Thursday, October 29, 2009

Langsung Dari Jalan Raja Laut

Seminar Ganti EGM

[kemaskini] Jam: 1:15 am Mesyuarat khas Pas baru saja selesai kira-kira 15 minit tadi. Permintaan agar diadakan EGM seperti mana dicadangkan Nik Aziz tidak menjadi isu utama dalam mesyuarat yang berlangsung kira-kira 4 jam setengah itu. Sebaliknya apa yang menjadi tumpuan dan dianggap panas ialah kepada Dr Hasan Ali.

Ada cadangan meminta Hasan Ali dipecat daripada menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor dan juga Exco Selangor. Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno. Bagaimana pun Abdul Hadi dikatakan telah mempertahankan Hasan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat.

Alasan Abdul Hadi kalau ada tuduhan penyiasatan perlu dilakukan. Sehubungan itu Jawatankuasa Disiplin Pas yang diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man akan menjalankan siasatan ke atas Hasan bersama ahli jawatankuasanya.

Dalam pada itu mesyuarat itu juga bersetuju agar Pas mengadakan Seminar Politik. Tujuan seminar ini ialah untuk mendidik ahli Pas dan secara tidak langsung mengeratkan perhubungan sesama pemimpin. Seminar itu dijangka akan diadakan pada 7 November depan sebagai ganti EGM.

Prof Abdul Aziz Bari dicadangkan dipanggil untuk memberi pandangannya dalam seminar berkenaan. Selain itu isu Unity Goverment juga telah dimuktamadkan di mana selepas ini tidak ada timbulkan oleh sesiapa lagi. (Ulasan selanjutnya akan menyusul esok, InsyaAllah)

Nik Aziz Tinggalkan Pejabat Pas Lebih Awal

SEHINGGA kini mesyuarat khas Pas di ibu pejabat agung Pas di Jalan Raja Laut masih belum selesai. Mesyuarat berkenaan dikatakan hangat dan panas. Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjadi fokus dalam mesyuarat berkenaan telah meninggalkan pejabat berkenaan lebih awal kira-kira jam 10:20 minit tadi. Beliau dikatakan kepenatan kerana sebaik selesai sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan beliau bergegas ke Kuala Lumpur bagi menghadiri mesyuarat berkenaan.

Kepulangan awal beliau itu menyebabkan keadaan menjadi sedikit tanda tanya. Menurut laporan Hafiz Baqi, (Pengarang Berita Siasah), kira-kira jam 12:00 tengah malam tadi dua ahli jawatankuasa, Dr Lo'Lo' Ghazali dan Husam Musa kelihatan keluar dari bilik mesyuarat di tingkat empat.

Bagaimana pun Hafiz tifak dapat memastikan apakah mereka berdua keluar rihat untuk makan ataupun terus pulang.

Apakah mesyuarat berkenaan akan berterusan sampai ke pagi? Ataupun ia akan ditangguhkan tanpa ada apa-apa kenyataan akhbar malam ini? Sama-sama kita tunggu. [*** kl 1:05 am 29/10/09]

4 comments:

joe penang said...

tahun depan. Maka dijangkakan ubn akan menang besar. Kerusi campuran termasuk Parit Buntar dan selatan Kedah akan dikuasai oleh ubn.
Xpe. "Biar kita kalah, jangan islam kalah." Maka rakyat akan menderita lagi selama satu penggal

Zikr said...

SAlam MSO,
tahniah kerana menulis...
saya antara peminat setia MSO dan memang selalunya membaca setiap bait kata MSO dalam blog merah tinta...
saya membuat link ke blog saya iaitu di blog satuummah.blogspot.com

MSO, smalam saya terjumpa dato Husam di kedai Yati ayam percik, saya bersalam dengan beliau dan beliau dalam perjalanan ke airport utk menghadiri mesyuarat.
Apap yang saya dapat dalam pertemuan dengan dato Husam, beliau adalah pemimpin yg berjiwa rakyat, boleh memberikan nom telefon beliau kepada saya utk saya terus berhubung dengan beliau nanti.

