Tuesday, October 27, 2009

Menjelang Mesyuarat Khas Pas

Hari Esok Penuh Debaran Tetapi Sudah Tahu Akhirannya?

TOK GURU Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan akan menghadiri mesyuarat khas Pas di ibu Pejabat di Jalan Raja Laut jam 8:30 malam esok. Alhamdulilah. Hasrat semua orang untuk berdepan dan menanyai dan mendengar langsung dari mulutnya mengenai isu yang beliau bangkitkan kini tercapai. Beliau dijangka akan berlepas dengan peswat MAS dari Kota Bharu jam 4:45 petang dan mengambil tempat duduk seat No: 1 di ruang bisnes kelas. Nik Aziz dijangka mendarat di KLIA jam 6:30 petang dan akan menginap di Rumah Kelantan di Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Saya pernah sekali berpeluang duduk bersama Tok Guru Nik Aziz di ruang bisness kelas kira-kira 16 tahun lalu. Ketika itu saya dari Kota Bharu untuk pulang ke Kuala Lumpur, beliau hendak ke Alor Star. Dulu memang ada flight dari Kota Bharu - Kuala Lumpur via Alor Star.

Peluang itu sempatlah saya bersama beliau kira-kira 45 minit, berbual-bual fasal politik di udara dalamruang yang agak eksklusif bagi kita orang kampung itu. Saya masih ingat kami sama-sama memesan jus jambu batu merah dan sekeping kek.

Selepas Tok Guru turun di Alor Star tempat duduknya itu diduduki pula oleh Syed Hamid Albar. Jadi hari itu saya duduk bersama dua orang politik. Satu peluang yang cukup mentolgiakan.

Pertemuan atau mesyuarat khas malam bersok penting dan mustahak sekali. Ia menjadi perhatian umum dan ditunggu-tunggu ramai orang. Umno termasuk Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan Mahathir Mohamad juga menunggu-nunggunya. Apa yang orang mahu tahu ialah apakah hasilnya nanti. Mesyuarat itu boleh jadi akan jadi sejarah tersendiri dalam Pas dalam usianya sudah 58 tahun ini. Didoakan semoga esok tidak akan terjadi hal-hal yang boleh menyebabkan air mata membasahi pipi.

Saya telah melakarkan beberapa kesimpulan ataupun hasil yang mungkin dicapai atau berlaku dalam mesyuarat khas esok.
  • Apakah mesyuarat itu akan menerima pandangan Nik Aziz agar Pas mengadakan muktamar khas (EGM) seperti mana dicadangkan awalnya dalam blog beliau.


  • Apakah mesyuarat itu kelak akan meminta Nik Aziz mendedahkan maklumat yang diterimanya berhuhung dengan apa yang beliau sebutkan itu yang akhirnya membawa kepada perlunya tiga orang pemimpin utama Pas, Abdul Hadi Awang, Nasaruddin Mat Isa, Mustapa Ali dan Hasan Ali ditukar.


  • Apakah Nik Aziz akan menceritakan segala-galanya dengan sejujur-jujurnya terhadap apa yang beliau tahu dan diberi tahu. Dan kalaulah makluamt itu datangnya dari orang yang bernaung dibawah ketiaknya apakah beliau sanggup mencerita dan mendedahkannya?


  • Sekiranya Nik Aziz gagal menjelaskan dan beliau hanya akan berkata cadangan itu sebagai buah fikiran sahaja, yang sudah ternyata kini ia menjadi masalah kepada Pas, apakah Pas berani untuk mengambil tindakan disiplin ke atasnya?


  • Sekiranya Nik Aziz menyebut nama-nama tertentu yang memberi tahu beliau, kononnya ada pertemuan antara mana-mana tokoh Pas dengan pihak Umno, padahal benda itu palsu, apakah Pas bersedia mengambil tindakan ke atas orang berkenaan seperti menggantung keahlian ataupun diberi tunjuk sebab kenapa tindakan tidak boleh dikenakan ke atas mereka?


  • Dan sekiranya dalam mesyuarat itu ia sampai menyentuh aib dan wibawa Tok Guru apakah tindakan mengejutkan akan beliau ambil misalnya Tok Guru itu akan keluar dan meninggalkan mesyuarat khas itu?


  • Ataupun mesyuarat khas itu akan berakhir dengan sidang akhbar menjelaskan bahawa tidak ada apa-apa isu dan masalah dalam Pas ketika ini. Apa yang berlaku hanya strategi media penjilat buntut kerajaan yang sengaja memperbesar-besarkan isu saja.

