Friday, March 7, 2014

PKR Kajang, kenapa ISMA membisu?

REAKSI                                                                                              

Beberapa rakan termasuk penganalis politik kelas sarjana bertanyakan saya bagaimana dengan sikap dan pendirian Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang sebelum ini ikut meletakkan calon di Kajang dalam pilihan raya umum lalu, tetapi kali ini mendiamkan diri. Mereka ingin tahu apakah Ngo Islam-Melayu yang dianggap pendokongnya kalangan cendekiawan muda Islam itu, akan ikut sama bertanding atau tidak dalam pilihan raya kecil Kajang 23 Mac ini?

Pertanyaan dan persoalan itu tentulah muncul apabila Isma seakan 'mentenggilingkan' daripada bercakap fasal pilihan raya kecil berkenaan.

Terhadap pertanyaan itu, saya mengambil sikap mendungukan diri saja. Saya hanya tersenyum di dalam hati bila mengenangkan Ngo yang rajin menampilkan diri membicarakan isu-isu bersangkut bangsa dan agama ini.

Ada sebab kenapa saya mendiamkan diri, kerana sedikit sebanyak saya dapat membaca latar sejarah parti yang diambil untuk dijadikan alat berpilihan raya oleh Isma, iaitu Berjasa. Juga dapat membaca kilau didalam kilat Ngo berkenaan dengan memerhatikan penglibatan mereka dalam berbagai aktiviti yang ada kaitan langsung dengan agensi kerajaan (sebut Umno). Tingkah itu membolehkan kita membuat firasat sendiri.

Thursday, March 6, 2014

Ahmad Yaakub sanggup berhenti MB asalkan hudud dilaksanakan

SIDANG DUN KEL                                                                            

Ahmad, tak jadi MB tak pa asal hudud dilaksana.
Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakub sanggup kehilangan jawatan Menteri Besar Kelantan asalkan hudud dilaksanakan di negeri itu.

Beliau membuat penegasan itu dalam sidang DUN Kelantan tengah hari ini semasa menggulung perbahasan titah ucapan di Raja.

Katanya; "saya tak apa kalau tak jadi MB asalkan hudud dilaksanakan," disambut dengan tepukan meja oleh ahli Dewan.

Penegasan dan pengakuan Ahmad itu menggambarkan beliau tulus dan serius untuk melihat hudud dilaksanakan di Kelantan sehingga sanggup mengorbankan kedudukan dan pangkat.

Apa jadi kepada Kajang Move kalau Anwar tak layak tanding?

SPEKULASI                                                                                       

Rayuan pihak pendakwaan raya terhadap pembebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat 'pembacuh kopinya' bermula hari ini sehingga esok. Rayuan berjalan selepas Anwar gagal untuk mengenepikan Shafei Abdullah daripada mengepalai barisan pendakwa.

Perbicaraan berlangsung di hadapan tiga hakim Mahkamah Rayuan; Balliah Yusof, Aziah Ali dan Mohd Zawawi Salleh. Rayuan ini berjalan penuh debaran dan teka teki. Nasib Anwar akan ditentukan dalam perbicaraan ini, bukan saja apakah dia layak menjadi calon pilihan raya kecil Dun Kajang ataupun dia akan dihantar ke penjara.

Untuk menilai perkembangan ini agak sukar, kerana keadilan dalam perbicaraan ini bukan menjadi tanda asas untuk menentukan nasib Anwar. Sekiranya mahkamah tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, kepercayaan kepada mahkamah boleh diletak. Sebaliknya kalau mahkamah dipengaruhi mana-mana pengaruh dan kepentingan, keadilan diharapkan itu sia-sia saja.

Wednesday, March 5, 2014

Khalid akan muncul di TV3 malam ini

MAKLUMAT                                                                                     

[kemaskini] 11: 55 pm Interview Khalid Ibrahim berhubung isu air yang disiarkan TV3 malam ini tidak menimbulkan apa-apa kontroversi. MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim yang dijangka diasak dan dimanipulasikan oleh penemuramah Johan Jaaffar, menjawab dengan tenang dan tulus berhubung isu air.