Dato Husam, dlm 1st impression saya, adalah pemimpin yg saya fikir perlu digilap keppimpinannya untuk menjadi pemimpin pelapis.

Apapun, semua cerita buruk fasal beliau harus saya tapis supaya tidak mendatangkan fitnah kpd sesiapa termasuklah kepada Tuan MSO sendiri.

sembang haroki said...

masalah besar pas, ramai pemimpin yang sifar aqliyyah harokiyyah islamiyyah syar'iyyah manhajiyyah. aku tak nampak husam, bekas pemimpin siswazah abim kelantan mampu digilap. masa yang lama bersama mullah nik aziz tak mmampu menjadikan beliau seorang faqeh dakwah, hatta tak mampu menguasai bahasa arab sedangkan beliau dikatakan bijaksini, mampu menguasai bahasa arab kalau beliau belajar hanya mengambil masa dua tahun. bukankah bahasa arab pintu masuk memahami islam untuk seorang pemimpin idaman? Bukankah alquran diturunkan dalam bahawa arab? bukankah kitab turath juga dalam bahasa arab?

pas dah jadi parti biasa, selepas retreat, seminar, kemudian nadwah, kemudian mesyuarat tergempar, kemudian retreat semula, kemudian kolokium,,,, akhirnya masuk kubur!

Tok ayah Su said...

Salam hormat !

Olih kerana malam semalam saya tidak mendapat info secara 'life' tentang mesyuarat khas pas maka dipagi pagi hari ini saya telah cuba mencari cari dengan menyemak beberapa laman blog untuk mendapatkan apa apa butiran terkini,diantara yang sempat baca ialah dari blog greenbox, wahhh...hebat,bukan main berapi rapi lagi luahan perasaan marahnya kerana katanya lain yang diucap lain pula yang dibuat.

Memang jika diperhatikan akan gegak gempitanya guruh dilangit seolah olah bukan sahaja hujan akan turun malah seperti langit juga akan turut runtuh sama.Akan tetapi disebaliknya keputusannya seumpama tarian tidak serancak gendang yang dipalu.

Jika seseorang pemain tinju heavyweigh bertarung sudah tentu akan salah seorang akan ko atau tko,tetapi yang menang adalah promoter atau penganjurnya kerana dapat mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda,yang makan hati berulang jantung dan bermain dengan perasaan ialah penontonnya kerana sudah hampir terbelah dua hati untuk memberi tumpuan kepada siapa yang perlu difokuskan sokongan.

Sikap suka memberi bola tanggung sudah tentu bolih memberi peluang kepada lawan untuk memberi"pukulan maut" ibarat orang kampung saya kata "come back fire".

Berbalik kepada motif untuk mengadakan mesyuarat khas yang sebelumnya cadangan untuk mengadakan EGM adalah bagi menyingkirkan mana mana pemimpin yang bermasalah dan tidak seperti EGM MCA bagi membuang pemimpin yang dilihat korup dan tidak bermoral,

Bermaksud bermasaalah disini memeerlukan penghuraian dan penjelasan serta penyiasatan terperinci,maka tepat juga seperti kata TGHA perkara ini perlu disiasat terlebih dahulu (orang berkaitan yang dimaksudkan telah pun saya siasat makanya saya mempunyai sebab tersendiri untuk tidak mernyokong beliau).

Adapun lain lain agenda mesyuarat khas adalah bolih dikata sebagai satu medan untuk meraih kembali jawatan yang tidak "lekat" didalam muktamar terdahulu.Apa pun bertitik tolak disini soal akan ujud kronismi antara prolib dan proulama" tidak seharusnya ditimbulkan jika merujuk kepada pendekatan berhubung dengan konsep "pas for all' telah pun diterima ramai.

Jadi apa lagi yang kita mahu....?fikir fikirkan !