Tujuh persoalan atau rumusan itu saya percaya sedang dinanti oleh banyak orang. Orang ramai khasnya ahli Pas yang sudah tidak dapat tidur dan tidak selera makan sejak semalam akan menantinya dengan penuh debaran dan suspen.

Dalam pada itu berhubung dengan apa yang berlaku kini saya sudah dengar berbagai andaian dan spekulasi mengenainya. Dapatan atau input ini yang saya perolehi dari berbagai sumber dari ahli biasa Pas sampailah dari pemimpin tertinggi sejak dari kelmarin hingga ke saat ini.

Kesimpulannya ke atas apa yang meletuskan kini ialah;
  • Wujud tanggapana Nik Aziz telah diperalat oleh Husam Musa dan puak Prolib (Profesional - Liberal) yang tidak berpuas hati dengan keputusan muktamar yang lalu. Kononya Husam Musa telah menggunakan Annual Bakri dan Abdul Aziz Bari untuk memberi idea kepada Tok Guru.


  • Masalah yang menganggu Pas kini juga turut sama disebabkan oleh adanya campur tangan Anwar Ibrahim sendiri menerusi Abdul Aziz Bari.


  • Nik Aziz membuat kenyatan demikian kerana beliau mendapati masih ada kerja-kerja dan usaha untuk mengadakan kerjasama dengan Umno.


  • Ada juga yang mengatakan masalah yang berlaku sekarang ini adalah permainan Umno yang bijak menggunakan kebebasan media untuk menganggu Pas dan Pakatan Rakyat.


  • Isu yang berlaku sekarang ini adalah sandiwara Pas sahaja untuk mempermain dan memperkenakan UBN.


  • Ada yang beranggapan isu EGM ini dicipta khas oleh seseorang bagi mengambus isu dalam Pas iaini berkaitan dengan kejadian seorang Exco Pas yang menumbuk tetamu rumah terbuka Pas beberapa hari lalu.


  • Dan ada juga yang membuat rumusan apa yang berlaku sekarang ini disengaja untuk damagekan Nik Aziz sebagai pemimpin dengan harapan Nik Aziz berundur sebagai MB sebelum menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.
Berdasarkan dapatan, simpulan dan ulasan-ulasan itu, marilah sama-samalah kita tunggu apa yang akan berlaku esok. Sesungguhnya hari esok penuh dengan debaran tetapi akhirannya sudah dapat dibaca. Daripada ramalan dan rumusan tadi sudah tentu salah satunya akan menjadi kenyataan. Kita lihat siapa yang kena! [wm.kl. 6:45 pm 27/10/09]

14 comments:

Kosing said...

Ada cerita bagitahu Arwah Tok Guru Haji Lah ( Pondok Lubuk Tapah ) semasa hayatnya pernah memberitahu kepada seorang Tok Guru Pondok Berangan, bernama Haji Yaakob ( iaitu ayah kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang ) supaya mengawasi Nik Aziz. Katanya ‘ mu tengok molek sikit Nik Aziz ni dia kuat berpolitik dan tak sempat mengaji dengan mendalam. Pengikut dia ramai dan kalau dia sesat maka sesatlah semua yang memujanya sebagai tok guru ’.

Apa komen MSO?

Hisyamuddin Che Ali said...

Saya boleh membuat kesimpulan satu sahaja...takkan ada angin kalau tidak pokok bergoyang...rakyat akan muak dengan politik PAS. Saya masih ingt lagi, ada seorang pemimpin kanan PAS, apabila ditanya wartawan di lobi Parlimen, ttg UG ni. Jawapan yg merisaukan ahli PAS..pemimpin kanan pas mnytakan tertarik dgn cdngan tu dan akan bw ke pngtahuan presiden. Ini selepas muktamar. Kalau kputusan mnjadi binding atau mengikat semua orang..kenapa tidak nafikan sekeras-kerasnya..Ini disaksikan oleh orang ramai. Dan mnybbkan tok guru nik aziz meluat dgn mereka2 ini.Sblum bliau mnggl, lebih baik ada satu perubhan berlaku dlm PAS yg telh berpch dua...walaupun dinafikan berjuta kali olh pemimpinnya. Ambil cth mudah..serangan media antara Khalid Samad dan Hassan Ali..bangkai gajah mana nak disorokkn..lama2 org thu jga.

