Monday, October 26, 2009

Menyelam Jiwa

EGM Jangan Jadi Medan Hukum Nik Aziz

HARI ini Pas tidak mengadakan mesyuarat khas untuk membincang cadangan kontroversi yang dibuat oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti mana dijangkakan. Sebaliknya menurut Setiasuaha Agung Pas, Mustapa Ali, mesyuarat itu akan diadakan pada lusa, Rabu jam 8:30 malam.

Mesyuarat itu nanti akan dihadiri oleh 45 ahli jawatankuasa Pas dan Nik Aziz juga akan diundang sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan.

Eloklah kalau mesyuarat itu tidak diadakan tergesa-gesa (hari) ini untuk membolehkan semua orang yang terlibat hadir, terutamanya Mursyidul Am Pas. Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini sedang menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri sangat penting dan wajib hadir. Kalau mesyuarat diadakan hari ini mungkin beliau tidak dapat hadir. Sidang DUN Kelantan akan berakhir pada petang Rabu nanti.

Masa juga diperlukan oleh ahli jawatankuasa untuk meneliti serta membuat homework mengenai isu yang bakal dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan. Masa tersisa itu bolehlah mereka mencari maklumat ataupun formula untuk menyelesaikan kemelut yang sudah digunapakai oleh UBN itu.

Kehadiran Nik Aziz adalah penting untuk ahli mesyuarat mendengar penjelasan dari mulutnya sendiri berhubung cadangan lisan beliau menerusi blognya yang mahukan Pas mengadakan EGM untuk menukarkan; Presiden, Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Nasarudin Mat Isa, Setiausaha Agung, Mustapa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Hasan Ali.

Seperti mana dimaklumi ekoran cadangan itu menyebabkan Pas jadi kelam kabut dan ada ahli yang tidak tidur dan resah memikirkannya. Cadangan Nik Aziz itu memberi gambaran Pas kini sedang dalam gelora, berkrisis yang bakal membawa Pas akan terbelah dua. Pergaduhan antara Nik Aziz dengan Abdul Hadi seolah mereka berdua membelah dua kitab al-Quran!

Kerisauan ini dirasai oleh setipa mereka yang sayangkan Pas. Seorang penjenguk blog Merah Tinta yang mengakui sebagai ahli Pas telah mengambil keputusan memikir semula penyertaannya dalam Pas. Beliau merupakan ahli Umno yang baru saja berhijrah kepada Pas. (Rujukan kepada pengakuannya dalam komennya).

Sikap penjenguk ini menggambarkan betapa resahnya, serabutnya orang ramai terhadap kenyataan kontroversi Nik Aziz itu yang melibatkan presiden Pas. Mereka serabut kerana ia melibatkan dua tokoh ulama dalam Pas.

Rabu ini orang ramai berharap dan berdoa agar Nik Aziz tidak akan menguzurkan diri. Beliau harus hadir menyatakan alasan dan mengemukakan bukti-bukti secara fizikal kenapa pucuk pimpinan Pas itu harus ditukar. Nik Aziz kena buktikan kononnya mereka ini telah menjadi liabiliti kepada Pas. Beliau juga tidak boleh hanya berimiginasi mengenai apa yang beliau katakan itu. Beliau kena sebut siapakah yang memberi gambaran, maklumat serta dapatan kajian menunjukkan mereka itu sudah menjadi liabiliti kepada Pas.

Rasanya perkara paling mustahak ialah mendedahkan maklumat menunjukkan mereka masih mengadakan hubungan diplomatik dengan Umno sehingga mereka dianggap sebagai pro-Umno.

Sekiranya Nik Aziz berjaya mendedahkan bukti mengenai tindak tanduk mereka yang ingin terus berbaik dengan Umno itu, maka Pas tidak perlu teragak-agak untuk mengadakan EGM.
Biarlah ahli yang menentukannya kelak. Seandaianya dalam mesyuarat EGM itu memutuskan mereka bersalah, Hadi, Nasarudin, Mustapa dan Hasan hendaklah akur kepada suara majority dan perlu disingkir.

