Friday, October 30, 2009

Tazkirah Jumaat

Husam Hayati Semangat Unity Government

APABILA saya memberi pandangan positif mengenai cadangan (saya ulangi cadangan) keperluan membentuk Unity Gorvenment (UG) oleh Abdul Hadi Awang tidak lama dulu ramai yang mengatakan saya sebagai penyokong kuat pembentukan kerajaan perpaduan itu. Maka saya juga dikatakan sebagai agen Umno dan sekaligus untuk memporakperandakan Pas. Ada juga yang berfikir jauh dari itu, kononnya cadangan itu untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

Saya menghormat dan menerima apa saja bacaan umum ke atas penulisan dan pemikiran saya. Seperti mana saya bebas membuat spkelulasi maka mereka juga bebas membuat celahan dan tuduhan ke atas saya.

Bermacam-macam (tuduhan) sebenarnya dan ada yang lebih sadis dari itu. Saya faham tuduhan itu datangnya dari pemain-pemain politik muda. Yang bergerak bersama arus dan gelombang "hora-hore" mereka. Mereka membuat kesimpulan hasil daripada apa yang mereka fikir ataupun diskas bersama rakan-rakan di kedai-kedai kopitiam, depan skrin laptop atau pun di anjung bilik kuliah atau pun di tepi surau dan masjid.

Mereka membuat pandangan mengenai saya dan penulisan saya dari bingkai pemikiran muda mereka. Setengahnya membuat kesimpulan mudah tidak pun merujuk kepada sejarah atau mengambil kira pengalaman seseorang kenapa mereka berkata demikian atau cuba menyelami apakah 'maknawi' di sebaliknya. Dalam kesempatan beriktraksi dengan ahli FB, saya selalu menasihat mereka yang ingin mengenali saya agar membaca mengenai 'kerencaman' saya dari belakang ke depan bukan dari hari ini ke depan.

Mengenai Allahyarham UG itu sebenarnya banyak yang tidak tahu apakah maksud dan natijahnya daripada yang tahu. Umumnya tahu kerajaan perpaduan atau UG adalah penggabungan jasad dan jiwa antara Umno dengan Pas. Mereka yang menolak atau memprejudisnya bak pengsanggamaan kekasih dengan kekasih atas tilam lembut di malam sunyi tanpa ijab dan kabul.

Banyak juga yang menolak kerana berpegang kepada "fatwa" Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang sudah serit dengan UBN. Fatwa itu pun boleh dipertikaikan dan bukan sesuatu yang sihat ataupun bukan boleh dijadikan pegangan sepanjang zaman. Mungkin rasa perit Nik Aziz itu relevan di zamannya tetapi tidak bijak untuk masa depan. Kerana kerjasama Pas - Umno menerusi BN dulu dilakukan oleh generasi terdahulu, di mana sebahagian besar generasi dalam Umno yang terlibat dengan pembentukan kerjasama itu sudah pun tidak ada. Percayalah citarasa dan pendekatan perjuangan generasi akan mendatang tertakluk kepada kondisi dan situasi dan bukan bersifat statik atau jumud.

Pun begitu sekali lagi saya atau sesiapa saja tidak boleh menyalahkan penerimaan begitu (membenci UG) kerana mereka menerima penjelasan atau hasutan demikian mengenai UG. Bahkan kita kena hormat mereka yang menolaknya atas keyakinan UG boleh merosakkan Pas dan Pakatan Rakyat. Bukankah penolakan itu satu sikap tegas dan terpuji kepada mereka yang mahu lihat kejayaan Pas dan Pakatan Rakyat meruntuhkan hegemoni UBN?

Di sini bukan saya hendak membangkitkan balik mengenai UG, jangan silap faham! Ia sudah pun mati dan dikafan serta ditalqinkan beramai-ramai di Jalan Raja Laut dalam mesyuarat khas Pas yang lalu. Isu UG sudah berakhir. Biarlah kisah UG menjadi sejarah pedih untuk dikenang dan diingatkan. Gara-gara UG ini juga menyebabkan malam dan siang Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi Awang tidak damai. Banyak masa emas mereka yang seharusnya digunakan untuk membaca Quran dan telaah Hadith dihabiskan untuk memikirkan kekalutan tentangan UG.

Biarlah ia berlalu dan menjadi sejarah bakal ditulis di masa depan. Bahawa cadangan UG itu menjadi saksi bahawa ada sebahagian pemimpin pernah mengemukakan cadangan berkenaan atas 'maslahat-maslahat' yang sukar untuk dijelaskan. Generasi mendatang usah persalahan kepada mereka.

