Thursday, October 8, 2009
Terkini Dari Bagan Pinang
Malam tadi sekumpulan orang telah menyerang markaz pilihan raya yang dikendalikan Dewan Pemuda Pas di Bagan Pinang. Dalam kejadian yang berlaku jam 3:00 pagi itu seorang telah cederah parah.
Menurut sumber tidak rasmi sekumpulan penyerang itu datang dengan kereta dan motor dengan bersenjatakan benda tajam dipercayai parang.
Motif kejadian masih belum diketahui. Pengarah pilihan raya Pas, Sallahuddin Ayub ketika dihubungi jam 9:00 pagi berkata pihaknya belum mendapat penjelasan lanjut tetapi mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu.
Laporan akan menyusul. [wm.kl.12:00 t/hari 08/10/09]
Malam Tadi Di Bagan Pinang
MALAM tadi selepas menyiapkan kerja rutin mingguan, menyiapkan penulisan editorial dalam Siasah bersama seorang aktivis sosial dan politik dari Rantau Panjang, Rushdan Mustafa saya mencemar duli turun ke Bagan Pinang. Sejak selesai penamaan calon dan kempen masuk hari ke lima saya belum lagi ke Port Dickson dan melihat suasana di sana dari dekat.
Hanya mendengar laporan dari dalam dan luar, dan juga dari pelapor-pelapor rasmi dan tidak rasmi. Perkembangan dari masa ke sesama mengenai Pas saya dapat secara langsung dari beberapa orang yang bertugas di bilik gerakan Pas dan juga yang mengawal di pintu markaz induk Pas. Pengawal di sini begitu tegas sekali tak uban seperti si bisu menjaga pintu masuk ke pesta dikir barat!
Begitu juga dengan perkembangan di sebelah UBN. Dua tiga orang kawan bloger dan wartawan yang memantau kempen UBN selalu menghubungi memberi tahu apa-apa maklumat dikira perlu. Dari berbagai sumber maklumat inilah saya saring kemudian diulas dan diberi pandangan dari Kuala Lumpur mengenai perjalanan pilihan raya berkenaan.
Semalam apabila turun sendiri ke Port Dickson dapatlah membayangkan suasana sebenar yang berlaku. Walaupun penjelajahan semalam tidak menyeluruh ke kawasan pilihan raya, namun pemandagan di Jalan Besar Teluk Kemang – Port Dickson memberi gambaran kasar apa yang sedang berlaku.Saya sengaja tidak mahu menemui sesiapa di Bagan Pinang malam tadi, untuk mengelakkan mendapat maklumat yang bias atau berat sebelah. Jadi saya memerhati sendiri dengan naluri, pengalaman dan firasat politik.
Pertamanya, dari segi kemeriahan pilihan raya kecil itu ia tidak berapa jika dibandingkan dengan siri-siri pilihan raya kecil di tempat lain khasnya di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ada perbezaan di antara negeri-negeri ini dengan Negeri Sembilan.
Sesudah lima hari berkempen sepatutnya Bagan Pinang sudah dipenuhi dengan poster kedua parti yang menjadikan Bagan Pinang gelap dengan kehijauan dan kebiruan. Bukankah imej siapa kuat dan siapa lemah dalam pilihan raya di Malaysia ini dilambangkan menerusi poster!
Nampaknya kedua pihak tidak begitu bersemangat atau bersedarhana dalam berpilihan raya kali ini! Atau keadaan ini wujud kerana ketegasan pilihan SPR yang bertindak ke atas elemen-elemen yang tidak profesional.
Bagaimana pun pemasangan biilboard agak banyak terutamanya di pihak UBN. Paling menonjol ialah billboard memaparkan gambar Najib Razak yang menjual slogan 1 Malaysia.
Pilihan raya ini diambil kesempatan untuk menjual idea Najib dalam merombak stigma rakyat yang kini sudah mula meletakkan Pakatan dalam kepala.
Sejauh manakah usaha ini berjaya. Dalam banyak billboard yang memaparkan gambar Najib terjumpalah saya satu billboard yang menerakan gamabr Najib bersama isteri sedang melihat seseorang yang terlantar sakit di katil hospital. Mulanya saya ingat gambar Mohd Isa atau orang tua mana yang uzur!
Apabila berhenti kereta dan menghampiri, sedikit mengejutkan saya kerana orang tua yang terlantar itu ialah Tok Guruku, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Gambar ini dirakam semasa Najib bersama isterinya Rosmah, menziarahi Nik Aziz yang sakit diserang jantung beberapa tahun lalu. Dibawah gambar itu dicatat maksud sebuah hadith yang menceritakan kebaikan seseorang muslim yang membantu muslim yang lain. Apa yang hendak diceritakan dalam billboard ini, betapa Najib seorang yang prihatin, bersifat kasih mengasihi sesama insan.
Sementara unsur lain yang terselit didalam gambar ini mahu menunjukkan Nik Aziz tidak berterima kasih dan insaf atas kunjungan Najib itu. Saya sempat merakam billboard berkenaan. Dalam perjalanan saya mengomen sendiri, mengenangkan gambar itu menunjukkan UBN tidak ada modal besar di Bagan Pinang. Kenapa harus eksploitasikan amalan-amalan soleh Najib bersifat peribadi terhadap Tok Guru untuk meraih undi di Bagan Pinang?
Apakah kelakuan baik Najib itu dapat menghakis persepsi buruk ke atas Mohd Isa? Kalau Mohd Isa yang menjenguk Nik Aziz tidak memusykilkan, tetapi ini Najib. Apakah kerja-kerja kebajikan yang Najib lakukan berjangkit kepada Mohd Isa. Dan kalaulah UBN berniat begitu, ingin menunjukkan sikap prihatin Najib kepada rakyat, ia tidak kesampaian kerana Nik Aziz lebih prihatin dan lebih banyak dan tulus kebajikannya.
Nik Aziz bukan sahaja setakat menjenguk orang sakit, tetapi jauh dari itu dia juga berdoa untuk orang sakit. Saya tidak pasti apakah semasa Najib menziarahi Nik Aziz di hospital USM itu beliau sempat berdoa untuk kesejahtraan Nik Aziz?
Tinggalkan itu... malam tadi saya sempat memasuki ke beberapa lokasi ceramah Pakatan Rakyat. Di markaz DAP di tepi jalan besar, ketika saya sampai Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi sedang berucap.
Bukan main berapi-api lagi anak muda ini menjulang kerisnya. Seperkara yang menarik yang masuk ke dalam telinga ialah, ketegasan beliau bahawa Pemuda akan membela mana-mana askar yang teraniaya. Katanya kalau ada tentera yang teraniaya disebabakan bersikap adil dan berani menentang kejahatan, pemuda Pas akan membela.
Hadirin di majlis itu tidak begitu memuaskan, sekitar 200 orang sahaja. Kebanyakannya kaum Cina. Tetapi yang paling merujakan sikap orang Cina yang serius membantu calon Pas.Selepas Nasruddin selesai berucap punggutan drama dilancarkan. Beberapa anak muda keluar sambil membawa kotak lut sinar menghampiri setiap orang yang ada. Mendampingi anak muda yang membawa kotak itu seseorang yang bersalaman dengan setiap yang hadir dan memohon derma.
Dalam majlis ceramah Pas kutipan derma perkara biasa. Tetapi tidak ada taukeh yang mengiringi sambil bersalam dan meminta derma ikhlas. Tetapi ini berlaku malam tadi. Melihat ini menunjukkan betapa orang Cina begitu serius dan komited dengan kerja mereka. Nampak kesungguhan mereka membantu Pas.Dari situ saya beredar ke satu lagi tempat ceramah. Kali ini di markaz Dewan Ulama. Ketika itu Presiden MTUC, Syed Shahir sedang menayampaikan ceramahnya. Boleh tahan juga ceramah Syed ini. Beliau sempat mempromosikan Selangor sebagai negeri yang mempunyai banyak kekosongan pekerjaan.
Katanya kalau pengundi di Bagan Pinang mahukan kerja, pergi sahaja ke Selangor. Moral of the storynya apa yang hendak dikatakan Syed, Selangor lebih maju daripada Negeri Sembilan yang diperintah UBN. Jumlah kehadiran boleh tahan. Kira-kira sekitar 1500.
Saya percaya jumlah pengundi tidak sampai 300 kebanyakan orang luar, petugas dan juga pemantau bebas dan peminat pilihan raya kecil. Situasi ini berlaku di mana-mana sahaja. Tetapi kalau 300 orang tempatan dan pengundi dikira sudah cukup lumayan. Saya meninggalkan tempat itu sebelum sempat mendengar ‘lawak jenaka’ oleh Mahfuz Omar yang dijangka berucap untuk ke tempat lain.
Dari beberapa tempat yang dikujung malam tadi, keadaan tidak seteruk yang digambarkan. Sebelum ini ada laporan mengatakan ceramah Pas lenggang. Mungkin keadaan ini akan jadi lebih meriah lagi pada malam ini dan sehingga malam mengundi bila mana ceramah akan melibatkan dua tokog agung Pakatan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan Anwar Ibrahim. Suasana di ceramah mereka nanti dapat menjelaskan keadaan sebenarnya dan dijadikan kayu ukur untuk melihat siapa lebih kuat dan mendapat sokongan.
Mereka juga dipercayai akan memberi kunci dan kata-kata perangsang untuk pengundi Bagan Pinang membuat pilihan. Walaupun saya tidak sempat untuk mengunjungi ke tempat ceramah UBN, tetapi dari gambaran di ceramah Pakatan itu dapat dibayangkan bagiaman rupa ceramah UBN. Kalau ceramah Pakatan juga tidak begitu memberangsangkan, apa lagi dengan ceramah UBN, jumlahnya mungkin suku daripada itu. Kalaupun ceramah UBN ramai, tentulah ada umpan yang ditabur untuk menarik perhatian.
