Tuesday, October 20, 2009

Dirgarhayu ke-19 Pemerintahan Nik Aziz

Catatan Sempena 19 Tahun Tok Guru Jadi MB

SYAHADAN bila saya memaklumkan dalam FB bahawa esok 21 Oktober genaplah 19 tahun Tok Guruku Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan ramai kawan FB yang mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada Tok Guru kerana berjaya mentadbir Kelantan selama 19 tahun dan dalam tempoh itu berjaya pula melepas onak dan duri yang menghalang. Ramai yang berdoa agar Tok Guru sihat dan diberikan kekuatan oleh Allah s.a.w. untuk terus memimpin Kelantan Darul Naim.

Ada juga yang merasa sedih dan sayu kalau tiba-tiba Tok Guru sudah tidak menjadi MB lagi. Dalam pada itu ada juga yang menyata kebimbangan mengenai nasib Pas Kelantan selepas Tok Guru tidak ada lagi. Bagi mereka ini melihat roh dan kekuatan Pas sehingga berjaya memerintah Kelantan masuk penggal ke empat kerana keberkatan dan keromah Tok Guru.

Saya rasa semua orang memahami semua kata-kata ataupun ulasan berkenaan. Ulasan itu adalah mewakili kita secara individu. Tiap orang yang merasa kagum, hormat dan kasih dan menghayati keistimewaan Tok Guru akan merasai perasaan demikian. Bahkan perasaan berbagai-bagai lagi yang tidak terucap. Ini semua menunjukkan sayang dan kasih melimpahnya kepada beliau.

Seolah kita tidak sanggup dan sangat bimbang untuk melihat sesuatu yang buruk berlaku. Begitulah penerimaan umum ke atas seseorang pemimpin yang warak, baik dan tawaduk seperti Tok Guru. Sebab itu bukan saja orang Melayu Kelantan, Melayu luar juga mengasihi Tok Guru. Bukan itu saja orang Cina, India dan bangsa lain juga menyanjunginya. Tidak keterlaluan kalau dinyatakan kesemarakan sokongan umum kepada Pas sedikit sebanyak kerana mereka teruja dan terpesona dengan siasah Tok Guru.

Semua itu kerana kemuliaan Tok Guru. Kerana pendekatan dan kecaknaan kepada rakyat. Kerana pengorbanan dan cara hidupnya yang ringkas dan sangat merendah diri. Lihatlah Tok Guru dalam ketinggian mahkota hidup dan pujian itu beliau tetap juga berlembut, dan kadang kala masih mengakui kesilapan yang dilakukannya. Ada kalanya beliau seperti takut dengan segala pujian yang merupakan ujian Allah ke atasnya.

Justeru bagi orang yang menyanyanginya tidak ada cenderamata lain lagi untuk dihadiahkan kepadanya sebagai menyatakan terima kasih. Kerana budi, jasa yang dilakukan tidak terbalas dan tidak ada nilai untuk membalasnya.

Dalam hal ini saya secara peribadi hanya mampu memberi ulasan dan kritikan kepada Tok Guru dari perspektif saya sebagai tanda kasih dan sayang itu. Ia dilihat janggal dan jahat oleh orang yang gagal menyelami apa yang berladum di jiwa saya. Kerana itu bila saya melihat ada sesuatu yang Tok Guru terlebih ataupun agak tergelecah dari pandangan saya, saya kritik tanpa mempedulikan kejudisan orang pada saya. Bukan apa, saya lakukan demi sayang dan kasihnya saya kepada beliau.

Dalam menegur dan mengkritik Tok Guru saya tidak mengharap sokongan dan pujian sesiapa, tetapi cukuplah sejuring pengertian Tok Guru sendiri! Sebab itu kadangkala ada hemburan buruk ke atas saya setiap kali saya mengkritik Tok Guru, saya buat 'sadin' saja.

Tok Guru, saya bukan saja menerima beliau sebagai MB. Malahan lebih daripada itu. Beliau seorang bapak, seorang pemimpin, seorang tok guru dan seorang sahabat sepermainan! Ada kalanya beliau adalah sumber ilham dalam perjuangan dan penulisan. Tatkala saya merasai lemah dalam menghadapi onak perjuangan, saya akan mendatanginya bila berkesempatan atau ke pejabatnya.

