Saturday, October 10, 2009

Meramal Nasib MIC

Makkal Sakti Masuk, MIC Keluar!

HARI ini satu lagi parti politik berasaskan kaum dilancar di negara ini. Parti Makkal Sakti atau Kuasa Rakyat yang dianggotai seratus peratus masyarakat India dilancar penjelmaannya oleh Perdana Menteri, Najib Razak. Kewujudan parti ini jelas ia adalah untuk mengganti peranan MIC yang semakin lemah dan hilang pengaruh dari kalangan masyarakat India di negara sejak akhir-akhir ini.

Baru-baru itu pemimpin agung parti itu, S Samy Vellu dihina oleh bekas Presiden Umno, Mahathir Mohamad yang menggesakan Samy Vellu berundur dan sudah tidak relevan lagi memimpin Umno [ralat memimpin MIC]. Gesaan Mahathir itu dilihat satu lontaran najis ke muka Samy Vellu secara tidak diplomasi.

Pelancaran dilakukan oleh Najib di ibu negara hari ini. Presiden parti baru itu, Thaneenthirren bekas penyelaras aktivis kumpulan Hindraf yang diharamkan. Penubuhan parti ini dilihat sebagai pecahan atau serpihan kepada Hindraf. Semacam ada penaja untuk menubuhkan parti ini bagi memecahkan kekompakkan Hindraf yang ternyata telah memberi ancaman dan gugatan kepada MIC dan muncul sebagai satu badan memela masyarakat India di negara ini.

Dalam kenyataannya, Thaneenhthirren berharap parti itu akan menjadi wadah baru kepada masyarakat India di dalam BN. Dengan tertubuhnya parti Makkal Sakti itu, masyarakat India kini mempunyai lebih lima buah parti. Apakah Makkal Sakti berjaya memainkan peranan itu? Menjadi pengganti kepada MIC yag sudah wujud sejak lebih 50 tahun lalu.

Manakala Najib semasa berucap melancarkan penubuhan parti itu berharap akan menjadi penyatuan masyarakat India dalam menyokong BN. Najib berterus terang, katanya Makkal Sakti akan menyokong beliau dan kerajaanya serta slogan 1 Malaysia.

Ini bermakna penubuhan Makkal Sakti bukan atas desakan akar umbi dari masyarakat India bawahan tetapi kerana diaspirasikan oleh pihak tertentu. Dalam erti kata lain penubuhan Makkal Sakti diklonkan dengan kebendaan dan bukan semangat tulen masyarakat India yang masih memerlukan pembelaan.

Sejauh manakah Makkal Sakti boleh bertahan? Selalunya parti yang ditubuh kerana untuk membantu individu tertentu tidak akan bertahan lama. Biasanya ia akan layu dan mati selepas agenda itu gagal di tengah jalan. Justeru kewujudan Makkal Sakti tidak perlu dihiraukan oleh mana-mana pati India lain yang berdasarkan semangat dan perjuangan tulen seperti MIC dan PPP dan lain-lain.

Dalam pada itu dari satu maklumat, menyatakan pihak BN turut bertanggungjawab memodalkan penubuhan parti berkenaan. Kata satu sumber, katanya sebanyak RM30 juta telah diperuntukan untuk memprojekkan parti berkenaan.

Khabarnya setakat ini sebanyak RM 8 juta telah disalurkan untuk tujuan itu dan selebihnya akan diberikan secara berperingkat. Ini tentulah termasuk majlis pelacanaran dan juga projek-projek mempublisitikan parti berkenaan selepas pelancaran itu. Sejauh mana maklumat ini boleh dipercayai masih disiasat!

Persoalannya kini apakh maksud dan harapan penubuhan Makkal Sakti itu akan tercapai? Apakah MIC yang menjadi parti unggul dan telah memberi khidmat dan kesetiaan tidak berbelah bagi kepda BN sejak lebih setengah abad lalu tidak akan merasa kecewa dengan tindakan Najib itu? Tentu Samy Vellu khasnya merasa terhina di atas penubuhan Makkal Sakti itu apa lagi ia mendapat restu daripada Najib.

Kurang dipasti apakah pemimpin agung MIC itu, Samy Velly hadir atau tidak pada majlis pelancaran tadi. Ketidakhadiran Samy Vellu memberi isyarat jelas bahawa penubuhan parti berkenaan untuk menjadi kompnen kedua parti berasaskan kaum India dalam BN tidak akan disenangi MIC.

Risiko bakal menanti Najib dan BN dalam hal ini. Sekiranya penubuhan Makkal Sakti tidak diuruskan dengan baik, maksudnya tanpa ada persefahaman dan persetujuan MIC, tidak mustahil MIC akan membuat onar. Tindakan yang boleh dilakukan MIC ialah keluar dari komponen BN sebagai menyatakan protes terhadap penubuhan Makkal Sakti.

Kemuncak dari protes itu tidak mustahil juga kalau selepas ini negara akan dikejutkan dengan tindakan MIC keluar dari komponen BN dan menyertai Pakatan Rakyat. Dalam politik tidak ada yang mustahil, termasuk sirap disangkakan darah pun boleh terjadi!

Tindakan terawal mungkin dapat dilihat esok bila mana berlangsungnya pengundian di Bagan Pinang. Sekiranya masyarakat India (MIC) benar-benar tidak senang dengan kewujudan Makkal Sakti ini bermakna undi India akan mengalir ke dalam peti undi Pas. [wm.kl. 9:00 pm 10/10/09]

2 comments:

perfectwater75 said...

Salam MSO,

Baru-baru itu pemimpin agung parti itu, S Samy Vellu dihina oleh bekas Presiden Umno, Mahathir Mohamad yang menggesakan Samy Vellu berundur dan sudah tidak relevan lagi memimpin Umno. Gesaan Mahathir itu dilihat satu lontaran najis ke muka Samy Vellu secara tidak diplomasi.

harap tuan dapat edit ayat 'sudah tidak relevan lagi memimpin UMNO? dalam perenggan kedua di atas..

thx!

Dino Yap said...

Dear MSO,
Ingin saya bertanya pandangan MSO mengenai nasib parti politik berasaskan agama di Malaysia? Adakah parti sebegini akan bertahan lama ? Ataupun mungkin parti2 sebegini akan berubah Identiti h (seperti diTurki)dan menukar nama?Atau mungkin juga terbentuk parti berasaskan agama lain dari Islam seperti Hindu/Kristian/Buddha (seperti di India)suatu hari nanti?