Boleh jadi juga suasana ceramah dalam siri pilihan raya ini tidak hebat kerana latar belakang pengundi dan juga sikap politik orang Bagan Pinang. Penduduk tempatan yang arif dengan politik, atau pegawai kerajaan dan askar mereka tidak perlu keluar meraikan ceramah lagi.
Mungkin dengan berpandukan apa yang berlaku dulu dan perkembangan sehari dua ini mereka sudah pun membuat keputusan. Yang ramai-ramai berjajar-jajaran ke tempat ceramah ialah golongan muda yang sememangnya menjadikan politik gelanggang kesukaan mereka yang baru. [wm.kl.111:30 am 08/10/09
Tuesday, October 6, 2009
Perkembangan Bagan Pinang
UBN Berat, Mat Isa Akan Disembelih Dalam Gelap
MALAM tadi saya menerima dua laporan dari Bagan Pinang, satu laporan dari bilik gerakan UBN dan satu laporan dari pemerhati bebas pro Pakatan. Kedua laporan ini agak menarik untuk diulas dan dianalisa bagi mendapat rumusan awal mengenai apa yang berlaku di Bagan Pinang ketika ini.Saya menganggap laporan dari bilik gerakan UBN itu ikhlas. Ini berlandaskan hubungan peribadi pelapor itu dengan saya. Dan memang nampak ada kebenaran laporan ataupun dapatan yang dibuatnya. Identiti pelapor ini barang kali tidak perlu didedahkan, dan cukup kalau dikatakan dia bekas pegawai tentera berpangkat Majer yang berpengalaman dalam menjalankan kerja-kerja risikan dan psywar.
Menurutnya, dia dihantar ke situ untuk memantau sikap dan juga undi tentera. Undi tentera penting bagi memastikan calon yang disokong UBN, Mohd Isa Samad menang. "Jangan tolong pangkah sudah lah" - MSO. Selain dari tugas itu dia juga diminta untuk memantau kempen pihak Pakatan Rakyat, mengintai apakan isu dan modal yang dibangkitkan oleh para penceramah dan tukang kempen Pakatan Rakyat.
Apa yang sangat diawasi ialah untuk mendengar apakah isu dan cakap-cakap buruk ke atas isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang menjadi wanita pujaanya demi projek peribadi.
“Alhamdulilah setakat ini belum ada isu-isu buruk mengenai Datin Seri, Pakatan nampaknya tidak bermain buruk kali ini,” begitulah jelasnya mengenai Rosmah dengan nada gembira dan sempat mengucapkan terima kasih kepada saya.
Baginya biarkan UBN kalah asalkan jangan ada cerita pelik mengenai Rosmah. Dia begitu gembira sekali bila orang pujaanya tidak dikutuk seperti selalunya di Bagan Pinang.
Tetapi menurut bekas askar pencen ini, ada perkembangan yang kurang menyenangkan dalam pemerhatiannya di mana ia memberi bayangan buruk kepada UBN. Katanya Pas hari ini dalam berkedudukan selesa dan sangat baik. Pas sudah sudah mempunyai kekuatan sendiri dan perlahan-lahan sudah mengatasi 'kejaguhan' UBN khasnya Umno.
Beberapa alasan beliau berikan, antaranya kerana produk Pas yang dihasilkan selama ini sudah membawa hasilnya. Beliau merujuk kepada anak-anak muda yang menjadi pelajar sekolah agama rakyat yang dihantar ke luar negeri. Menurutnya para pelajar ini sudah banyak pulang ke tanah air dan menjadi ustaz muda. Kebanyakan mereka menyertai PAs dan menjadi jurucakap Pas.
Tambahnya, tengoklah pada Ramdhan lalu kebanyakan surau dan masjid mengguna pakai khidmat ustaz dan pelajar tahfiz untuk jadi iman Terawih. Ini sudah menjadi trend. Siapakah mereka ini semua, mereka ialah pelajar yang dihantar oleh Pas, katanya. Tambahnya lagi hampir semua surau dan masjid di negeri dikuasi Pakatan telah mengadakan tazkirah semasa solat Terawih. Apakah yang diisi dalam tazkirah itu, ianya tidak lain dan tidak bukan mengenai politik Islam anjuran Pas.
Inilah kebijaksana dan pandangan jauh Pas dalam strateginya menyediakan pelapis untuk parti itu katanya. Sudah tentu pelajar agama yang tahu hukum hakam dan soal agama tidak akan sesekali menyokong UBN.
Selain Pas mempunyai aset itu katanya, Pas juga mendapat sokongan para pegawai kerajaan. Konsep 1 Malaysia yang dilaungkan Najib Razak tidak disenangi oleh sesetengah pegawai kerajaan. Dasar itu telah memakan diri orang Melayu. Gara-gara ini katanya pegawai kerajaan semakin membenci kerajan UBN. Konsep 1 Malaysia satu konsep yang silap dan mengeliurukan, katanya.Manakala satu lagi golongan ulasnya, ialah para pegawai kerajaan yang sudah pencen. Mereka ini menyertai Pakatan Rakyat baik Pas maupun PKR. Jarang yang ingin bersama kerajaan. Pengalaman mereka dalam kerajaan selama lebih 30 tahun mendedahkan kepada mereka mengenai sikap rakus dan buruk kerajaan menjadikan mereka muak dengan parti memerintah, UBN.
Jadi kata perisik itu berdasarkan situasi itu Pas dalam keadaan selesa dan mendapat sokongan padu berbagai lapisan. Masa depan begitu cerah berbanding dengan Umno kerana sokongan ke atas semakin kuat. Justeru katanya bukan mudah untuk UBN mengekalkan kerusi Bagan Pinang. Beliau percaya UBN harus bermain kotor untuk mengekalkan kerusi itu kalau tidak UBN akan berputih mata.
Manakala laporan dari pelapor bebas pro PR lain pula bunyinya. Katanya selama dua malam dia meninjau ke tempat ceramah Pas sambutan dingin sekali. Yang hadir tidak begitu ghairah seperti dalam beberapa pilihan raya kecil yang lalu. Misalnya di satu ceramah Pas malam tadi dihadiri tidak sampai 50 orang. Keadaan ini membimbangkan, kata pelapor itu.
Mungkin laporan itu benar. Ada benarnya juga kalau pengundi Bagan Pinang tidak mengerumuni ke tempat ceramah Pakatan Rakyat. Harus difahami kebanyakan mereka mempunyai hubungan yang lama dengan Mohd Isa. Lagipun kebanyakan kenal dan rapat dengan Mohd Isa dan sudah berguni memakan budi Mohd Isa. Jadi ada yang malu alah untuk pergi ke tempat PR.
Walaupun ada sesetengahnya tidak senang dengan Mohd Isa dan bercadang untuk mengundi Pas, tetapi mereka mengambil sikap memprotes secara senyap. Mereka tidak mahu mennonjolkan diri. Inilah ada taktik pengundi yang cerdik kerana mereka tidak mahu bergaduh dengan Mohd Isa secara terang.
Saya lantas bertanya seseorang yang dikenali memainkan peranan untuk merebahkan Mohd Isa di Bagan Pinang. Dia ini dari kalangan UBN yang bermasalah dengan Isa. Katanya memang benar pengundi takut dan senagaja tidak mahu ke tempat Pas kerana mereka ada strategi sendiri.
Katanya pengundi Bagan Pinang yang dulunya merupakan penyokong kuat Isa akan tetap menolak Isa kali ini. Katanya mereka akan menyembelih Isa dalam gelap kerana tidak berani untuk menentang Isa dalam terang. Beliau begitu konfiden sekali kali ini Mohd Isa kecut perut dalam menghadapi pilihan raya berkenaan. [wm.kl. 7:00 pm 06/10/09]
Melerai Keresahan
SETELAH membaca catatan Dinsman dalam blog detikdaily.com Ogos lepas dibawah kolom Penulis Tamu, saya telah menghantar notis lisan kepada Dinsman menyatakan saya akan cuba menjawab persoalan yang beliau bangkitkan dalam tulisan itu.
Saya berbuat begitu kerana saya merasakan berpengetahuan serba sedikit bersabit persoalan yang diangkat Dinsman itu. Saya rasa ianya perlu dihuraikan untuk mencari sebab musabab kenapa permasalahan itu timbul.
Dalam pada itu saya tidak percaya kalau Dinsman jahil terhadap persoalan yang dilontarkan itu. Sebagai penulis, pengamat politik macam saya, saya yakin Dinsman bisa menghuraikan tanpa dimediakan isu itu. Malahan jiwa penyair yang dimiliki Dinsman lebih halus untuk menjamah persoalan itu secara damai dan tuntas. Justeru beliau mengangkat mauduk itu untuk direnungi bersama dan diteaterkan dalam minda umum. Itulah motifnya.
Apa yang bermain di kepala Dinsman ialah siapakah bakal mengganti Tok Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai pemimpin Pas Kelantan dan juga selaku Menteri Besar. Pertanyaan inilah juga yang menggaru-garu benak banyak orang. Kerana itu pertanyaan ini sering mendapat perhatian dan membutuhkan jawaban. Ia semakin menjadi ‘gatal’ lagi apabila mengenangkan hayat Tok Guru sebagai MB semakin menghujung.