Menjawab provokasi dari Johan, yang bertanya, apakah MoU itu akan diteruskan sekiranya berlaku peralihan pemimpinan di Selangor, Khalid jelas, perjanjian itu hendaklah diteruskan demi rakyat. Bukan soal siapa yang menjadi MB tetapi kepentingan rakyat perlu diutamakan.

Mengenai jawatan MB selepas pilihan raya kecil Kajang, Khalid mengatakan dia serahkan kepada rakyat. "Sekiranya rakyat mahukan saya, InsyaAllah terus menjadi MB Selangor." Kesimpulannya interview khas itu sedikit sebanyak dapat memberi penjelasan tentang isu air dan menampakkan akan keseriusan dan keikhlasan Khalid dalam berusaha menyelesaikan masalah rakyat. 11:55 Malam.

Khalid Ibrahim akan muncul dalam TV3 malam ini menerusi slot interview. Interview itu dirakamkan kelmarin. Beliau dikatakan akan memberi penjelasan berhubung dengan isu MoU untuk penstrukturan semula air di Selangor yang menjadi isu sejak ia ditanda tangani.

Tidak diketahui apakah slot itu berbayar. Kita tahu TV3 sebelum ini agak skeptikal dengan kerajaan Pakatan Rakyat termasuk di Selangor.

Untuk menerima jemputan TV3 itu adalah hak Khalid sebagai MB dia berkuasa untuk menjelaskan perkara berhubung dengan kepentingan rakyat. Tidak diketahui apakah slot itu berbayar atau percuma? Kita tahu TV3 sebelum ini agak skeptikal dengan kerajaan Pakatan Rakyat termasuk di Selangor.

Tuesday, March 4, 2014

Ketua sayap parti ditangkap khalwat dengan orang Terengganu

LAPORAN LEWAT                                                                            

Semalam saya menerima pesanan rengkas (sms) dari seorang rakan memaklumkan ketua kepada sayap sebuah parti politik telah ditangkap berkhalwat. Menurut rakan itu, dia minta saya menyiasat mengenal pasti siapakah gerangan yang kena tangkap atas alasan saya ada konteks dengan orang politik di negeri bahagian Utara itu.

Saya hanya mendiamkan sahaja, dan beranggapan maklumat itu kisah lama. Sebelum ini seorang ketua kepada sayap parti juga dilaporkan ditangkap kerana berkhalwat dengan pasangannya seorang pemimpin tertinggi parti di negeri di Utara juga. Sebelum itu ketua sayap parti itu dilaporkan pernah makan angin dengan seorang pemimpin parti berkenaan.

Monday, March 3, 2014

Berapa billion nilai MoU di Kelantan semalam?

TANYA MALAM                                                                              

Kerajaan Kelantan semalam menanda-tangani (MoU) dengan kerajaan Selangor untuk membangun tujuh projek pembangunan sosio ekonomi dan pendidikan, antaranya membina pusat halal hub bertaraf antarabangsa, sekolah Tahfiz Sains, rawatan air dan sistem horas.

Khalid dan Ahmad wujudkan kerjasama.
Projek ini akan dibangunkan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan PKINK.

Manakala tiga lagi projek ialah, mengembangkan sistem pajak gadai Islam, Ar Rahn, pembangunan wifi dan jalur lebar di Selangor dan mewujudkan pusat pengumpulan pemasaran bagi produk makanan halal keluaran usahawan Kelantan dan Selangor.

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor.

Kata siapa yang boleh dipegang Faekah atau Rafizi?