Sebaliknya sekiranya Nik Aziz gagal untuk mendedahkan bukti dan memberi hujah-hujah dan dalil-dalil konkrit kenapa EGM diperlukan untuk membincang masalah parti, maka Nik Aziz kena sedia memikul risiko daripada apa yang beliau lakukan itu. Mungkin beliau perlu meminta maaf secara terbuka kepada empat pemimpin berkenaan atau lebih afdal mengambil pendirian untuk berundur sahaja seperti mana disarankan Dr Mahathir Mohamad. Kegagalan beliau mengemukakan bukti akan dilihat beliau telah melakukan kesalahan besar dan sekaligus kredibalnya sebagai pemimpin agung juga merudum.

Cadangan yang beliau lakukan itu sehingga mahukan keempat pemimpin itu disingkir menggambarkan keempat-empat orang itu telah melakukan kesalahan besar dan satu pernyataan yang serius. Ia tidak boleh diralat dengan alasan tersilap faham ataupun tersilap tulis. Maka wajar sekali kalau kesalahan itu dibuktikan dengan bukti yang cukup dan nyata dan bukan berandaian.

Sebelum ini saya mengatakan EGM itu tidak perlu diadakan kerana ia tidak menyelesaikan masalah dan membuang masa. Pertikaian yang saya kira berlandaskan dendam dan iri hati pihak tetentu itu tidak mudah diselesaikan. Tetapi kalau mesyuarat AJK Pas mahukan begitu, tidak ada siapa yang boleh mengelakkannya. Itu adalah demokrasi dalam Pas.

Persoalan lain timbul di sini bagaimana kalau dalam EGM itu kelak muktamar mahu mengekalkan keempat-empat orang itu kekal dalam Pas? Apakah tanggungjawab yang Nik Aziz harus pikulkan daripada isu yang beliau cetuskan? Beliau telah menegaskan yang dia tidak akan kecewa kalau cadangannya tidak diterima. Tetapi disebabkan cadangan itu menimbulkan kekeruhan dan memberi masalah kepada Pas apakah beliau boleh menerima begitu saja tanpa melihat impak kepada parti?

Sekiranya beliau mengambil tanggungjawab berhenti atau beradu dari perkhidmatannya hari ini ia adalah sesuatu yang malang. Tidak boleh tidak kalau tertakdir keputusan muktamar berkenaan tidak berpihak kepada Nik Aziz menyebabkan beliau mengambil tanggungjawab berundur.

Kalau itu terjadi ia adalah satu kerugian besar kepada Pas. Walaupun ada sesetengah kenyataanya tidak relevan tetapi beliau masih mampu menjadi penyutik semangat dan menjadi roh kepada perjuaangan Pas. Dalam keadaan apa sekalipun kalau Nik Aziz mengasingkan diri dari Pas ia merugikan Pas malahan berbagai tanggapan dibuat oleh musuh Pas.

Justeru pada saya EGM itu tidak perlu diadakan bagi mengelakkan kemungkinan-kemungkinan yang tidak didingini itu berlaku. Lebih baik kalau sudah mempunyai bukti dan alasan kukuh panggil saja keempat-empat pemimpin itu yang sangat menghormatinya itu. Apapun kerana kini Nik Aziz sudah pun bersedia untuk menerima mesyuarat khas sahaja, maka elokalah kalau mesyuarat khas itu tidak menyetuh lagi soal EGM itu.

Mesyuarat khas itu sudah cukup boleh menyelesaikan kemelut yang ada. Pertamanya menjawab dan menjelaskan isu yang ditimbulkan oleh Nik Aziz. Dalam mesyuarat itu jangan cuba mencari salah siapa. Atau sengaja berkeras kin untuk merasa menang sendiri. Sebaik-baiknya carilah kesalahan semua orang, biar semua orang mengetahui kesalahan dan kelemahan masing-masing untuk mencapai kemenangan sejati.