Kecemerlangan dan kilauan beliau sebagai MB benar-benar sudah melayakkan untuk beliau berhenti dalam keadaan aman dan dimegahi dunia. Pada 21 Oktober ini genaplah 19 tahun beliau menjadi MB dan memimpin Pas Kelantan. Satu jangka yang menunjukkan kehebatan beliau dan mungkin sukar dipecahkan pencapaian ini oleh mana-mana tokoh selepas ini. Sebab penjelmaan tokoh seperti di Tok Guru Nik Aziz – ulama dan mujadid akan berlaku dalam setiap satu abad saja.
Sehubungan itu Dinsman melukis kebimbangannya mengenai siapa yang akan mengganti Tok Guru itu. Langsung itu juga beliau bertanya kenapa tidak ada orang yang ingin menjadi seperti Tok Guru dalam persiapan untuk mengganti Tok Guru dan mengambil kepimpinan Pas.
Kata dan tanya Dinsman;
“Mengapa tidak ada orang yang nak ikut macam dia? Berpakaian macam dia. Tinggal dalam rumah seperti rumah dia, yang tak ada pagar, tak ada orang gaji, bersebelahan dengan masjid, dalam kawasan sekolah agama yang dijalankan oleh ahli keluarganya. Tiap waktu menjadi imam di masjid, dan khasnya solat Subuh setiap pagi, dengan tazkirah ringkas selepas solat Subuh.
Dengan rasa kagum tambah Dinsman; “Selalu menyampaikan kuliah agama, tak kira di mana dan tak kira sama ada pendengarnya ramai atau sedikit. Dan pada setiap pagi Jumaat, selama satu jam, menyampaikan kuliah tafsir al-Quran di tengah-tengah bandar ibu negeri. Ini jadual tetap yang dianggap paling penting. Menyampaikan tafsir al-Quran yang dilihat dari sudut hubungannya dengan isu-isu semasa.
Kata Disman lagi; “Hidup serba sederhana. Suka memberi sedekah. Duit gajinya setiap bulan dipotong 45 peratus untuk sumbangan kepada parti dan kerajaan. Elaun rumah tak diambilnya, elaun keraian tak diambilnya, elaun buka puasa dan elaun hari raya juga tak diambilnya, dan macam-macam lagi.”
Apabila Dinsman mengungkitkan itu jiwanya semacam penuh dengan gumpulan kekesalan dan heran memanjang, kenapa tidak ada watak-watak seperti Tok Guru itu dalam Pas kini. Padahal amalan yang dibuat Nik Aziz adalah terbaik. Beliau adalah sebaik-baik model yang perlu diikuti dan dicontohi. Malangnya tidak ada murid yang lahir dari kewujudan itu. Madrasah politik Tok Guru selama 19 tahun tidak melahirkan murid seperti beliau. Inilah yang dimusykilkan Dinsman.
Apa yang membimbangkan Dinsman ini seperti mana diawal tulisannya, satu hakikat tidak dapat dielakkan bahawa suatu hari Nik Aziz akan pergi juga. Betapa sayang dan kasihnya orang kepadanya beliau akan pergi juga. Atas sifatnya sebagai makhluk baru beliau akan sirna juga. Pemergiannya tidak dapat ditahaan atau dilambatkan walaupun sesaat. Sedangkan kekosongan itu perlu diisi oleh tokoh yang sepadan dan sejiwa dengannya bagi memastikan kesenimbungan kepimpinan Pas dan kerajaan Kelantan.
Nada kebimbangan Dinsman mengenai hal ini ada logik dan benarnya kerana dalam matanya belum ada bayangan bakal pengganti dan orang berkelayakan mengambil alih tempat Nik Aziz. Belum ada tokoh berperibadian seperti Tok Guru Nik Aziz.
Kata Dinsman hanya ada seorang Nik Aziz di atas dunia bukan alasan da ia tidak patut dijadikan hujah dalam soal mencari orang seperti Tok Guru. Kerana kata Dinsman Nik Aziz begitu beriya untuk melahirkan kepimpinan berperibadian seperti Rasulullah s.a.w. sepatutnya dalam tempoh 19 tahun itu Pas Kelantan tidak bermasalah untuk mencari penggantinya. Tempoh itu terlalu lama, seharusnya sudah ada beberapa Abu Bakar as Siddik, Omar Khattab, Othman Affan atau Ali Abu Thalib. Tetapi realitinya belum ada mereka yang pantas untuk menjadi pengganti Nik Aziz.
Sebenarnya bukan saja Dinsman mengharapkan demikian. Saya sendiri selaku pemerhati politik Kelantan dan bergaul dengan sebahagian besar pemimpin Pas Kelantan dibelenggu permasalahan itu. Sudah lama saya mengesali keadaan ini. Dalam tilikan saya tidak ada orang yang ingin menjadi seperti Tok Guru atau cuba belajar menjadi Tok Guru seperti mana diharapkan Dinsman itu.
Jika Pas menerima orang seperti Tok Gurulah yang layak dan sesuai mentadbir Kelantan, seolah keyakinan itu disia-siakan saja kerana usaha melahirkan orang seperti itu tidak dilakukan secara langsung dan serius oleh jemaah itu.
Sebenarnya kerja untuk mewujudkan sosok seperti Nik Aziz bukan senang. Tok Guru bukan boleh duplicate seperti mana kita menfotokopikan dokumen. Saya ada pengalaman dan terlibat secara langsung membenihkan seorang calon untuk menjadi pengganti kepada Tok Guru. Beliau dipilih kerana dilihat lama mendampingi Tok Guru. Atas keperayaan dia banyak mempelajari corak hidup dan memegang ilmu siasah Tok Guru saya kira dia dapat dididik menjadi calon yang baik.
Harapan terlalu tinggi diletakkan kepada peribadi itu. Namun harapan itu akhirnya terbangkalai dijalan. Salah sangka dari jangka, calon itu tidak mampu membina dan dibina dirinya menjadi bayangan kepada Tok Guru Nik Aziz. Adalah amat mustahil dalam masa singkat ini kalau peribadi itu dapat memperbetulkan dirinya kemudian muncul menjadi pengganti Tok Guru!
Dalam perhatian saya ada beberapa faktor kenapa tidak mudah untuk mencetak seorang lagi Nik Aziz di Kelantan. Faktor atau kesukaran itu seperti mana rumusan ringkas mengenai diri Tok Guru Nik Aziz ini;
Nik Aziz seorang tokoh yang berperwatakan zuhur, tawaduk dan merendah diri. Beliau seorang kawan dan guru dalam politik dan agama. PR beliau sangat membanggakan kerana itu beliau disenangi oleh semua orang dan semua kaum di mana-mana saja.
Beliau juga berfikiran verstaile dan ever green. Walaupun dia seorang tok guru, berpendidikan agama yang selalu dianggap sebagai jumud, lambat dan kolot oleh golongan sekolar, namun bukan begitu dengan Nik Aziz. Beliau berjaya dan pandai menyesuaikan diri dan pemikirannya dengan tuntutan semasa. Beliau adalah pembawa pemikiran baru apabila berani meruntuhkan tahyul-tahyul atau fahaman lama dalam agama.
Selain berani beliau juga seorang yang istiqamah dengan keyakinan dan pendiriannya. Inilah adalah asas untuk seorang tegak sebagai pemimpin. Tengok bagaimana beliau terus menegakkan kebenciannya kepada Umno kerana tidak yakin dengan pendirian parti itu terhadap Islam. Beliau tidak peduli dan gerun kepada apa yang dibilang kepadanya. Beliau juga seorang yang apologetik, sedia mengaku kesilapan dan tidak ego melulu. Beliau sedia memohon maaf jika dirasakan tindakannya tidak betul. Apa yang berlaku ke atas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa adalah salah satu contoh keperibadian mulia Nik Aziz yang bukan mudah untuk diteladani.
Inilah antara kelebihan dan inilah kewibawaan yang ada kepada Nik Aziz. Semua sifat-sifat ini jarang dimiliki oleh pemimpin Pas lain termasuk yang mahu menjadi Tok Guru untuk menjadi MB Kelantan. Kebanyakan calon dan orang yang berhajat untuk menggantinya hipokrit kononnya memiliki peribadi Tok Guru walhal itu hanya lakonan hujung minggu saja.
Sebagai contoh mengenai budaya berpakaian serban dan kupiah, pakaian ala tok guru. Kalau berada di Kelantan mereka tidak akan membuang kupiah dan nampak zuhur tetapi selepas saja melewati sempadan Kelantan di Gua Musang atau Jertih atau Golok atau Takbai, kupiah mereka akan hilang entah ke mana. Saya sendiri pernah melihat bagaimana seorang Exco menyembunyikan kupiah dalam poket seluar bila berada di pasar raya di Bukit Bintang. Dan bagaimana lucunya mendengar cerita kupiah seorang wakil rakyat Kelantan melayang jatuh ke dalam lautan Pasific semasa menaiki feri pelancongan!
Selain itu hakikat yang kena terima untuk Nik Aziz berada di mercu yang diduduki hari ini bukan gampang. Beliau melalui perjuangan yang panjang. Pendidikannya juga mapan untuk muncul sebagai pemimpin dan ulama. Beliau bukan saja memiliki satu kepakaran dalam bidang agama, tetapi mengetahui beberapa kepakaran lain. Perjuangannya dalam Pas bukan secara dibentuk oleh isu dan keadaan semasa tetapi atas keyakinan kepada perjuangan Pas yang berlandaskan Islam.
Keistimewaannya juga beliau seorang yang hafiz al-Quran, mampu mentafsir Quran. Beliau juga seorang penghafal Hadith dan berjaya mengupas Hadith dan diberikan kefahaman secara moden dan mudah difahami untuk disesuai dengan zaman kini. Pendeknya kelengkapan dirinya dengan ilmu Islam sebaik selesai berkhatan lagi dan bukan selepas beranak tiga atau berbini dua. Maknanya beliau memang dididik dengan Islam dari awal dan bukan menemui Islam sesudah remaja di kolej atau universiti atau sesudah mengikut usrah gerakan Islam kontemporari kerana ajakan kawan dan rakan.
