Monday, October 5, 2009

Celoteh Murai 55

SI KAKAK TUA YANG DOUBLE STANDARD

BERBICARALAH si kakaktua kalau negeri ini diperintah pembangkang negara ini akan jadi malap dan buruk. Murai tidak tahu apakah ukuran yang digunapakai oleh si kakaktua untuk membuat andaian demikian.

Apakah si kakaktua masih menganggap kerajaan yang ditinggalkan olehnya hari ini masih cerah, terang berderang dan bersinar banar dan berkelip-kelip macam kerajaan Bunian dilangit?

Kalau tidak silap Murai kakaktua ada menulis dalam blognya mengenai Petronas. Katanya semasa beliau jadi ketua dulu Petronas untung sampai RM200 billion. Tetapi kini hanya RM 60 billion sahaja. Apakah ini boleh dikatakan masih cerah dan tidak malap dan bersinar banar macam orang kepala botak!

Kakaktua juga pernah berkata negara ini sudah tidak selamat lagi kerana banyak jenayah. Pembunuhan berlaku di mana saja dan bukan saja orang kecil orang besar dari luar negara pun kena bunuh. Nak keluar rumah pun katanya tidak selamat lagi.

Murai nak tanya semasa kakaktua berkata demikian kerajaan mana yang memerintah. Apakah ia sudah bertukar kepada pembangkang. Murai rasa masih kerajaan berlambangkan dacing berwara biru peninggalan kakaktua juga yang jadi pemerintah.

Begitu juga semasa bangau memerintah kakaktua berterusan mengkritik. Ini bermakna kerajaan peninggalan kakaktua ada masalah dan cacat. Kalau tidak kakaktua tidak akan mengkritik bangau. Jadi dimanakah logiknya hujah kakaktua mengatakan negara ini akan malap dan buruk bila pembangkang memerintah.

Kakaktua mungkin sudah tua dan banyak sel ingatannya yang rosak atau damege, sebab itu dia lupa apa yang dia sendiri ucap dan katakan. Apakah bila kerajaan sama diketuai si tiong emas bermulut merah, maka keadaan negara kembali bersinar; tiba-tiba jenayah kurang dan Petronas pun untung ratusan billion dan kerajaan ini tidak ada cacat celahnya?

Sama ada keadaan kini bersinar atau tidak, Murai harap kakaktua turunlah ke tanah lapang. Jangan bercakap dalam cermin di hadapan penyokong yang diimport ataupun diberi makan. Tanya dan tinjaulah pendapat umum dibawah, bagaimana dan macam mana mengenai negara hari ini. Bagaiman nasib mereka hari ini. Apakah mereka senang atau tidak dengan pemerintah hari ini. Jangan pula kerana anak kita jadi timbalan menteri tiba-tiba kerajaan peninggalannya jadi baik serta merta dan bila anak kita tidak jadi timbalan menteri kerajan jadi buruk tiba-tiba.

Soal malap atau buruk bukan terletak kepada pembangkang. Tetapi ia terletak kepada orang yang memimpinnya. Kalau orang memimpinya lemah, tidak kreatif ada masalah moral, jahil mengenai agama, pimpinanlah kerajaan apa sekalipun kerajaan itu akan malap dan buruk.

Nampaknya kakaktua begitu ego dan masih ego dan syok sendiri kepada pencapaian yang dibuatnya. Kakaktua kena sedar sebahagian masalah yang ada hari ini adalah hasil beliau lakukan. Mungkin keadaan negara hari ini tidak bermasalah seperti hari ini kalau bukan kakaktua yang menjadi ketuanya.

Baik bangau dan tiong mulut merah pikul hari ini adalah beban tahi yang kakaktua tinggalkan atas jendela.

Ah tak peliklah Murai dengan sikap kakaktua. Kalau orang macam Salentia yang lebih buruk daripada perangai anjing kurap yang terjempit boleh dikatakan diperlukan oleh negara ini, apalah peliknya kalau si kakaktua bermadah negara ini akan buruk kalau pembangkang memerintah. Bila kakaktua sukakan orang macam Salentia ariflah kita mengenali apa yang ada dalam termbolok kakaktua sebenarnya.

Murai: Nak tengok dan bagi can kepada pembangkang baru nak buat perbandingan. Jika tidak diberi can macam mana nak buat perbandingan mana baik dan mana buruk. Sebab itu, Murai cadangkan kakaktua tukar cermin menilik dalam kamarnya agar menjelma wajah baru barulah dia ternampak realitas hari ini.

