Monday, October 12, 2009

Membersih Laman

Rumah Terbuka Aidilfitri Wangsa Siaga Meriah

ADA tiga aspek atau unsur penting yang menjamin kehidupan dan kelestarian kehidupan di sesebuah taman atau kawasan perumahan. Unsur itu ialah keselamatan, kesejahteraan dan keceriaan.

Jika tiga unsur ini tidak diutamakan atau berusaha mencapainya bermakna kehidupan disesebuah taman perumahan itu tidak tercapai dan natijah yang dimaksudkan untuk melahirkan suasana hidup yang aman damai dalam kawasan yang kondusif di sesebuah taman perumahan gagal.

Nampaknya usur atau pun aspek demikian menjadi prinsip penting kepada penduduk Wangsa Siaga, Taman Melawati, Kuala Lumpur, kawasan kediaman atau kampung kedua saya.

Alhamudlilah setakat ini hubungan sesama penduduk di taman ini sungguh membanggakan. Tidak keterlaluan kalau dikatakan sosial, hubungan dan jalinan kehidupan di taman ini berjalan dengan baik, mesra dan prihatin. Ianya wajar menjadi contoh kepada taman-taman perumahan sekitarnya.


Bukan hendak puji, jalinan kehidupan taman ini paling bagus, tetapi aktiviti melibatkan penduduknya boleh dibanggakan. Sejak 10 tahun lalu taman Wangsa Siaga telah mewujudkan Pasukan Ronda Kawasan (PKK)nya sendiri. Walaupun skuad ini on and off tetapi ternyata kewujudannya telah memberi kesan kehidupan yang baik dan mendapat pujian pihak polis.

Kejadian jenayah; ragut, pecah kereta, masuk rumah, maksiat dan sebagai dapat dikurangkan sejak wujudnya pasukan ini. Perangkaan kes jenayah di taman ini amat berbeza sekali sesama skuad ini belum diwujudkan selepas ianya ditubuhkan.

Sudah menjadi perkara biasa dan masalah tradisi dalam semua kawasan perumahan, penduduk sukar untuk bekerjasama dan jika diminta untuk 'bersatu' demi kebaikan bersama mengelak dengan berbagai alasan. Sibuk, tidak ada masa adalah alasan yang kerap dilafazkan. Di sinilah memerlukan segelintir manusia yang rajin, kreatif dan penyabar untuk menjadi penggerakan atau pencetusnya.

Taman Wangsa Siaga bernasib baik kerana ada segelintir penduduk yang rajin dan komited dengan tugas masing-masing. Mereka juga dapat menjalani hubungan baik tanpa mengira kaum dan meletakkan kepentingan keharmonian, keceriaan dan keselamatan taman di hadapan.

Bila bercakap soal ini penduduk di sini tidak akan melupai peranan dan kerajinan Kol Fuzi Talib bersama rakan-rakannya, Edmund Chen, Santhana K, Shanti, Pn Sarimah, Md Zain dll. Mereka yang menjadi pencetus untuk menubuhkan PKK dan juga menjadi penggerak utamanya.

Kejayaan ahli jawatankuasa PKK dan penduduk di taman ini boleh dilihat kepada beberapa aktiviti yang diadakan. Misalnya acara gotong royong membersihkan kawasan diadakan hampir setahun sekali dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL, dan pihak polis Wangsa Maju. Begitu juga dengan acara dan majlis sambutan hari raya semua kaum diadakan.

Paling baru semalam diadakan rumah terbuka Aidifitri bagi warga Wangsa Siaga. Sambutan menggalakkan sekali. Semua kaum hadir meraikan rumah terbuka berkenaan. Melalui majlis seumpama itulah penduduk dapat saling kenal mengenali antara satu sama lain sebagai jiran setaman yang sehati dan sepakat.

Syabas kepada ahli jawatankuasa RKK dan seluruh warga Wangsa Siaga atas kejayaan ini. [wm.kl. 11:45 am 12/10/09]

1 comment:

Tok ayah Su said...

salam hormat !

Hendak mengadakan majlis makan besar sebegini kebiasaan menjadi sukar jika dibuat secara gotong royong,kerana masing masing agak sibuk dengan urusan kerja.olih itu bukan satu kerja mudah untuk menghimpunkan satu komuniti setempat walaupun usaha sebegini nampak baik terutama dapat mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga disamping dapat mengenali kawan kawan yang baru bermastautin atau pun para penyewa sementara.

walau bagaimanapun jika ada usaha yang bersungguh sungguh ditambah dengan sedikit peruntukkan dari poket masing masing nescaya urusan "caterring" mampu menyelesaikan pemasaallahan yang timbul malah para tetamu hanya perlu datang berkunjung dengan berlengan tangan kosong sahaja,itu lebih nampak mudah dan mesra kerja.

tok ayah su-bersedia jadi cattering...