Pergaulan beliau juga luas merentasi benua. Beliau pernah belajar di India dan Mesir. Ketika inilah beliau mempelajari ilmu hubungan antara manusia dan hubungan antara negara. Peluang dan ruang inilah yang memungkin beliau mudah mengolahkan dirinya dengan dunia apabila berada di tempatnya kini.
Apabila ditilik dan dibandingkan kepada calon-calon yang akan mengambil tempat beliau, pemimpin Pas Kelantan hari ini, mereka tidak memiliki kemampuan dan aset itu. Walaupun mereka profesional yang dilihat hebat tetapi profesional itu dalam satu aspek sahaja. Kekurangan-kekurangan itulah tidak melayakkan mereka menjadi seperti Nik Aziz dan seterusnya menjadi MB Kelantan yang berfikir global.
Apa yang dapat disimpulkan di sini ketiadaan atau kegagalan orang untuk meniru cara hidup Nik Aziz ialah kerana kurangnya ilmu dan tidak mempunyai kepakaran khusus dalam bidang agama seperti mana dimiliki Nik Aziz itu. Tokoh-tokoh yang ada hari ini malas untuk mendalami ilmu. Sebalik setengahnya lebih rajin untuk mempelajari tektik dan keadah bagaimana hendak memanipulasikan projek pembangunan kononnya untuk rakyat sedangkan manfaatnya untuk diri dan kroni.
Barang kali melampau kalau dikatakan tidak ada seorang tokoh pun yang memiliki ilmu dan pegangan siasah seperti Nik Aziz. Kalau boleh disebut di sini dalam pemerhatian saya ada dua tokoh agamawan yang berpotensi atau ada iras-iras Tok Guru Nik Aziz. Malahan pada satu masa mereka sudah pun ‘dilatih’ oleh Nik Aziz sebagai tokoh penting di Kelantan.
Mereka itu ialah Ustaz Yahya Othman dan Ustaz Mohamad Daud Iraqi. Kedua-duanya bekas Exco Kelantan. Kedua tokoh ini memiliki ilmu agama yang cukup tinggi dan mempunyai syaksiah yang baik. Mohamad Daud seorang ahli fikah yang tidak ada tolak bandingnya. Seorang penghafal Hadith dan mahir dalam hukum hakam. Dalam kes-kes tertentu Nik Aziz sendiri merujuk mengenai hukum hakamnya dengan Mohamad Daud.
Begitu juga dengan Ustaz Yahya Othman. Penglibatannya dalam gerakan Islam peringkat antarabangsa menyebabkan beliau mempunyai ramai kawan dan sahabat di negara Islam. Beliau pernah terdedah dengan gerakan Islam dan dakwah internasional. Di dalam Pas beliau dianggap sebagai mentor dan guru yang memberi didikan dan terbiah mengenai Siasah dan dakwah Islamiah dan perkedaran.
Tetapi sayang mereka ini tidak dapat pergi jauh dan berada di belakang Tok Guru kerana kelemahan mereka dalam bidang admistratif dan iktisad. Mereka boleh dikatakan jahil langsung berhubung dengan bidang ini dalam konteks politik demokrasi. Mereka buta mengenai strategi dan taktik perang yang dihalalkan oleh Machiavellisme. Kerana kelemahan inilah menyebabkan mereka gagal meletakkan diri mereka setanding dengan Tok Guru Nik Aziz dan kemudian terpaksa diundur atau berundur.
Jadi apakah kini masih ada tokoh yang oleh dianggap berkelayakan seperti kedua mereka itu? Jawabnya ada. Sesungguhnya pengganti Nik Aziz sudah pun ada! Hari ini orang itu umpama ceding kecil yang tumbuh dibatang. Dia masih terlindung dan dinaungi pokok induk. Dia perlukan dipupuk dan dibajai. Sesudah pokok induk sudah tidak ada dia akan menyerlah, subur dan merimbun seperti pokok asalnya juga. Sabarlah bila sudah sampai masanya nanti saya akan menyorot tokoh ini secara menyeluruh. [wm.kl 7:30 am 06/10/09]
PERHATIAN: Rencana ini ditegah dicutpagekan dalam manna-mana blog pengumpul tanpa keizinan. Bagaimanapun link terus dibenarkan. Tegahan ini bagi mengelakkan komen-komen yang dibuat menerusi blog pengumpul dimasukkan tanpa pengetahuan penulis di mana sukar untuk penulis membuat ulasan terhadap komen-komen itu jika perlu ia dibuat demikian. Salam MSO.
Monday, October 5, 2009
Celoteh Murai 55
SI KAKAK TUA YANG DOUBLE STANDARD
BERBICARALAH si kakaktua kalau negeri ini diperintah pembangkang negara ini akan jadi malap dan buruk. Murai tidak tahu apakah ukuran yang digunapakai oleh si kakaktua untuk membuat andaian demikian.
Apakah si kakaktua masih menganggap kerajaan yang ditinggalkan olehnya hari ini masih cerah, terang berderang dan bersinar banar dan berkelip-kelip macam kerajaan Bunian dilangit?
Kalau tidak silap Murai kakaktua ada menulis dalam blognya mengenai Petronas. Katanya semasa beliau jadi ketua dulu Petronas untung sampai RM200 billion. Tetapi kini hanya RM 60 billion sahaja. Apakah ini boleh dikatakan masih cerah dan tidak malap dan bersinar banar macam orang kepala botak!
Kakaktua juga pernah berkata negara ini sudah tidak selamat lagi kerana banyak jenayah. Pembunuhan berlaku di mana saja dan bukan saja orang kecil orang besar dari luar negara pun kena bunuh. Nak keluar rumah pun katanya tidak selamat lagi.
Murai nak tanya semasa kakaktua berkata demikian kerajaan mana yang memerintah. Apakah ia sudah bertukar kepada pembangkang. Murai rasa masih kerajaan berlambangkan dacing berwara biru peninggalan kakaktua juga yang jadi pemerintah.
Begitu juga semasa bangau memerintah kakaktua berterusan mengkritik. Ini bermakna kerajaan peninggalan kakaktua ada masalah dan cacat. Kalau tidak kakaktua tidak akan mengkritik bangau. Jadi dimanakah logiknya hujah kakaktua mengatakan negara ini akan malap dan buruk bila pembangkang memerintah.
Kakaktua mungkin sudah tua dan banyak sel ingatannya yang rosak atau damege, sebab itu dia lupa apa yang dia sendiri ucap dan katakan. Apakah bila kerajaan sama diketuai si tiong emas bermulut merah, maka keadaan negara kembali bersinar; tiba-tiba jenayah kurang dan Petronas pun untung ratusan billion dan kerajaan ini tidak ada cacat celahnya?
Sama ada keadaan kini bersinar atau tidak, Murai harap kakaktua turunlah ke tanah lapang. Jangan bercakap dalam cermin di hadapan penyokong yang diimport ataupun diberi makan. Tanya dan tinjaulah pendapat umum dibawah, bagaimana dan macam mana mengenai negara hari ini. Bagaiman nasib mereka hari ini. Apakah mereka senang atau tidak dengan pemerintah hari ini. Jangan pula kerana anak kita jadi timbalan menteri tiba-tiba kerajaan peninggalannya jadi baik serta merta dan bila anak kita tidak jadi timbalan menteri kerajan jadi buruk tiba-tiba.
Soal malap atau buruk bukan terletak kepada pembangkang. Tetapi ia terletak kepada orang yang memimpinnya. Kalau orang memimpinya lemah, tidak kreatif ada masalah moral, jahil mengenai agama, pimpinanlah kerajaan apa sekalipun kerajaan itu akan malap dan buruk.
Nampaknya kakaktua begitu ego dan masih ego dan syok sendiri kepada pencapaian yang dibuatnya. Kakaktua kena sedar sebahagian masalah yang ada hari ini adalah hasil beliau lakukan. Mungkin keadaan negara hari ini tidak bermasalah seperti hari ini kalau bukan kakaktua yang menjadi ketuanya.
Baik bangau dan tiong mulut merah pikul hari ini adalah beban tahi yang kakaktua tinggalkan atas jendela.
Ah tak peliklah Murai dengan sikap kakaktua. Kalau orang macam Salentia yang lebih buruk daripada perangai anjing kurap yang terjempit boleh dikatakan diperlukan oleh negara ini, apalah peliknya kalau si kakaktua bermadah negara ini akan buruk kalau pembangkang memerintah. Bila kakaktua sukakan orang macam Salentia ariflah kita mengenali apa yang ada dalam termbolok kakaktua sebenarnya.
Murai: Nak tengok dan bagi can kepada pembangkang baru nak buat perbandingan. Jika tidak diberi can macam mana nak buat perbandingan mana baik dan mana buruk. Sebab itu, Murai cadangkan kakaktua tukar cermin menilik dalam kamarnya agar menjelma wajah baru barulah dia ternampak realitas hari ini.
Analisa Pencalonan Mohd Isa
PROSES penamaan calon pilihan raya kecil N 31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan sudah pun selesai Sabtu lalu. Kali ini tidak ada orang kurang siuman demokrasi yang ikut menyertai pilihan raya berkenaan. Walaupun awalnya ada ura-ura seorang kurang simuman demorkasi ingin mencuba nasib, tetapi tidak menjadi. Mungkin tidak ada pencadang dan penyokong serta wang deposit RM5,000 maka nawaitu itu dibatalkan.