Bersalam mencium tangan, pipi dan memeluk tubuhnya. Dan berbual-bual fasal politik dan ilmu agama tanpa ada minit mengenai projek ataupun huluran proposal. Saat itu saya membisikkan di telinganya; "Tok Guru doakan supaya ana istiqamah dalam perjuangan, jiwa ana kuat dan diberikan ilham bertambah-tambah untuk menulis demi mempertahankan agama Allah dan memelihara anak dan isteri!

Tatkala ini dia hanya mengangguk dan tersenyum. Senyuman itulah menggetarkan jiwa lebih lemak dan lebih manis dari senyuman seorang sitadewi. Selepas itu saya akan kembali dengan membawa senyumannya....dan menyimpannya dalam diri. Itulah makrifah saya dengan Tok Guru yang menjadi rahsia hidup saya seabdinya.

Dan sempena dengan ulang tahun pentadbiran beliau genap 19 tahun ini, ada secebis yang ingin saya lontarkan di sini untuk pemantauan semua orang yang sayang dan kasih kepadanya. Bukanlah tujuan saya hendak melemparkan asap dalam sabut untuk memedihkan mata sesiapa, tidak! Tetapi sebagai renungan dan iktibar dalam kita mencari kejernihan dan walak pemujaan kita bersama kepadanya.

Baru-baru ini sahabat saya, (bekas) Ibrahim Ali telah mengkritik hebat Tok Guru sebagai respon terhadap teguran Tok Guru kepadanya. Ibrahim telah meminta Tok Guru berhenti dan turut mengecap Tok Guru nyanyuk! Saya juga pernah berkata demikian tetapi dalam konotasi tidak seteruk Ibrahim Ali! Saya tidak pernah menulis dengan tinta beracun mengenai Tok Guru.
Ibrahim memberi 10 dalil atau sebab kenapa Tok Guru perlu berundur. Ternyata perbuatan Ibrahim itu sangat huduh dari seorang yang tidak mengenang jasa dan budi Tok Guru ke atasnya. Saya sendiri tidak pernah termakan budi Tok Guru seperti beliau, meskipun Tok Guru pernah menawarkan budi yang tidak mungkin terlupa oleh saya. Namun Ibrahim yang kini gah atas jasa dan budi Tok Guru sanggup berkata demikian.

Jadi sangatlah geram dan kecil hati mengenangkan telatah Ibrahim itu. Betapa apabila beliau menghina Tok Guru begitu, kehinaannya menyentuh ke saya juga. Menghina Tok Guru samalah menghina saya. Sebab saya turut sama dalam memberi sokongan moral kepada Ibrahim apabila beliau ingin bertanding atas simbol Pas. Bahkan sayalah orang luar (bukan orang parti berjawatan dan mempunyai kuasa) yang merekemenkan Ibrahim kepada Tok Guru.

Masih diingati semasa membawa Ibrahim berjumpa Tok Guru untuk melaksanakan agenda itu (menyertai Pas), di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik Tok Guru sampai dari Makkah. Saya memberi ingatan keapda Tok Guru. Kata saya, Tok Guru kalaupun besok Datuk Ibrahim akan menang dalam pilihan raya, Tok Guru jangan terkejut kalau dia menentang kita dan menyertai Umno semula. Tetapi biarlah Tok Guru, itu hal lain... tetapi hari ini elok kalau Tok Guru memberi laluan kepadanya. Dia sudah insaf dan bertaubat!

Tok Guru hanya tersenyum mendengar madah rayuan saya. Muka Ibrahim ketika ini merah menyala kerana geram dan kesal dengan ucapan saya itu. Tetapi beliau tidak boleh berbuat apa kerana hakikinya begitu. Tok Guru memang bijak dan tinggi ilmu kejiwaannya, dia cepat mengawal keadaan dengan berkata; bakpa nak bimbang lagi, bila dia sudah dekat dengan kita, kita pakat-pakat jaga. Enta kena jagalah dia..."

Itulah kebejurusan dan kejerihan hati dan jiwa Tok Guru. Tok Guru menerima baik sesiapa saja. Dia anggap putih hati orang sama putih dengan serban dan jubahnya. Namun kebaikan dan keikhlasan Tok Guru itu dibalas dengan tuba oleh Ibrahim. Inilah menyebabkan saya jadi macam rimau membedal dan menyerang Ibrahim. Bukan kerana beliau ingin menyertai Umno, tetapi kerana dia telah mengkhianati janji dan ikrar yang dia lafazkan depan Tok Guru.