Pas dan seluruh ahlinya dan rakan Pakatan perlu fikirkan bahawa kestabilan dalam parti Pas dan parti Pakatan lain penting untuk menghadapi Umno. Umno kini sudah bertekad untuk merubah diri bagi menjamin kemenangannya. Janganlah pula dalam Umno ghairah untuk berubah Pas dan Pakatan Rakyat pula masing-masing berlumba meruntuh diri masing-masing.

Kalau beginilah caranya, bagaimana UBN akan tumbang dan rakyat hendak merasai kerajaan Malaysia baru pada pilihan raya ke -13 kelak.

Yang paling-paling saya harapkan mesyuarat khas nanti usahlah dijadikan medan untuk menghukum Tok Guruku itu. Dia sesungguhnya tidak bersalah. Demi penghormatan ke atasnya kalau pun dia berslaah anggaplah dia tidak bersalah. Terima apa yang beliau tegur dan kata itu sebagai mutiara dari mulutnya yang perlu dikupus dan sibasuh untuk mencari sinarnya yang sebebanrnya. Seluruh orang Pas belajarlah menjadi jauhari untuk mengenal manikam! [wm.kl. 8:00 26/10/09]

5 comments:

jalanhitam said...

saya rasa kerja ini adalah 'kerja2 bodoh' yang dilakukan oleh tangan2 jahat.. yang mahu melihat TGNA supaya cepat jatuh.. mereka mungkin rela menjatuhkan ketuanya sendiri.. dengan melaga-laga antara dua pemimpim kesayangan kita...

Tok ayah Su said...

salam hormat !

sesungguhnya kemelut yang melanda Pas pada hari ini ada hikmahnya(pinjam kata kata seorang menteri) Mengikut firasat politik ada tersirat makna serampang dua mata, diantaranya untuk mengalih perhatian rakyat terhadap pembentangan bajet yang dibuat olih kerajaan perseketuan dan yang kedua tentang isu provokasi 'exco kedebe' yang melepaskan penumbuk dalam satu majlis hari raya manakala isu EGM hanyalah sampingan semata sebagai mainan politik untuk mengisi kesunyian agar tidak dilihat pas lesu dan ketandusan modal untuk memperhangatkan keadaan.

maka kerana itu kita lihat EGM bolih dengan serta merta diubah dan ditukar supaya menjadi cuti khas dari terus diperkatakan dengan harapan bolih kembali menjadi dingin dan sejuk kembali.

kepada seluruh orang Pas yang telah matang tentu dapat belajar dari peristiwa ini untuk memilih yang mana isu dan yang mana debu provok...jadi fikir betul betul !

Bang Aji said...

Salam MSO,

Rata-rata penyokong & pendokong gerakan Islam PAS amat berharap agar dengan adanya perjumpaan @ mesyuarat tersebut akan dapat mengendurkan suasana tegang yang berlaku dengan kesemua pimpinan yang hadir dapat sama-sama bermuafakat kembali dengan meninggalkan perasaan irihati @ hasad yang timbul dalam hati.
Seseungguhnya kesemua ahli PAS serta masyarakat Malaysia amnya mengharapkan sesuatu yang positif hasil titik pertemuan yang akan memperkasakan PAS di masa akan datang bersesuaian dengan tema yang sedang dicanangkan...PAS For ALL!!

along7275 said...

alhamdullillah,kupasan yang menarik untuk dibaca dan direnungkan oleh semua pimpinan PAS diatas....didoakan semoga kemelut yang melanda dapat diselesaikan dgn tenang dan sempurna tuntasnya.....

mohd rizaleman said...

saya bersetuju dengan along7275, semoga pas akan kembali kukuh dan kuat selepas isu ini selesai. harapan saya ialah melihat pas dan pr akan meyusun streategi dalam mendapatkan kepercayaan rakyat untuk megambil alih malaysia dari bn pada pru13