Mujurlah... kejadian di Bukit Selambau, Kedah tidak berulang di Bagan Pinang. Kalau tidak haru juga dibuatnya.Tanpa adanya penyertaan manusia demokrasi tidak siuman, (calon bebas) maka pilihan raya kali ini berlaku pertandingan dua penjuru menemukan musuh tradisi Pas dengan Umno. Pas meletakkan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, 45 manakala UBN meletakkan bekas MB, Mohd Isa Samad, 59.
Dari pandangan umum memperlihat perbezaan ketara antara dua calon ini seorang muda dan baru, seorang lagi usang dan tua. Seorang beriteri dan seorang menduda kerana kematian isteri. Seorang belum diketahui rekod kepimpinannya dan masih suci, manakala yang seorang lagi sudah diketahui rekod kepimpinannya selama 22 tahun dan tahu kegagalan dan kelemehannya.
Proses penamaan calon kelmarin juga berjalan lancar tanpa ada insiden yang menitiskan darah dijalan raya. Kalau pun ada hanya jerit menjerit dan caci maki antara satu sama lain. Perkara ini sudah biasa dalam ‘sabung’ politik di negara ini. Selagi tahap ketamdunan demokrasi kita ditakak Tadika, sabung politik yang rendah adat itu akan terus berlaku.
Kandatipun ada seorang ahli majlis tertinggi Umno, Abdu Azeez Abdul Rahim kononnya ditumbuk bertubi-tubi oleh beberapa orang namun keabsahan kejadian itu masih belum pasti. Walaupun ada kecenderungan mahu menyalahkan penyokong Pakatan Rakyat, ia perlu disiasat sedalam mungkin dan tuduhan itu bersifat mencurah minyak ke bara api.
Kalau benar dakwaan pihak berkuasa sudah mengenal pasti pelakunya, tunggu apa, bawa ke muka pengadilan dan pamerkan muka mereka. Jangan hanya sebut dan salahkan mana-mana pihak. Cara begitu hanya menimbulkan kesan buruk. Sekiranya pihak berkuasa gagal mendakwa dan mempamerkan wajah pelaku itu dalam tempoh kempen ini bermakna apa yang menimpa Abdul Azeez itu hanya satu sandiwara yang tidak cukup latihan sahaja untuk meraih simpati.
Tidak mustahil apa yang berlaku ke atas Abdul Azeez itu adalah perbuatan dia sendiri. Jika teori pemimpin agung Umno, Dr Mahathir Mohamad digunapakai apa yang terjadi itu tidak menghairankan. Mahathir pernah menuduh Anwar Ibrahim menghantukkan mukanya ke lutut sesama dalam penjara hingga lebam mata. Tujuannya dakwa Mahathir Anwar berbuat begitu untuk menarik simpati orang ramai.
Walhasil siasatan Suruhanjaya di Raja menunjukkan Anwar dibelasah oleh polis. Maka ternafikan dakwaan jahat Mahathir ke atas Anwar itu.
Orang yang bijak dan punya akal lebih sejengkal tidak akan mudah terpengaruh dengan kejadian didakwa yang bersifat provokasi itu. Banyak keanihan yang boleh dipertikaikan atas kejadian itu. Menurut dakwaan Abdul Azeez beliau ditumbuk bertubi-tubi. Bersamanya yang turut cuba ditumbuk ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepengunaan, Ismail Sabri Yaacob.
Ataupun polis nampak kejadian itu tetapi sengaja membiarkan saja? Soalnya kenapa mereka biar? Inilah menyebabkan timbul tanggapan kejadian itu sebagai provokasi. Ia dilakukan sendiri dari kalangan Umno kerana motif tertentu seperti mana motif yang Mahathir tuduhkan kepada Anwar itu.
Berbalik kepada perihal calon UBN di Bagan Pinang, iaini Mohd Isa Samad, sebelum ini Umno Kuala Lumpur bertegas tidak mahukan Isa. Pemimpin agung Umno itu sendiri telah mengeluarkan gesaan terbuka agar menolak Mohd Isa. Beliau berbuat begitu difahami kerana mahu menjaga imej Umno.
Sebab Mohd Isa dilarang dari diambil menjadi calon ialah kerana latar belakang dan calaran hitam beliau yang terlibat dengan rasuah dalam politik. Mohd Isa pernah digantung keahlian selama tiga tahun dan jawatan yang dimenangi dengan rasuah juga dinafikan. Beliau adalah banduan rasuah politik. Sebagai banduan politik rasuah Mohd Isa dilihat akan mecemarkan Umno. Kalau dia dipilih menjadi calon, menunjukkan Umno hanya menanam tebu di bibir mulut saja mengenai soal rasuah. Inilah yang Mahathir pertikaikan.
Ada munasabahnya kalau pemimpin agung Umno berpendapat demikian. Bagi Dr Mahathir, Umno harus meletakkan seorang calon yang bersih dan bebas rasuah. Baginya Umno kalah tidak mengapakan kerana kekalahan itu masih dapat menjaga keutuhan Umno. Apa guna Umno menang kalau kemenangan itu dari tangan seorang banduan?
Tetapi lain dengan pemikir sesetengah pihak dalam Umno. Kerana mereka memikirkan calon bersih, tidak pasti akan membawa kemenangan maka mereka harus letakkan Mohd Isa yang dianggap sebagai dapat mempertahankan kerusi UBN itu. Mereka juga suka kalau Isa menjadi calon kerana mereka akan mendapat manfaat kilat darinya. Mohd Isa seorang pemurahan dan 'dermawang'.
Dalam konteks ini Umno tidak lagi mengambil kira impak ke atas intergriti Umno yang didakwa sebagai memperjuangkan Islam sebaliknya semata-mata memantingkan kuasa (kemenangan). Kalau Umno meletakkan soal intergiti Umno tidak akan tergamak walaupun mengambil Mohd Isa sebagai pencadang atau penyokong apa lagi untuk diletak sebagai calon.
Keputusan Umno memilih Isa itu menunjukkan parti itu benar-benar terdesak dan hilang kompas. Soal keperibadian, kesucian pemimpin bukan menjadi perhitungan lagi. Apa yang penting Mohd Isa boleh membawa kemenangan, itu saja difikirkan.
Sekiranya ada seorang pembunuh lebih berpengaruh dari Mohd Isa di Bagan Pinang Umno rela mencalonkannya sekiranya pembunuh itu dijamin akan membawa kemenangan.
Bagi Umno kemenangan penting untuk menjaga agar zon selatan di mana satu-satu zon dianggap selamat dan masih utuh. Implikasinya besar kalau Bagan Pinang yang berada di zon selatan sudah roboh ia menandakan semua zon yang menjadi milik Umno sebelum ini akan berkecai dalam pilihan raya umum akan datang.
Sesungguhnya Umno dan Barisan Nasional (UBN), tidak bertanding di pilihan raya kecilk Bagan Pinang 11 Oktober ini. Ini kerana Isa bukan atas kehendak Umno tetapi atas kehendak kaum keluarga dan penyokong Isa yang diberi makan macam ayam daging sejak lebih 30 tahun lalu. Isa dipilih oleh ‘para ayam daging’ bukan dipilih oleh Umno.
Apa sebnenarnya yang berlaku di Bagan Pinang, Umno telah menswastakan pencalonan itu kepada Isa kerana Umno sudah tidak mempunyai wibawa dan modal untuk berhadapan dengan Pas dan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat sokongan dan modal dari rakyat bebilang kaum.
Jadi kalau pun Mohd Isa kalah dalam pilihan itu kelak Umno tidak perlu merasa sedih dan kecewa kerana Mohd Isa bukan calon mereka yang sebenarnya! Kalau Isa menang juga, kemenangan itu tetap mengalahkan Umno kerana parti itu tunduk kepada tekanan para ayam daging di Teluk Kemanng. [wm.kl. 8:45 am 05/10/09] PERINGATAN: Tulisan ini bukan untuk dicutpage untuk disiar mana-mana blog pengumpul. Bagaimana pun pengambilan secara link terus dibenarkan. Larangan ini kerana pengambil secara cutpage menyebabkan komen-komen terhadapnya tidak dapat dipantau dan diberikan ulasan langsung oleh saya jika ianya perlu dibuat demikian. Salam MSO.
Sunday, October 4, 2009
Ralat Media
SELEPAS Jumaat baru lalu dua kumpulan penyokong Pas dan penyokong anggota ahli parlimen bebas Pasir Mas mengadakan himpunan menyatakan sokongan masing-masing. Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia kekuatan himpunan itu 1,000 bagi pihak ahli parlimen bebas dan hanya 100 orang bagi penyokong Pas.
Selalunya Utusan menjadi mereng ataupun berat sebelah dalam membuat laporan mengenai pihak lawan Umno. Ia tidak menghairankan kerana Utusan adalah akhbar Umno.
Saham awam akhbar berkenaan dimiliki oleh ahli Umno. Manakala kerajaan UBN pula menyokong dalam memastikan jangka hayatnya panjang. Kalau kerajaan tidak membantu mungkin sudah lama akhbar berkenaan berkubur. Jadi tidak peliklah kalau ia menjadi tidak siuman, berat sebelah dalam laporan-laporannya.
Di sini saya ingin memberi formula khasnya kepada pembaca terhadap akhbar berkenaan dan juga terhadap akhbar yang menjadi lidah mana-mana parti. Di sini saya merujukkan kepada laporan Utusan mengenai perangkaan.Misalnya kalau sesuatu majlis dianjurkan parti Pakatan Rakyat, Utusan akan memperlekehkan. Jumlah kehadirannya diminiumkan seboleh mungkin. Misalnya kalau jumlah yang hadir 20,000 ianya akan dicatat hanya sekitar 3,000 sahaja. Sebaliknya kalau dipihak Umno atau BN kalau kehadiran 5,000 akan ditambah sebanyak 50,000.