ULASAN ISU                                                                              

Tampaknya MoU penyusunan semula air Selangor di antara Kerajaan Selangor dan kerajaan Pusat yang ditanda tangani 26 Februari lalu terus dipertikaikan dan menjadi isu hangat. Pertikaian yang teruk berlaku adalah sesama PKR sendiri. Pertikian ini secara tidak langsung, sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan orang ramai kepada wibawa kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang diungguli PKR.

Mengenai isu ini, ada dua pihak, satu, yang menyokong langkah Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim yang menanda tangani MoU itu dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak cukup matang, dan satu lagi yang mempersoal di sebaik rasional penandatangan MoU itu pada saat Pakatan Rakyat berdepan dengan pilihan raya penting di Kajang. Yang merasakan curiga di atas tindakan Khalid, menganggap Khalid sebagai sebagai hendak melindungi sesuatu.

Kedua-dua pihak ini kebetulan terdiri dari mereka dari fraksi PKR. Apakah sudah ada dua kumpulan dalam sebuah kapal bernama PKR? Tampaknya begitulah. Kalau ini berlaku ibarat kata, tidak akan ke manalah bahtera PKR dan apakah pelayarannya akan selamat? Selalu terjadi apabila kapal mempunyai dua nakhoda, mudahlah kapal itu akan karam.

Sunday, March 2, 2014

Adakah sembahyang khas untuk mengekang kenaikan harga barang?

SOAL MALAM                                                                                  

Dr Mohd Asri Zainal Abdin menyarankan supaya pemimpin kerajaan mengajak rakyat supaya solat Istisqa, iaini meminta hujan turun dan juga agar bumi yang panas dan kering ke belakang ini menjadi sejuk.

Solat agar hujan turun kata Asri, diamalkan di Nabi Muhammad dan ia menjadi sunnah (ikutan) bila berlaku kemarau panjang. 

Solat Istisqa katanya sembahyang khusus ditanah lapang. 

Sekurang-kurang saya berpengalaman mendirikan soal Istisqa di Makkah semasa mengerjakan umrah.

Saturday, March 1, 2014

Abdul Hadi, PRK Kajang bawa mesej besar

ULASAN                                                                                               

Malam tadi buat pertama kali Presiden Pas, Abdul Hadi Awang turun ke gelanggang pilihan raya kecil di Kajang dalam rangka memastikan Pakatan Rakyat menerusi Anwar Ibrahim akan menang dengan majoriti besar bagi melonjakan sokongan rakyat untuk PR ke Putrajaya.

Hadi PRK Kajang penting.
Kehadiran Abdul Hadi itu secara automatik menolak suara-suara sumbang termasuk di kalangan anggota Pas sendiri yang menganggap pilihan raya itu tidak perlu dan membazir. Saya tidak kira kehadiran Abdul Hadi itu hanya sebagai pemanis mulut saja, tetapi ia adalah komitmen serius Pas dalam pilihan raya berkenaan.

Berucap melancarkan jentera pilihan raya pemuda PR, di Taman Mesra Kajang malam tadi, Abdul Hadi berkata pilihan raya kecil Kajang besar makna dan ertinya untuk menyampaikan beberapa mesej kepada kerajaan BN.

Faekah harus jelaskan anasir hendak ganggu MoU?

SEBUKA MATA                                                                                    

Faekah perlu sebutkan siapakah anasir luar itu.
Bekas Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin yang dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporate (MBI) mengakui pengambilalihan ekuiti empat syarikat konsensi air di Selangor tidak diberi tahu kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat disebabkan ketidakpastian perjanjian itu sebelum ianya dimuktamadkan.

Faekah juga mengatakan persefahaman (MoU) itu ditandatangani dalam keadaan mengejut dan tergesa-gesa.

Beliau yang dilantik untuk menjadi perunding penstrukturan semula air itu, mengatakan ia tidak diberi tahu kepada sesiapa kerana ada anasir luar yang akan menganggu penstrukturan air itu yang sangat diperlukan oleh rakyat Selangor.