Dan perann para bloggers..media baru sekrang telah berpecah dua. Satu pro Tok guru Nik Aziz, satu pro tok guru Haji Hadi. Termasuk seperti saudara pnulis yg tidak bersifat neutral,dan condong pd sblh pihak shj.. mereka inilah yg sensasikn berita ini, mnybbkan ia mnjadi berita utama akhbar dua-3 hari ini.

Apapun, saya mnjgkakan keputusan ada dlm slh satu yg penulis lontrkan. Dalam pndngan sisi saya, Nik Aziz adalah tokoh negarawan yg hebat, bgitu juga Haji Hadi. Dan mereka perlukn pmbantu yg hebat..bukannya mengejar kepentingan diri..kpentingan dunia. Dan saya nampak, isu ini akan mnjadi snjata makan tuan..akn mnybbkn PAS dilihat berkecamuk dan membosankn. Selesailah secara syura..walupun dua2 ulama', akuilah kesilpan masg2 dalam musyawarah..kpntingan islam diutamakan. dan PAS sbg makhluk, akan terus dipandu dgn jalan yg benar,,berdasarkan AL-Quran dan HAdith yang sahih insyaALLAH

psychedelicmundo said...

Salam Pak Sayuti..harap2 sume nye bleh selesai dgn aman esok.tidak sampi memudahrat kan mane2 pihak..jgn yg dikejar xdpt,yg dikendong bercicciran..lagi satu pak sayuti..nmpaknye Ibrahim Ali menagku die pernah berkorban utk PAS..bile agknye tu..Malaysiakini bru sahaje interview beliau..

ababina 328 said...

Wah bijak MSO ni..........

Awak tahulah sebab awak antara individu yg hadhir di rumah Hasaan Ali tu.

Awak tahu Nasa & Hasan nak tekan Nik Aziz kononnya mereka tak ada pun hubungan dng Umno, walaupun sebenarnya ada.

Selepas tu mintak Nik Aziz buktikan, bila Nik Aziz tak dapat buktikan, maka cadangan diadakan supaya tindakan disiplin dikenakan kepada Nik Aziz atau minta dia minta maaf secara terbuka.

Alah ! ini semua org tahu, dlm kocek punya....

Cuma masaalah yg org ramai tak tahu, ialah, apakah pengaruh Nik Aziz dah tak ada langsung ke.... dlm Jwtn Kuasa tertinggi Pas.

Kalau benar Nik Aziz dah tak de pengaruh dlm jwtn kuasa tertinggi Pas,

nasib lah.........

mso.im said...

Sdr Ababina 328, saya rasa sdr tidak menyelami tulisan saya itu dengan adil dan saksama. Sdr merasakan saya anti Nik Aziz dan menyokong pihak lain. Malanglah sebagai pembaca blog poltiik tetapi tidak dapat menyelami makrifatnya. Mungkin sdr belum berusia atas 30 tahun. Sepekara lagi mengenai kehadiran saya ke rumah Hasan Ali seperti sdr telahkan itu, ia adalah tidak benar. Saya tenguk banyak pengomen membuat komen dan ulasan tanpa bukti berasas. Kita menuntut ketelusan dan kebenaran dan menghindari fitnah, tetapi dalam masa sama kita menyuburkan fitnah. Ingat ulasan (preview) dan tuduhan berbeza. Saya rasa sdr akan mencari bukti-bukti selepas ini sebelum membuat komen atau tuduhan demi menemukan keenaran.

mso.im said...

Kepada sdr Kosing saya tidak berani untuk memberi komen kerana saya tidak dapat mengesahkan keabsahan kata-kata almarhum Haji Lah Luuk Tapah itu. Maaf.

Ibnu Qalil said...

Salam a'laik,

Buat Sdr Hisyamuddin UKM, persoalan UG tidak timbul lg. So, jgn babitkan UG dgn kecelaruan dlm Pas. UG adalah lontaran idea TGHH. Dibawa ke dlm mesyurat Pas Pusat. Siap ada minit lagi. Tp ana tak faham kenapa geng2 prolib ni menafikan bhw UG dibawa ke dlm mesyuarat Pas PUsat. Kalau susah sgt, suruh geng2 Prolib bersumpah atas nama Allah bhw tidak pernah dibawa berbincang ttg UG ke dlm meting Pas Pusat. Kenapa TGHH x bangkang dorang dgn menyatakan hal sebenar dan siap ade minit? Sbb itulah jiwa besar TGHH nk jaga kemaslahatan parti dan xnk org tau yg pimpinan Pas yg Prolib ni kaki tipu.