Penambahan berkali gandanya ini sudah tradisi akhbar berkenaan. Ia berbuat begitu untuk pywar pembaca bagi menunjukkan majlis parti berkenana mendapat sambutan, manakala jumlah majlis PR pula dikecilkan bagi menandakan majlis PR kurang mendapat perhatian.
Jadi dengan mengambil formula ini maka pembaca dapat mengagak jumlah atau situasi sebenar sesuatu acara atau angka yang terlibat dalam sesuatu himpunan yang dilaporkan oleh akhbar itu. Selamanya Utusan akan tidak akan berkata benar dalma hal ini. Sebagai akhbar yang menggunakan tagline Penyebar Fikiran Rakyat, Utusan akan terus menyebarkan fitnah minda dalam masyarakat.
Jadi tidak hairanlah juga kalau tindak tanduk pemimpin Umno juga macam Utusan. Bercakap bohong, memutarkan fakta dan juga menipu rakyat sepanjang zaman. Sebab mereka belajar daripada apa yang akhbar utama mereka lakukan. Selagi tindak tanduk akhbar itu tidak diubah dan bertindak secara professional maka pemimpin Umno juga akan bersikap begitu kerana akhbar itu adalah kitab muktabar mereka.
Peringatan yang diberikan oleh wartawan terkenal Subky Latif boleh diguna pakai. Menurut Subky hanya ada satu maklumat atau fakta sahaja yang dilaporkan oleh Utusan yang boleh dipercayai iaitu keputusan nombor ekor. Maknanya kalau fakta dan maklumat lain tertakhluk kepada pindaan dan penyelewengan oleh editornya.
Mengenai angka yang menghadiri himpunan dua kumpulan di Pasir Mas selepas Jumaat kelmarin dulu, seperti mana dilaporkan akhbar itu saya tidak mahu mencatat berapa angka yang sebenarnya. Sebaliknya menyerahkan kepada penjenguk blog ini untu membuat penilaian sendiri.
Bersama ini saya serta dua keping gambar yang dikirimkan kepada saya baru sekejap tadi oleh seorang penjenguk blog ini dari Pasir Mas, Kelantan. Satu gambar menunjukkan himpunan oleh penyokong ahli parlimen berkenaan dan satu lagi himpunan penyokong Pas.
Bagi saya perbandingan ini juga tidak mutlak untuk mengatakan siapa yang kuat dan siapa yang lemah. Hakikat yang tidak dapat ditolak, kalau Pas tidak memberi laluan kepada ahli parlimen berkenaan mungkin beliau kini sudah berada di Tanjung Rambutan atau di hospital Bahagia di Tampoi kerana mengalami kekalahan tiga kali berturut-turut.
Sebelum menang dalam pilihan raya lalu atas tikit Pas beliau kalah dalam pilihan raya kecil sehingga mampus deposit dan kalah dalam pilihan raya umum 2004 yang menggunakan lambang payung dengan mendapat hanya 6,198 saja. [wm.kl. 8:00 pm 04/10/09]
Soksek-Soksek di Kelantan
SELAIN daripada masalah orang yang memohon untuk menjadi anak angkat dengan bakal bapa angkatnya, yang ‘kalut malut’ sehari dua ini di Kelantan, ada satu lagi cerita yang belum tersingkap ke muka dunia. Bagaimana pun isu ini sudah menjadi bualan dan soksek-soksek secara senyap di kalangan tertentu saja. Orang-orang kanan dalam kerajaan dan politik sudah pun mengetahui isu ini. Ia hanya menanti masa saja untuk gempar.
Isunya ialah mengenai seorang ahli politik yang menerima darjah kebesaran membawa gelaran Datuk daripada Sultan Kelantan khabarnya akan ditarik balik darjah kebesaran itu. Kalau perkara ini benar ia tentulah menggemparkan dan umum akan melihat ada masalah berlaku di Kelantan waktu ini antara orang politik dengan istana?Penarikan darjah kebenaran di Kelantan selalunya akan menjadi perhatian umum. Rakyat dan masyarakat akan melihat penarikan itu sesuatu yang mengaibkan bagi yang terlibat dengan penarikan itu. Ia akan dilihat orang berkenaan dimurkai pihak istana, kalau tidak masakan darjah kebesaran dan gelaran itu ditarik balik. Dan natijah seseorang dimurkai istana amatlah trajis dalam minda Melayu.
Sultan atau pun mereka yang berkuasa mengurniakan darjah kebesaran biasanya tidak mudah untuk menarik balik sesuatu anugerah, kalau bukan kerana sebab-sebab tertentu yang besar. Tetapi apabila penerimanya melakukan kesalahan, cara lain tidak ada melainkan menarik balik darjah kebesaran atau pingat bagi menjaga maruah dan juga kedaulatan isana, daripada memberi pengikhtirafan kepada mereka yang tidak berhak.
Penarikan itu bukan menunjukkan Sultan atau pihak yang memberi itu murka sepanjang hayat, tetapi adalah sebagai pengajaran dan dijadikan teladan membaiki diri. Tidak mustahil kalau penerima itu berkelaluan baik, dapat menunjukkan bakti dan perangai yang elok serta taat setia kepada Sultan ia dipulangkan semua.
Menyebut perihal kejadian ini ia berlaku sejak tahun 60-an lagi. Kalau tidak silap saya, orang politik pertama yang ditarik darjah kebesaran di Kelantan ialah Datuk Mohd Asri Muda, bekas MB Kelantan. Darjah kebesaran yang dianugerahkan kepadanya pernah ditarik balik. Bagaimana pun kerana Allahyarham menerima beberapa darjah kebesaran dari Sultan atau pembesar lain yang juga membawa gelaran datuk, maka gelaran Datuk itu terus kekal pada pangkal namanya dan ia semacam tidak terjejas.
Selain itu, Hussein Ahmad (kini Tan Sri) juga menerima nasib yang sama. Darjah kebesaran yang diberikan kepadanya membawa gelaran Datuk ditarik balik oleh Sultan Kelantan, Sultan Yahya Petra. Hussein diminta agar menyerahkan pingat kebesaran itu. Peristiwa ini berlaku pada awal tahun 1980-an. Kerana Hussein hanya menerima satu gelaran saja, maka gelaran Datuk tertanggal dari namanya. Untuk beberapa ketika beliau hanya dikenali dengan Cikgu Hussein semula. Bagaimana pun selepas itu, Umno telah mengrokemkan kerajaan Melaka untuk memberi darjah kebesaran kepada Hussein yang membawa gelaran Datuk.
Saya masih ingat kejadian ini telah dipolitizekan. Hussein bersama rombongan telah berarak ke Istana Balai Besar untuk menyerah sendiri darjah kebesaran itu dalam satu upacara yang disusun khas untuk mendapat publisiti. Sikap berani dan kejantanan Hussein menjadikan krisis beliau dengan pihak istana semakin membesar dan belum 'sendik' sampai ke hari ini.
Lain-lain kejadian seumpama itu, penarikan balik pingat dan darjah kebesaran di Kelantan, pernah menimpa dua orang ahli Exco Kelantan, Takiyuddin Hassan dan Mohamad Daud Iraqi. Pingat kebesaran yang dianugerahkan kepada mereka ditarik balik.
Sebab-sebab penarikan balik tidak dinyatakan kepada umum, tetapi yang jelas pihak yang mengurniakan pingat dan darjah itu ada hak dan alasan untuk berbuat demikian.
Bagaimana pun setahun setengah selepas itu anugerah yang ditarikan itu dikembalikan semula dan Takyiddun selepas itu dianugerahkan pula dengan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk. Bagi Takiyuddin ada hikmatnya mengalami peristiwa itu kerana beliau mendapat untung berganda.
Dari sudut politik cerita penarikan balik gelaran atau anugerah kebesaran ini sangat sensitif. Ia boleh menjejaskan kredibiliti dan populariti orang berkenaan di mata rakyat. Orang yang terlibat juga akan dilihat buruk oleh rakyat. Ia juga dicapkan sebagai penderhaka.
Usahkan darjah kebesaran ditarik balik, kalau seseorang ahli politik itu tidak dibenarkan menghadap ataupun mengiringi Sultan atau Pemangku Sultan, atau menghantar Sultan ke lapangan terbang sewaktu Sultan hendak berangkat pun sudah memalu dan mengaibkan. Ketiadaan seseorang pembesar negeri dalam majlis umum Sultan tanpa sebab dilihat umum orang itu sebagai bersalah atau tidak disenangi Sultan.
Di Kelantan sebelum raya lalu telah tersebar cerita mengenai seorang Exco kanan tidak termasuk dalam senerai orang-orang kenamaan yang diminta untuk mengiringi Sultan atau Pemangku Sultan. Nama Exco ini juga tidak disenaraikan sebagai orang-orang kenamaan yang dibenarkan untuk menghantar Sultan ke lapangan terbang. Bagi pihak pejabat Sultan tentu ada kesalahan atau kekhilafan besar dilakukan Exco ini maka nama Exco berkenaan digugurkan dan dihalang daripada bersalaman dengan Sultan atau Pemangku Sultan.
Rasanya nama Exco ini akan turut terbongkar apabila nama orang politik yang dikatakan akan ditarik balik darjah kebesaran itu tersebar di media massa tidak lama lagi. Biarlah di sini kita tidak mendahului pihak istana dalam memaklumkan perkara ini kepada umum. Biarlah sesudah pejabat istana mengesahkan baru kita menyebut satu persatu dan juga melukiskan kesalahannya. Kerja sultan dan istana jangan dilangkaui.