Tetapi apa yang hendak saya disebutkan disini ialah mengenai intipati atau bentuk UG yang pernah dicadangkan itu. Moga dengan penjelasan ini menjadikan mereka yang prejudis kepada UG sebelum ini tidak kekal marah dan terus jahil mengenainya sehingga membawa ke liang lahad demokrasi.

Sebelum ini kalau penjenguk masih ingat saya pernah menulis dalam blog ini; kata saya kenapa UG gagal ialah kerana Pas tidak membawa bersama bekas kawan saya dan meletakkannya di depan. Tegas saya kalau bekas kawan saya itu dibawa sama mungkin keadaanya tidak menjadi kalut sehingga cadangan itu terberai di tengah jalan. Siapakah bekas kawasan saya itu? Semua penjenguk tahu.

Kenapa saya berkata begitu kerana bekas kawan saya ini tahu apakah bentuk dan kebaikan UG itu. Dia menerima akan kepraktikalan (kebaikan dan keperluan umum) mengenai UG yang akan mewujudkan kerjasama yang bersifat win-win antara Pas dengan Umno. Bahkan UG itu juga adalah jalan terbaik bagi Pas dalam menyelesaikan kemelut politik ummah (agama dan bangsa) jikalau waktu ini Pas tidak berganding erat dengan PKR dan DAP.

Kenapa saya kata bekas kawan saya faham dan menerima pendekatan UG untuk kebaikan bersama? Kenapa? Cuba kita tenangkan sekejap otak dan lihat kepada apa yang berlaku dalam Sidang Dewan Undangan (DUN) Kelantan yang berakhir dua hari lepas. Bekas kawan saya itu, YB Datuk Husam Musa telah mencadangkan satu idea untuk melantik Adun pembangkang menjadi timbalan Exco. (Sila rujuk juga laporan Siasah terbaru di muka surat 5)

Cadangan ini bagi saya satu cadangan yang baik dan menunjukkan kegeligaan otak beliau. Inilah yang saya kata dulu bahawa si baju petak-petak merah ini seorang yang bijak dan berpandangan jauh. Sebab itu saya telah gila-gila berusaha untuk mengusungnya ke Kelantan pada tahun 2004 sebagai persiapan untuk menjadi Menteri Besar bagi mengganti Nik Aziz. Saya sudah dapat membaca kelebihan dan kehebatan yang ada kepadanya dan jarang dimiliki pemimpin pelapis lain di Kelantan.

Cadangan yang beliau kemukakan itu membuktikan kepelbagaian beliau dalam menyelesaikan masalah politik. Ia juga menunjukkan keberaniannya. Dalam saat orang membuang kerjasama dengan Umno tetapi beliau boleh tampil membuat cadangan itu. Pada saya inilah keberanian yang harus ada kepada mana-mana pemimpin. Sifat-sifat yang dimilikinya inilah mewajarkan beliau menjadi pemimpin. Seorang pemimpin itu harus senantiasa ada pemikiran dan idea-idea baru yang progresif dan dinamik.

Sebenarnya, apa yang dicadangkan beliau itu adalah sebahagian daripada ciri-ciri kerajaan perpaduan yang dicadangkan dulu. Kalau cadangan Husam itu bukan bermakna Pas bekerjasama dengan Umno, maka begitulah juga rupa dan bentuknya UG dulu.

Bak kata Husam itu, kalau Adun BN dilantik menjadi timbalan Exco yang ada kelulusan profesional mereka boleh merancang progrem untuk rakyat. Sudah tentu juga mereka boleh mengadakan pendekatan dengan kerajaan Persekutuan, dan ini sangat penting dan menguntungkan rakyat.

Saya nampak yang Husam nampak mengenai baik dan buruknya, untung dan ruginya mengenai jalinan kerjasama seperti itu antara Pas dengan Pas di peringkat sebuah kerajaan menerusi perlantikan wakil UBN sebagai timbalan Exco itu.

Dalam konteks Kelantan kalau berlaku kerjasama seperti mana dicadangkan Husam itu, ia boleh menzahirkan suasana politik yang harmoni di Kelantan. Maka akan wujudlah satu pendekatan dan stail baru politik yang membawa keuntungan kepada rakyat jelata. Dengan wujudnya kerjasama itu juga nanti maka tidak payahlah kerajaan Kelantan menjerit-jeirt meminta royalti petroleum atau sampai terpaksa bawa rombongan ke tengah laut sehingga dihempas dan dipulas gelombang dan termutah-muntah.