Ana sokong EGM dan dalam EGN tu buang semua anai2 dapam jemaah PAS. Smg Allah gugurkan perosak2 jemaah.

Ibnu Qalil said...

Ana sokong beberapa point Sdr MSO terutama ttg usaha nk damage kn imej TGNA. Tekanan sebegini diberikan dgn harapan agar TGNA berundur sebelum Tengku Faris ditabalkan sbg Sultan Kelantan. Tentulah ianya kerja mereka yg mahukan jawatan MB. Siapa? MSO mgkn tahu. Takleh tunggu sehingga PRU13 ke? Tak boleh sbb peralihan kuasa perlu dilakukan sebelum Tengku Faris ditabalkan sebagai Sultan. Sekiranya Tegku Faris ditabalkan sebg Sultan, maka hasrat mereka2 utk jadi MB tidak kesampaian kerana Tengku Faris tidak suka kepada beberapa org dlm Exco Kelantan. Wallahua'lam.

Jika benar ini kerja mereka dgn merosakkan imej TGNA, ana doakan kecelakaan mereka di dunia dan akhirat.

Iskandar Zulkarnain said...

Assalamualaikum Pak Sayuti dan rakan-rakan yang lain.

Pertama sekali kenapa Pak Sayuti tukar gambar?dari gambar seorang yang memakai kopiah kepada seorang yang memakai topi?dah tukar imej ke?

Bagi saya Nik Aziz dah membuta sesuatu yang mengemnparkankan bukan sahaja ahli-ahli PAS tetapi PR secara keseluruhannya.

Pemimpin-pemimpin kana PAS juga tidak patut membuat perjumpaan secara sulit dengan UMNO dan jangan sesekali berhajat nak bergabung dengan UMNO sebab UMNO tidak pernah ikhlas.

Saya setuju dengan pandangan NIk Aziz bahawa PAS boleh berbaik dengan UMNO kalau UMNO menukar dasarnya kepada Islam.

Kita sebagai orang Islam mesti bersatu sebagai ISlam.bukan bersatu sebagai Melayu.jadi Melayu belum tentu dapat tiket masuk syurga.

Kepada Pak Sayuti,harap PAk dapat terima sedikit teguran saya ini.Tolong guna dan perbetulkan sedikit sebanyak ayat yang Pak Sayuti guna.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kadang-kadang saya susah nak faham tentang penggunan istilah yang Pak Sayuti guna.Maaf kalau terkasar bahasa.

mso.im said...

Kpd Iskandar.... terima kasih kerana peka dengan keadaan saya. Bukan tukar imej, bertukar-tukar imej sebenarnya. Mengenai bahasa dan ayat, kalau boleh sdr tolong sebutkan beberapa ayat yang sukar difahami atau tersalah tatabahasa itu. Sesuatu yang mungkin penjenguk tak sedar dalam blog ini saya selalu cuba mengestbilshkan perkataan atau pun dialek (istilah) Kelantan. Bak ini saya tak akan berkompromi kerana memang niat saya untuk memperkenalkan beberapa dilek atau istilah Kelantan yang tidak boleh diganti dengan bahasa Melayu. Terima kasih kerana melayari blog ini. Salam.

Bang Aji said...

Salam MSO,

Andaian dan ulasan yang tuan berikan memang diperbincangkan oleh kebanyakkan ahli PAS termasuk orang-orang awam yang bukan ahli.
Sekurang-kurangnya perbincangan dari hati ke hati ini dapat merapatkan jurang perbezaan serta keretakan yang berlaku, insyaallah...
Saranan untuk meredakan keadaan elok benarlah kiranya semua pimpinan PAS menghentikan komen mereka melalui blog peribadi kerana sebagaimana tuan MSO nyatakan kebanyakkan dari mereka menggunakan PA untuk membantu dalam penulisan. Bukan niat untuk menyekat perkembangan media @ maklumat tetapi biarlah cukup setakat pimpinan memberikan maklumat atau pandangan parti melalui blog PAS cawangan @ kawasan @ negeri yang dilantik serta dikenal pasti penulisnya. Rasanya sekurang tidak dapat menggelakkan ketidakpuasan hati diutarakan sebagai pandangan peribadi walhal umum mengetahui mereka pemimpin PAS @ ADUN @ MP yang mewakili PAS...Jadi dengan ini membolehkan persoalan wala' tidak menjadi isu atas kawalan yang berlaku...