Jadi apabila baru-baru ini Ibrahim mengkritik Tok Guru timbul kehairanan di dalam kepala saya kerana orang-orang besar Pas di Kelantan senyap sedu. Seorang pun tidak bangkit membalas kata-kata Ibrahim untuk membela Tok Guru. Anih? Ke manakah perginya para hulubalang Pas di Kelantan terutamanya mereka yang dulu mengusung dan mendewakan Ibrahim sebagai menolak buruk Umno yang berguna kepada Pas.

Hanya Takiyuddin Hassan, ketua Pemuda Pas Kuala Krai dan beberapa yang lain saja yang bangkit membela dan menghentam Ibrahim Ali. Selepas baru diikuti Pas Kawasan Pasir Mas mengadakan himpunan mengumpul tanda tangan minta Ibrahim mengosongkan kerusi. Mereka yang lain seakan membiarkan saja Tok Guru menepis pukulan Ibrahim bersendirian.

Terfikir dalam kepala saya kenapa sikap hulubalang Pas diam membisu. Apakah mereka bersetuju dan bersekongkol dengan pandangan Ibrahim itu? Apakah ada agenda senyap, di belakang ada konsesus antara sesetengah para hulubalang Pas dengan Ibrahim mahu melihat Tok Guru berundur. Begitukah? Itulah fikiran liar saya.

Saya menimbulkan ini kerana berpandukan kepada beberapa analisa dan perisitwa yang saya saksi sendiri. Semasa Ibrahim hendak dipimpin naik ke atas pelamin Pas dulu orang-orang ini yang bersungguh mendokongnya. Orang inilah yang saya lihat kerap makan dengan Ibrahim Ali dan ada yang mengunjungi pejabat Ibrahim Ali di hotel Grand Season, Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Dan setengah orang-orang inilah yang pulang dari pejabat Ibrahim Ali dengan membawa sampul surat 'mengandung'!

Apakah kerana mereka ini sudah mendapat sedikit baksis daripada Ibrahim menyebabkan mereka malu alah untuk membaham Ibrahim Ali dan membiarkan Tok Guru bersendirian menghadapi kegilaan Ibrahim Ali? Mungkin ada yang akan marahkan saya kalau saya sebut ada hulubalang Pas ini turut menerima wang daripada Ibrahim Ali semasa pilihan raya umum lalu! Tentu saya akan dikatakan khianat atau dengki. Tetapi apakah wajar kalau saya bersubahat melindungi keburukan ini?

Saya timbulkan di sini untuk dijadikan renungan dan iktibar. Bagaimana wang telah menutupkan mulut seseorang atau bisa menjadikan keris dan senjata seseorang hulubalang itu tumpul dan berkarat. Jika keadaan berterusan kalau tertakdir Tok Guru ditikam keris munafik Ibrahim, tidak ada sesiapa pun akan hendak menghalangnya kerana mereka sudah terikat dengan budi Ibrahim ada yang sebanyak RM10,000 ada yang RM15,000 ada yang RM20,000 dan ada yang RM30,000 tidak termasuk pemberian lembu dan kerbau menjelang hari raya Aidiladha pada setiap tahun!

Bagi saya tidak ada masalah kalau mereka membisu kerana mengenang budi material Ibrahim yang sedikit itu, tetapi ia sangat menyesalkan saya kalau tindakan mereka itu sebagai simbol yang mereka juga sependapat dengan Ibrahim yang mahukan Tok Guru berundur.

Di sini... sempena dengan hari ulang tahun ke 19 pemerintahan Tok Guru saya berikrar sesiapa juga yang ingin menjatuhkan Tok Guru secara jahat dan tidak Islamik saya tidak akan membiarkan tinta merah saya membeku dalam empulur pena. Tok Guru selamat memerintah dengan adil, benar dan tenang. [wm.kl. 5:00 am 20/10/09]

10 comments:

Mat Kutuk said...

Payah nak cari org mcm TGNA di Malaysia.

Sudahlah di barisan pembangkang,jadi MB nak dekat 20 tahun pula.

Tapi Berahim Alee semacam dengki.