1 comment:

ANAFAKIR said...

Komen juga dari saya untuk kakakyangtua...Bandingkan sahaja kelantan dengan perlis..mana lebih membangun dan makmur rakyatnya?..jangan tanya pemimpin UMNO di kelantan, tetapi tanya hati nurani rakyat kelantan, pasti mereka seronok hidup di bawah kepemimpinan tok guru.Walau pun mereka hidup tak semewah dan sekaya ahli perniagaan atau semewah pemimpin UMNO negeri dan Bahagian di Kelantan tetapi mereka mempunyai jiwa yang tenang sebab tok guru juga mengamalkan hidup yang amat sederhana.Berbeza dengan zaman UMNO dahulu, rakyat hidup papa, pemimpin UMNO punyai berpuluh kereta. Pemimpin UMNO Kelantan hidup mewah tahap gila2 berbanding pemimpin PAS yang hidupnya sederhana. Tok Guru gajinya dipotong 45% untuk dakwah dan sedekah, segala elaun yang layak untuk Menteri Besar dibiarkan sahaja disalurkan ke tempat lain untuk rakyat tetapi mana ada mana-mana Menteri Besar atau Ketua Menteri dari UMNOyang mengamalkan sikap mcam tok guru?Harammmm..langsung tak ada, lagi banyak kaut ada lahhh.Jenayah, rasuah, kerenah birokrasi, runding terus berkaitan projek mega,dan macam-macam hal yang merumit dan menyesakkan fikiran rakyat sebenarnya berpunca dari kesilapan kepemimpinan dan asuhan serta didikan politik UMNO sebenarnya.Mereka umpama ketam mengajar anak berjalan dengan betul..kepada rakyat dilaungkan sikap telus, jimat cermat, kerja mesti jujur, menjauhi larangan agama, menjaga keharmonian antara kaum walhal dalam waktu yang sama sikap dan perilaku pemimpin UMNO bersalahan yang amat sangat dengan apa yang ditegaskan untuk rakyat. Kelab malam, siapa yang ramai?..para pemimpin, artis.Rasuah, siapa yang buat habis-habisan?..pemimpin juga. Macam-macam perkara yang UMNO lakukan yang bertentangan dengan agama tetapi dimarahi dan ditegur oleh pemimpin tertinggi UMNO.."jangan dipertikai akidah UMNO"..apa akidah yang UMNO bawa? akidah yang macamana tu?..buat kakakyangtua..usahlah bercakap merapu dan meraban.Maju dan mundur hidup rakyat jangan dinilai dari kacamata kita yang bertaraf jutawan dan memiliki sumber kewangan yang melimpah ruah.Sampai bila pun kalau kita melihat dari sudut seorang manusia yang sudah hidup mewah dan sekadar menunggu mati membuat ulasan yang perlbagai...kita kena tinggal dan duduk bersama rakyat di kampung dalam jangka masa yang lama, menoreh dan bersawah padi dengan mereka beberapa musim bukan sewaktu ada PRK turun ke ladang getah untuk menoreh sebatang pokok getah dan disiarkan dalam media massa untuk tatapan umum..itu lakonan semata-mata,politik murahan, kampungan.Orang kampung hari ini, kalau mereka dapat pergi solah berjemaah di surau dan masjid, ada api dan air dari paip, ada jalan seadanya untuk motorsikal mereka bergerak, kebun yang menjadi, padi yang menjadi hasilnya..cukup lah bagi mereka.Teramat bahagia pada mereka...Setuju dengan pandang Murai.Kakakyangtua apa dia tau..dia cuma mahir dan tahu melawat dunia sahaja semasa dia berkuasa, tak ada masa untuk ke kampung-kampung...mana dia tahu kalau pembangkan memerintah maka negara ini dirundung malang. Sedangkan rakyat sudah 52 tahun dirundung malang cuma tiada tempat untuk mengadu dan bersuara sebab dahulu parti pembangkang pun nyawa-nyawa ikan.Sekarang..pembangkang mengancam nyawa UBN.Itulah, perang psikologi yang kakakyangtua sedang mainkan.kakakyangtua boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian untuk negara Jiboti ke, samoa ke, atau negara Chad ke boleh laa..untuk Malaysia ni kata-kata perang saraf macam tu, dah tak laku.

Sekian, seadanya.