Apapun di sini, ingin saya timbulkan apakah masih wajar lagi kejadian-kejadian menarik darjah kebesaran itu berlaku di Kelantan? Para penasihat Sultan atau Pemangku Sultan atau pihak istana eloklah berfikir banyak kali dalam soal ini sebelum mengambil tindakan seumpama itu. Atau kalau tindakan itu hendak juga diteruskan, cuba hitung kiri dan kanan jangan sampai ia menjejaskan nama baik Sultan atau Pemangku Sultan.
Saat ini nama Pemangku Sultan begitu indah dan manis dimulut dan mata rakyat. Di segenap penjuru negeri orang memuji dan kagum dengan sifat mulia dan prihatinnya kepada rakyat. Rakyat berdia agar beliau memerintah dengan baik, sempourna dan penuh keadilan. Beberapa tindakan demi rakyat yang baginda lakukan menunjukkan sesuatu yang positif dan sangat mendapat pujian.
Kita percaya Sultan atau Pemangku Sultan akan bertindak atas nasihat para penasihat dan orang-orang kepecayaan baginda saja. Kalau salah nasihat dan maklumat diberikan, maka salahlah tindakan dan keputusan diambilnya.
Sama-samalah menjaga nama baik Sultan, Pemangku Sultan, Raja Perempuan dan istana Kelantan seluruhnya. Jangan sesekali ada pihak-pihak yang licit menggunakan nama-nama institusi ini utuk kepentingan diri dan berlaku zalim pada yang lain.
Allah selamatkan Kelantan dan kepada-MU kami berserah! [wm.kl. 1:10 /thari 04/10/09]
Tertinggal Bagan Pinang
DARI petang kelmarin membawa ke malam tadi adalah hari-hari paling sibuk buat seorang kecil seperti saya. Kalau Anwar Ibrahim mencatat dari stesen ke stesen di Amerika Syarikat kerana menghadiri syarahan, forum dan mengadakan perjumpaan dengan pelbagai pemimpin dunia sehingga tidak sempat menghadiri hari penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang semalam, saya juga begitu, kesibukan yang berkebetulan itu menyebabkan saya tidak sempat untuk melapor atau mencatat apa-apa mengenai Bagan Pinang.
Mungkin penjenguk blog ini merasa terkilan dan marah dengan keadaan ini. Saya pohon maaf kerana mengsia-siakan waktu anda untuk membuka blog ini sedangkan tidak ada laporan atau catatan terkini, apa lagi mengenai perkembangan di Bagan Pinang.Kesibukan itu bermula pada petang kelmarin, 1 Oktober dengan mengunjungi beberapa sahabat dan juga veteran politik yang sudah lama tidak ditemui. Sengaja mencuri suasana hari raya untuk menemui mereka. Tujuan ialah untuk mendengar khabar dan juga pandangan mereka terhadap perkembangan dan trend politik hari ini yang mencemaskan!
Antara yang dikunjungi ialah veteran politik Umno, bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abdin Zain di Ampang Jaya, Selangor. Zainal, yang lebih merasa dipanggil abah, bukan asing kepada sesiapa juga dalam politik khasnya penulis. Kebaikan, keramahan serta sikap rendah diri beliau bersama isterinya Datin Asima Abdul Latiff, yang dipanggil mama, menyebabkan sesiapa juga mengenalinya akan senang dengannya, dan bila mereka mengundang sukar pula untuk menolaknya.
Sungguh lama tidak mengunjungi ke rumah mereka dan merasai masakan mama. Kalau dulu semasa abah dalam parti Semangat 46 dan berhubung akrab dengan Pas, saya dan kekawan sering ke rumahnya, makan tengah hari atau malam yang dimasakkan mama. Masakan Pataninya sungguh menyelerakan. Menjadi tabiat saya pula bila seseorang itu sudah jatuh dan tidak mempunyai kuasa, saya akan mendekatinya. Dan bila mereka sudah ada kuasa saya akan menjauh diri dan ralik melihat mereka berlenggang lengguk di atas awan bagaikan wau bermain dengan angin..
Tahniah kepada kak Ani kerana mendapat menantu dan kepada Ariani dan suaminya Eddy pemuda Aceh diucapkan selamat penganting baru semoga bahagia dengan zuiarat yang soleh dan solihah. Kerana Eddy juga seorang penulis dan pejuang, semoga dapat meneruskan tugasan Allahyarham bapa mertuanya, Rustam Sani yang masih belum selesai.
Majlis malam itu sungguh meriah dengan kedatangan ramai kawan-kawan Allahyarham. Panjang senarainya untuk dibilang satu persatu di sini. Antaranya Subky Latiff bersama isterinya, Kamadurdin Jaafar, Syed Shahir, Lutfi Otman dan isteri, Firdaus Abdullah, Aziz Deraman, Hassan Ahmad, Bahan Zain dan ramai lagi. Cuma bagi saya tetamu yang isitmewanya malam itu ialah Nurul Izzah dan suaminya Raja Shahril yang turut hadir dan berada di meja penggantin bersama Syed Husin Ali, Napsiah Omar dan lain.
Izzah lama tidak berjumpa dan berbual seperti sebelum kahwin. Semasa disinggah di meja saya sempat saya mengingatkan Nurul Izzal dan suaminya agar menjaga kawasannya, Lembah Pantai sebaik mungkin kerana Shahrizat Abdul Jalil dan Raja Nong Chik bersungguh mahu merampas kerusi berkenaan.
Di majlis itu juga tidak lama dan saya kurang selesa kerana seorang kawan dari Medan, Indonesia bersama 10 anggota keluarganya sudah pun tiba. Sebaik hendak menjamah hidangan kawan itu sudah telefon memberi tahu dia sudah sampai di hadapan Zoo Negara. Keadaan ini sungguh serba salah! Jadi dalam keadaan tergesa-gesa saya meninggalkan majlis perkahwinan itu sebelum ia sampai ke majlis penutupnya.
Di rumah sepanjang malam berborak dengan Saiful dan keluarganya. Apa lagi topiknya ialah mengenai segelintir orang Indonesia yang membenci Malaysia. Saiful nampaknya membela negara dan saya pula membela negara saya, Malaysia.
Pagi semalam saya seharusnya ke Bagan Pinang melihat proses penamaan calon. Tetapi satu lagi upacara yang tidak dapat dielakkan, majlis konvokesyen anak perempuan ketiga Erma Esmah di PICC, Putrjaya. Acara itu bermula jam 8:00 pagi. Terpaksa dikirimkan isteri dulu ke PICC kemudian, saya menyusul kemudiannya. Ketika sampai majlis pertama sudah hampir selesai.Di PICC tumpuan bukan kepada majlis konvokesyen, tetapi kepada Bagan Pinang. Apa lagi beberapa penjenguk blog Merah Tinta yang ada di PICC dan mengenali saya datang seorang demi seorang bertanyakan tentang Bagan Pinang dan juga minta ulasannya secara ringkas. Nampaknya upcara konvo di kesampingkan tetapi diganti dengan politik. Ah, politik di mana-mana saja sampai tak sempat hendak rihat.
Dari Putrajaya saya meneruskan kesibukan menghadiri rumah terbuka seorang kawan baik asal sedaerah di Pasir Mas, di Shah Alam. Kehadiran ke rumah kawan ini juga adalah wajib. Falsafah saya dalam hidup ini simple saja, kita tidak perlu mempunyai seribu kawan, tetapi cukup kalau memiliki lima kawan yang baik dan sejati.
Maksud kawan yang baik yang mengerti perasaan dan juga tahu hati budi kita. Yang berkawan bukan kerana materalistik tetapi berkawan kerana ilmu dan tahu menghiburkan kita. Dan bagi saya pula kalau mahu menilai baik dan buruk seseorang kawan itu, pinjamkan wang kepada mereka.
Kawan yang baik ialah yang tidak mencari alasan untuk tidak membayar wang kita dengan mencipta masalah dan kemudian bergaduh dengan kita! Saya kehilangan beberapa kawan yang asalnya baik tetapi terlerai apabila dipinjamkan mereka sedikit wang yang tak seberapa. Dan kawan yang baik yang bertanyakah apakah kita mahu wang atau tidak semasa mereka memilikinya.
Dari rumah kawan seorang pegawai kanan kerajaan itu saya bergegas pula ke Puncak Alam menghadiri majlis perkahwinan seorang kawan satu muassasah semasa mengerjakan Haji dua tahun lalu. Kehadiran ini bukan untuk makan melainkan untuk beraya dengan kekawan yang sama-sama satu muassasah yang dijemput oleh kawan ini.
Semasa melalui jalan ke Puncak Alam saya memberi taklimat kepada anak-anak mengenai tempat dan lokasi penghancuran mayat Altantuya Sharribbuu. Di sekitar jalan menuju ke rumah kawan saya itulah mayat Altantuya diletupkan dengan peledak C4 milik tentera di raja Malaysia yang hancur berkecai. Sehingga kini kejadian itu terus dibelit misteri siapakah ampunya cerita dan apakah tujuannya.
Ada lagi kesibukan, sebaik pulang dari Shah Alam, sesampai di rumah jam 8:5 malam, seorang lagi sahabat sudah menuggu di luar pagar untuk dibawa ke majlis sembahyang hajat dan bacaan Yassin sempena di rumahya anaknya yang memasuki rumah baru di Jalan Kucing. Walaupun capek, boring dan marah kerana tidak dapat mengemaskini blog, apa nak buat terpaksa juga mengikutinya. Dia sudah berada di luar rumah. Yang menjempur sunat yang kena jemput wajib memenuhi jika tiada keuzuran yang besar.