Tidak payahlah mengupah juruukur yang kehabisan kontrak. Khabarnya juruukur itu diupah sebanyak RM30,000. Perbincangan untuk menuntut royalti itu boleh diuruskan oleh timbalan Exco dari Umno itu saja. Bukankah ini satu tindakan bijak untuk rakyat Kelantan?

Ikhlas saya nyatakan walaupun dari segi peribadi, merujuk kepada perangai si baju petak-petak merah saya tidak senang, tetapi saya suka dengan ideanya itu. Isu peribadi saya dengan beliau tidak harus dijadikan sebab kenapa idea itu ditolak. Saya berharap Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar bersedia menimbang untuk memberi kelulusan kepada cadangan itu.

Dan kepada Adun UBN pula hendaklah menerima dengan baik idea berkenaan. Mustapa Mohamed hendaklah berfikir secara sihat walafiat atau mengkaji cadangan Husam itu demi pembangunan Kelantan tanpa meletakkan politiking kepuakan yang tebal.

Sekiranya cadangan Husam itu diterima Nik Aziz, jangan lupa dua Adun ini, Adhan Awang Kechik (Bukit Bunga) dan Nazula Mat Diah (Paloh). Lantiklah mereka sebagai timbalan Exco. Mereka inilah yang telah membuat permohonan maaf menerusi akhbar daripada Husam Musa menjelang muktamar Pas yang lalu. Tentunya budi mereka ini tidak boleh diketepikan begitu saja walaupun Husam kalah. Orang berbudi kita berbahasa![wm.kl. 10:20 am 30/10/09]

11 comments:

Ahmad Hazry said...

Salam MSO...
Ana pernah komen dulu...UG jika difahami dan dihalusi strateginya amat menguntungkan semua rakyat... Cuma kita telah dilonggokkan dengan berita bahawa UG bermaksud kerjasama dengan Umno saja bukan kerjasama dengan semua parti-parti yang ada di Malaysia...Tetapi itulah...Terlalu dangkal fikiran manusia yang jumud.
Sebagaimana yang ana pernah utarakan dahulu...jika UG itu datangnya & dicadangkan oleh Tun Mahathir atau DS Anwar, mungkin semua orang akan berkata itulah cadangan yang excellent & brilliant...Dan mungkin orang PAS yang kuat mengkritik pun akan beranggapan yang sama, termasuk EXCO di Kelantan..Namun itulah yang berlaku.. Ia hanya merupakan cadangan seorang Tok Guru...

sai said...

Em pd saya, UG di kelantan dan UG sprt yg dicadangkan TGHH berbeza besar. Di kelantan, kerajaan negeri adalah PAS, jika berlaku sesuatu pun PAS masih ketua kerajaan negeri dan InsyaAllah di bawah kepimpinan PAS takkan ada mslh besar mcm pengkhianatan berlaku. Tp UG cdgn TGHH agak berbahaya sbb kerajaan PUSAT adalah BN. Dan kita suemr faham perangai pemimpin2 BN ni, ckp tak serupa bikin, cepat berubah dan blh jd pengkhianatan terhadap PR akan berlaku, itulah yg TGNA bimbang dgn UG yg diketuai oleh BN. Wallahua'lam

Md Nasir@Nasiri said...

sdr Sai, apa jaminan anda pengkhianatan tidak akan berlaku di kelantan? macam mana anda tahu perbezaan UG versi TGHH vs UG versi Husam? bagaimana anda mengukur tahap bahaya UG versi Husam VS versi TGHH? Anda kata BN cakap tak serupa bikin. BN kelantan cakap serupa bikin ker? Wah..hebat la ko..UG versi Husam, dia baru cakap kat DUN, ko dah faham yea..sampai ko boleh simpulkan UG versi TGHH berbeza dgn UG versi Husam...kah kah kah

0smanor said...

Alhamdulillah. Mujur juga cadangan itu tidak keluar daripada TG HJ Hadi, nanti dituduh pro UMNO dan PAS bergolak lagi. Saya tertunggutunggu nak baca komentar One-G & Tulang Besi. Pasti akan dipujinya idea tersebut. Hebat dan berpandangan jauh demi maslahat rakyat.

ondu said...

tu la tuan Osmanor..klu boleh, kita rindu utk melihat pendokong2 parti..tak kira BN atau PR, menjadi pendokong, penyokong, tukang komen, tukang lawan, dan apa2 tukang pun; TIDAK membuta tuli..kalau betul kata betul, kalau salah kata salah. tak kira la musuh politik ker kawan politik...mcm tu barulah cepat matang iklim politik kita

John said...