Teringin nak rasa kerusi MB barangkali sebelum mati menjemput diri.

Nikjoe said...

AlhamduliLlah, semoga benar buat Tok Guru.

Kasihkan Tok Guru selamanya

Rintihan Rakyat said...

Thanks MSO kerana ulasan yang cukup menarik..

Saya pun terfikir juga kemana hilangnya suara si Baju Petak Merah? Kenapa beliau tidak bersuara dalam Isu Ibrahim menghina Tok Guru?

Adakah beliau salah seorang yang MSO maksudkan telah menerima habuan daripada Ibrahin Al-Kataki ini?

Apa pun tahniah kepada Tok Guru kerana terus memerintah Kelantan dalam keadaan Aman Damai...


* Rintihan Rakyat *

zeme said...

Salam Tuan Hj MSO,

Tuan Guru Datuk Nik Aziz, MB Kelantan yang sememangnya disayangi, amat disenangi dan mudah didampingi. Sifat rendah diri dan wasatiah beliau merupakan kunci kepada perjuangan beliau.

Tidak hairanlah setiap kali majlis serta jamuan perayaan di kediaman Pulau Melaka beliau dikunjungi tetamu pelbagai peringkat, kaum dan bangsa Melayu, Cina, India, Siam mencerminkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat dibawah suatu bumbung pemerintahan bersama Islam.

Wasalam.

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

salam tuan hj MSO. izinkan saya panjangkan kisah in i ke dalam facebook ya..sy ingin masukkan di ruang note. ingin share dgn rakan2 facebook yg lain. tq tuan.

kijang said...

Ada orang membuat hypothesis, kalaulah di zaman Tok Kenali dah ada sistem dan parti politik berpilihanraya macam sekarang ini, adakah Tok Kenali juga berperanan macam TGNA? Poltik itu kotor tapi paling besar pengaruh dalam muamalat dan mashalah ummah.

anafakir said...

Salam tuan MSO...saya juga antara insan yang saban waktu sentiasa mendoakan TGNA terus sihat dan mendapat bimbinganNYa untuk terus memimpin Kelantan.Ditambah pula dengan sifat 'merakyat' seorang Pemangku Raja saya berkeyakinan Kelantan akan terus kekal bersama kepimpinan PAS..kalau boleh biarlah selamanya selagi mereka tidak melanggar syariat dan hukum-hukum Allah. Kepada Brahim Ali...insaflah, sedarlah diri.Kalau pun tidak mampu lagi untuk berbudi kepada rakyat Kelantan, balaslah budi yang telah berbudi kepada anda, kalau tidak mampu juga cukuplah kalau kenang budi.Itu terbaik daripada menyalak tak tentu hala...anda sebenarnya terbuang di Kelantan malahan di Pasir Mas itu sendiri..UMNO Kelantan juga secara terbuka menentang anda untuk 'rujuk' dengan UMNO.Taubat lah..dah banyak dosa anda kepada TOK GURU...

ghostWRITER said...

Semoda PAS dapat menyelamatkan orang Islam terutamanya melayu di Malaysia ini dari terus berpecah.. Amin.

anafakir said...

Salam Tuan MSO...saya sebenarnya telah 5 kali 'menemui' TOK GURU dan melalui pertemuan tu saya dapat macam2 hadiah pelik..malahan Tok Guru datang mengajar saya dalam bab agama, membetulkan bacaan fatihah saya..nak abaikan 'pertemuan' tu susah gak sebab 'pertemuan' tu bukan seperti 'pertemuan' biasa2..saya ingin minta pendapat Tuan MSO sebagai orang yang hampir dan rapat dengan Tok Guru untuk membantu...setakat yang mampu.Saya sudah rujuk beberapa guru agama, mereka mecadangkan saya berjumpa secara zahir dengan Tok Guru, mungkin ada penjelasan dari dia...itu cadangan mereka.Saya bukan ahli politik, dan bukan juga menganggotai mana-mana parti politik cuma sentiasa menyokong perjuangan Tok Guru, berdoa, mengundi dan berjiwa amal makruf nahi mungkar..sekadar seadanya.

sembang haroki said...

wa ingatlah, si baju petak pun macam brahim juga, mencari suaka dengan tok guru, lebih2 lagi masa kalangan ulama dah tak layan dia!!!!
jangan kata "mu jahat" lalu tumbuk aku!!