah berjaya kekalkan kerusi Permatang Pauh

STOP PRESS                                                                                    

Ahli Parlimen Pematang Pauh yang baru.
Dr Wan Azizah Wan Ismail berjaya mempertahankan kerusi P 44 Permatang Pauh dengan meraih majoriti 8,841. Beliau mendapat 30,316 undi manakala tiga lawannya, dari BN mendapat 21,475 undi manakala calon Bebas 367 undi dan PRM hanya 101 undi. Kedua-dua calon Bebas dan PRM hilang wang pertaruhan.

Kejayaan Wan Azizah meraih majoriti 9,542 dikira mengejutkan kerana rata-rata pemerhati menjangkakan hampir separuh majoriti diraih suaminya dulu akan susut. Dalam pilhan raya umum ke-13 Anwar menang di kerusi itu dengan majoriti 11,721 undi.

Saya sendiri meletakkan sempadan bahaya untuk PKR dalam pilihan raya ini, ialah majoriti dibawah 5,000.


Kemenangan Presiden PKR itu juga menyelamatkan hubungan komponen parti dalam Pakatan Rakyat. Sebelum ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membayangkan kalau Wan Azizah kalah, ia menyebakan Pakatan Rakyat akan berakhir.

Kemenangan bergaya Wan Azizah itu ternyata pengundi Permatang Pauh menolak serta tidak mempedulikan hasutan sesetengah pihak yang mendesak agar tidak mengundi beliau. Alasan digunakan Wan Azizah perlu ditolak kerana parti itu dikatakan menolak hukum Hudud yang diperjuangkan Pas.

Dr Wan Azizah diberi kucupan tahniah.
Kejayaan PKR itu juga menjelaskan yang parti itu mampu untuk berdiri sendiri bagi menghadapi BN untuk dimasa-masa akan datang. Pilihan raya kecil itu memberi gambaran bahawa perjuangan Refomrasi yang digerakkan oleh Anwar masih relevan. Mana-mana pemimpin Pas yang cuba memperlekehkan PKR harus membuat perhitungan semula.

Dalam pada itu PKR mampu untuk muncul sebagai sebuah parti alternatif baru kepada generasi yang celik realiti politik Malaysia. Kemenangan itu adalah terjemahan kepada "kegelingahan" PKR. [wm.kl.9:04 pm 07/05/15]
Post a Comment