Assalammualaikum Pak MSO,
Masalah yang sebenarnya ramai antara kita masih tercari cari punca masalah yang sebenar. Ramai yang main serkap jarang dalam menyelesaikan masalah.

Sebagai contoh, masalah dgn Indonesia beberapa minggu lalu, tidak ramai yang mencari hingga ke punca masalah sebenar. Ramai yang menggagap ianya isu tarian Pendet ataupun isu picisan lain. Sebenarnya ianya lebih daripada isu tersebut. Isu sebenar ialah isu lain. Ia bermula sebelum Malaysia merdeka lagi.

Begitu juga dengan isu UG, ianya satu isu yang perlu diperhalusi dan diperdalami. Kajian yang sangat mendalam harus dilakukan. Punca masalah, dan penyelesaian menyeluruh harus difikirkan.

Saya tidak dapat memberikan pandangan saya secara direct kerana ini adalah internet. Ianya tidak terlalu selamat untuk menulis straight forward. Lagipun saya kakitangan kerajaan. Ada anak isteri hendak diberi makan.

Cuma saya harap kita banyakkan mencari ilmu, menimba pengalaman dan mempraktikkan apa yang dipelajari. Sekadar pandai teori boleh mengakibatkan kita terduduk seperti yang terjadi kepada bekas kawan Pak MSO semasa berdebat dengan "Mahathir" baru di Kelantan tidak lama dahulu.

p.s: buku Shamsiah Fakeh yang Pak MSO baca dalam bahasa melayu atau inggeris? dukacita sekali di kedai buku hanya ada dalam bahasa inggeris.
Sekian, wasalam.

abu muaz said...

Petak-petak merah ini kalau duduk dalam BN confirm jadi menteri. Menteri kewangan pun tak mustahil. Kawan dia YB Syabree Cheek pun dah jadi menteri.Apa kamu ingat TGHH bangkrap idea ke? Soalnya kita tak faham apa yang UG TGHH. Main tembak je. Putar belit UBN TGHH faham lebih dari kita. TGHH bukan pemimpin tempatan saja bahkan gerakan Islam antarabangsa pun kenal beliau. TGHH tak komanglah weh.

hadi said...

Salam hormat !

Ironis diatas nama islamlah agaknya telah menjadi tarikan kepada pas untuk menjalinkan kerajaan perpaduan (UG) dengan Umno walaupun islam yang dibawa olih paklah waktu itu berbunyi "hadhari".Sejarah ini walaupun tidak sempat menjadi kenyataan namun ianya tetap tertulis sebagai satu sejarah untuk kerjasama politik.

Kini sejarah tersebut telah terkubur dan berlalu dibawa arus masa tanpa dapat direalisasikan. Bertitik tolak dari idea tersebut maka hari ini kita terdengar pula cadangan dari exco kerajaan negeri Kelantan untuk cuba diparaktik dikalangan ADUN dinegeri tersebut.

Jika 'good idea" ini tidak mendapat tentangan mana mana pehak maka ianya bolih membezakan antara cadangan UG peringkat pusat dengan UG peringkat negeri dibawah pemerintahan kerajaan Pas...sama sama kita tunggu dan lihat sama ada lontaran idea ini satu keGILAan atau keGELIGAan otak... fikir fikirkan!

FFF said...

yela....mentang2 la yg mencetuskan idea UG br ni 'org kampung yg pakai serban je' yg kadang2 hobinye pegi memancing ikan tgh laut... so Xde la org nak pandang, bahkan kutuk & perkecil2kan lg adela...

cuba yg bg cdgn tu org yg pakai kot...pakai tai...yg ensem2 sikit...hobi main golf mgkn pulak...agaknye kalau die ckp 'kentut itu wangi', mgkn org pun akan ikut ckp, 'kentut itu mmg wangi'

dunia..dunia..

bashir_rahim said...

SEKARANG KITA DAPAT MELIHAT SIAPA YANG AKAN MENJILAT LUDAHNYA SENDIRI

BaYu SenJa said...

Kerjasama politik bagi saya juga tidak ada sebarang masalah sekiranya kajian dan ijtihad dibuat demi memastikan keuntungannya kembali kepada rakyat.

cuma saya kira, cadangan husam pada waktu ini sangat tidak rasional. Belum pun sempat keputusan dikeluarkan oleh lembaga disiplin terhadap pas selangor, pas kelantan pula melontarkan idea yang sama.

Sekarang saya menunggu apakah mesyuarat khas akan dipanggil lagi membicangkan husam dan apakah husam dan pas kelantan juga layak diheret ke lembaga disiplin pas? Isunya saya kira sama sahaja!