Citarasa Pedas said...

Salam. mungkin kata-kata Al-Marhum Ustaz Suhaimi Hj Ahmad (yang digelar Pak Kiyai oleh Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor satu ketika dulu dalam Muktamar Tahunan PAS) boleh dijadikan sandaran seperti yang dinukilkan oleh saudara aris awang dalam blognya. "Areh.... aku kalau tak pasai ahli PAS yang berjuang dengan tulus ikhlas, bersungguh, tidak mengharap lain selain dari kerahmatan dan kerahiman Allah di dunia dan di akhirat ini, dan aku hanya melihat kepada kelaku kelayak pemimpin PAS yang setengah macam hawaq sudah lama aku menyebai dan tinggai PAS.... masuk UMNO macam abang aku.". wassalam

mahathirismail said...

Kosing..

Kalau tak suka tokguru pun jgn la sampai timbulkan persepsi tokguru mungkin sesat..

Yg aku nampak, walaupun sibuk dgn urusan negeri dan parti, tokguru tetap istiqamah dalam menyampaikan ilmu (samada di Dataran Ilmu, KB dan Pulau Melaka)..

Kalau sesat dah lama dah kena sepak terajang keluar.. Kebanyakan pemimpin Pas berilmu tinggi dan tokguru lah yg mengetuai golongan ini..

Jangan mengeluarkan pendapat yg terlampau dangkal.. serta tolong jangan menjual nama tokoh2 ulama ulung bagi menyokong pendapat dangkal anda itu..

anafakir said...

Saya melihat macam-macam pandangan yang dilontarkan sehingga membawa kepada seolah-olah TGNA akan menjadi sesat dan menyesatkan.Dahlah orang yang memesan itu sudah tiada di dunia ni..saya berpesan isu sebegini jangan didedahkan dalam blog kerana akan mewujudkan satu lagi isu yang lebih merumitkan.Memang benar ada antara pekara-perkara yang TGNA ucapkan macam melampaui dan sedikit keliru oleh pandangan umum namun bagi mereka yang 'mengaji' mereka lebih arif dan memahami serta akan bersetuju dengan apa yang dilontarkan TGNA sebelum ini. Soal kuat berpolitik tidak menjadi hal asalkan tidak bertentangan dengan syariat. Kalau bukan Tok Guru yang perlu berpolitik kepada siapa nak diserahkan amanah untuk memimpin ummah sedangkan UMNO telah semakin jauh dari landasan agama...di saat beginilah maka orang-orang seperti TGNA, TGHH, Datok Dr. Harun Din, Datok Ismail Kamus dan lain-lain perlu bersuara...siapalah kita hendak mengatakan orang seperti TGNA itu akan sesat..mengaji tidak mendalam,dan macam-macam lagi.Sejauhmana pulak yang memesan itu betul?...tepuk dada tanya iman la.Jaga pondok dengan jaga negeri dan negara jauh bezanya.Pondok tempat berkumpulnya mereka yang sedar dan insaf betapa mereka itu ingin mencari rehda Ilahi sedangkan negeri dan negara macam-macam manusia berada didalamnya, bercampur aduk, maka rentak tari pemimpin macam TGNA perlu hikmah dan bijaksana...siapa pun kita jangan mudah berprasangka demikian. Sepatutnya pesan tok-tok guru perlu menjurus kepada membentuk dan mentarbiah sebilangan besar pemimpin UMNO yang jelas dan terang bertentangan dengan ajaran agama cara hidup mereka...kita ni tidak berada di tempat TGNA, jadi kita bercakap ikut sedap kita sedangkan kalau kita berada di tempat TGNA apakah kita boleh mentadbir Kelantan dengan begitu aman dan makmur?Jangan kita bercakap dalam skop kita hanya memimpin keluarga pun belum tentu tertunai sepenuhnya.

Saya juga ingin menyentuh sedikit pasal Tn MSO yang memakai topi tu..setahu saya, ada kitab yang melarang umatnya memakai topi sedemikian, jadi saya tak tau la mungkin MSO ada alasan tersendiri untuk bertopi sebegitu.