Dan malam tadi cuba menguatkan diri untuk mengisi blog jurufoto rajin, Zamzaria sudah pun mengirim beberapa keping gambar untuk tatapan penjenguk blog ini. Tetapi apakan daya badan terlalu letih, pengisian tidak dapat dilakukan malam tadi. Dan kini sesudah tenaga kembali pulih sebelum kesibukan tiba menjelang tengah dan petang ini, dipostingkan beberapa keping gambar di sekitar proses penamaan calon di Bagan Pinang semalam khas untuk penjenguk blog ini. [wm.kl.10:00 am 04/10/09]
Calon Pas Zulkefly diiringi presiden Pas, Abdul Hadi Awang dua dari kiri.

Gabungan dua generasi, muda dan tua turut memberi sokongan kepada Pas.
Apabila artis A Rahman Hassan bergambar dengan orang Pas apakah ianya memberi sesuatu alamat?
Hero DAP Gobind Singh Deo, turut sama mengiringi calon Pas.Thursday, October 1, 2009
Keluhan Perantau
MENJELANG Syawal lalu saya menerima satu email dari seorang penuntut berbangsa Melayu di luar negara yang mengadu masalah mendapatkan bantuan kewangan daripada Mara. Pelajar berkenaan mengeluh dan kesal kerana Mara gagal menyalurkan bantuan kewangan kepada pelajar. Pelajar itu mempersoalkan kenapa berlaku demikian.
Beliau sendiri sudah beberapa kali menghubungi Mara bertanyakan mengenai hal itu. Malangnya pihak Mara menjelaskan institusi itu tidak mempunyai dana untuk menampung bantuan kepada para pelajar yanng mula disalurkan pada tahun 1974 itu.
Pelajar itu mempersoalkan kenapa berlaku keadaan demikian? Sebelum ini katanya walaupun negara dilanda kemelesetan ekonomi, tetapi Mara masih lagi dapat menghulurkan bantuan.
Apakah keadaan kewangan Mara hari ini begitu teruk, tanya beliau? Dan kalau benar teruk apakah tidak ada usaha dan ikhtiar untuk menambahkan dana untuk pendidikan, soalnya lagi?
Menurut pelajar itu disebabkan Mara tidak sedia membantu pelajar menyebabkan pelajar di luar negara yang miskin dan tidak ada sponsor menghadapi dilema, sama ada hendak meneruskan pelajaran ataupun tidak. Untuk pulang sayang kerana pengajian sudah masuk suku atau separuh jalan. Manakala hendak terus wang pula tidak ada.
Tujuan pelajar berkenaan mengadukan masalah itu kepada saya ialah untuk dihebahkan perkara ini. Beliau mahu perkara ini dibaca dan diketahui oleh pihak atasan, ahli politik, pihak Mara dan juga menteri-menteri sampai ke Perdana Menteri. Harapan besarnya semoga masalah yang mereka hadapi diselesaikan dan nasib mereka terbela. "Tolonglah Tuan bagi tahu kepada pihak atasan termasuk perdana menteri," tulisnya.
Sebenarnya keluhan dari pelajar luar negara ini bukan pertama kali tetapi sebelum ini sudah ada beberapa pelajar mengadukan hal yang sama. Manakala surat rayuan untuk mendapatkan derma pengajian tiba di rumah boleh dikatakan setiap bulan, terutamanya pelajar Timur Tengah.
Pelajar itu juga mempertikaikan sikap kerajaan yang memberi galakan anak-anak Melayu mengambil kursus kritikal dan profesional untuk meningkatkan daya dan kualiti hidup. Tetapi malangnya apabila ada anak-anak Melayu menyahut seruan itu, belajar bersungguh kerana untuk mengambil pengajian dalam bidang-bidang kritikal, peruntukan kewangan pula tidak diberikan. Keadaan ini katanya samalah seperti tahu melahirkan anak tetapi tidak tahu membekalkan makanan untuk mereka. (Kejam - MSO).
Sedih membaca email pelajar berkenaan. Apabila beliau mengirimkan kepada saya menceritakan masalah itu menunjukkan ia sudah sampai ke peringkat kritikal memikirkan masalah itu. Pelajar itu juga sudah buntu tidak tahu ke mana lagi hendak adukan masalahnya.
Kita boleh bayangkan betapa susahnya pelajar bersendirian berada di luar negera. Kos hidup dan peralatan pengajian tinggi. Bagi anak ahli korporat, anak pegawai tinggi kerajaan atau anak ahli politik, tidak menjadi masalah. Tetapi bagi anak nelayan, penoreh getah, pengayuh beca, cikgu sekolah rendah di mana nak dapatkan wang?
Dalam pada itu kita memahami masalah kewangan Mara pada masa ini. Kerajaan sudah menjelaskan mengenai hal itu berkali-kali. Justeru itulah pihak Mara sendiri telah membuat rayuan termasuk di akhbar kepada peminjam agar membayar balik pinjaman. Tindakan mahkamah yang kadang-kadang memalukan orang Melayu juga dibuat ke atas peminjam yang sengaja tidak mahu membayar. Ini semua menunjukkan kewangan Mara sudah nazak sampai terpaksa menagih hutang di depan publik.
Tetapi itu sebenarnya bukan alasan. Mara ditubuhkan untuk membantu orang Melayu dalam bidang utama; pendidikan dan usahawan. Itulah matlamat Mara. Penubuhannya dibuat menerusi akta Parlimen. Ianya bukan sengaja diwujudkan dan bukan juga secara sembunyi yang perlu diselindungkan kepada sesiapa pun. Mara adalah wadah membantu ekonomi dan pendidikan Melayu.
Kalau benar dana pendidikan Mara sudah kering, Mara harus mencari wang bagi meneruskan bakti mereka kepada anak-anak bangsa. Apa jalan sekalipun perlu diusahakan untuk tidak menghampakan harapan orang Melayu. Kalau Mara terpaksa mencuri dan merompak, ia halal dilakukan demi membantu orang Melayu.
Dalam usaha mendapatkan dana pendidikan Mara ini, pemimpin politik (Melayu) juga perlu kebijaksanan dan keberanian. Banyak instrumen atau saluran yang boleh dibawakan duit untuk Mara. Banyak institusi kerajaan (GLC) yang kaya raya dan boleh membantu Mara. Ingatlah hanyalah peruntukan menerusi Mara sahajalah yang merupakan gratis kemerdekaan kepada orang Melayu yang rebah dan menyulur memerdekakan negara ini. Apakah gratis yang kecil dan tidak seberapa ini pun hendak dihapuskan atau dinafikan juga kerana ada yang mengkritik dan mencemburuinya?
Mengenai masalah Mara ini, sebenarnya ia bukan tidak mendapat peruntukan. Setiap tahun kerajaan menyalurkan peruntukan berbillion ringgit. Tetapi apa yang berlaku ialah penyalahgunaan peruntukan ataupun pengurusan kewangan tidak berhemah dan berlaku pembaziran secara mentah-mentah. Perbelanjaan digunakan secara membazir dan pembaziran itu tidak pada tempatnya. Kekeringan tabung kewangan Mara juga buka kerana ia disalurkan kepada rakyat, tetapi disebabkan berlaku penyelewengan, atau rompakan dalaman Mara itu sendiri yang 'dirangah' oleh para kroni.
Banyak laporan dan gosip-gosip yang menceritakan bagaimana wang Mara disalahgunakan. Akibat ini segelintir kumpulan sahaja yang mendapat manfaat dan orang lain yang sepatutnya berhak menerima dinafikan. Seolah-olah institusi Mara dibangunkan untuk membantu segelintir manusia saja. Selalunya yang mendapat manfaat Mara ialah manusia berbangsa Umno dan kroninya saja ataupun yang menguasai badan berkenaan.
Bentuk rompakan ke atas Mara dilakukan dengan berbagai cara dan taktik. Satu contoh apabila Mara mencadangkan untuk mewujudkan kolej komuniti Mara di setiap bandar besar di negara
ini siapa yang mengaut keuntungan daripada projek berkenaan? Bukankah orang yang mencari bangunan atau tapak untuk kolej itu para pemimpin Umno. Bagaimana penyelewengan berlaku. Mereka akan menaikkan harga berkenaan berlipat kali ganda. Misalnya harga bangunan sebenarnya ialah RM5 juta tetapi dimark up sampai RM25 juta. Jadi yang lebih RM10 juta itu ke mana?
Sebab itulah kroni pemimpin Umno kaya raya dan hidup mewah. Pendapatan mereka adalah daripada projek-projek seumpama itu. Cuba check dan periksa sumber kewangan ketua-ketua bahagian dari mana. Boleh dikatakan semua ketua bahagian Umno ada lesen kelas A ataupun kroni yang memiliki lesen kelas A.
Banyak kalau nak disebut mekanisme untuk mendapat wang panas atau wang terpijak ini dari agensi Mara. Satu lagi contoh ialah mengenai projek yang disalurkan menerusi Tabung Ekonomi Usahawan (Tekun). Cerita Tekun ini saya akan kisahkan lain kali. Panjang kalau nak dihuraikan fasal Tekun di sini. Ada kes special mengenai Tekun ini yang berlaku di depan mata dan menimpa anak buah saya sendiri.
Kesimpulannya di sini kenapa kantong Mara kering kontang ialah kerana ianya dicurah kepada projek-projek berkenaan yang dikendalikan oleh kroni Umno. Selagi tidak ada pemantauan dan pembaiki dalam penggunaan wang ini, laborkan seberapa banyak wang pun ia tidak akan mencukupi. Dan apa yang paling menyesalkan wang sepatutnya digunakan untuk membantu orang Melayu dalam pendidikan dan perusahawan itu melayang ke tangan pihak lain yang tidak memberi pulangan menguntungkan kepada negara. [wm.kl. 12:00 t/hari 01/10/09]

