Monday, March 3, 2014

Berapa billion nilai MoU di Kelantan semalam?

TANYA MALAM                                                                              

Kerajaan Kelantan semalam menanda-tangani (MoU) dengan kerajaan Selangor untuk membangun tujuh projek pembangunan sosio ekonomi dan pendidikan, antaranya membina pusat halal hub bertaraf antarabangsa, sekolah Tahfiz Sains, rawatan air dan sistem horas.

Khalid dan Ahmad wujudkan kerjasama.
Projek ini akan dibangunkan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan PKINK.

Manakala tiga lagi projek ialah, mengembangkan sistem pajak gadai Islam, Ar Rahn, pembangunan wifi dan jalur lebar di Selangor dan mewujudkan pusat pengumpulan pemasaran bagi produk makanan halal keluaran usahawan Kelantan dan Selangor.

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor.



Rakyat negeri Kelantan perlu merasa bangga dengan MoU berkenaan. MoU itu memberi gambaran kerajaan Kelantan tidak kekeringan idea untuk menjana ekonomi dan menafikan tanggapan sebelum ini kononnya kerajaan Kelantan, selepas ketiadaan Husam Musa, Kelantan sudah kehilangan pakar ekonomi. Husam semasa menjadi Exco banyak menteas idea-idea ekonomi.

Disebabkan tidak ada penjelasan terperinci berhubung projek yang ditandatangani semalam baik oleh Khalid atau Ahmad, adalah elok kalau MB Kelantan menjelaskan secara terperinci projek berkenaan, mengenai nilai dan lokasi cadangan projek tersebut, seperti kawasan halal hub bertaraf antarabangsa dan juga sekolah tahfiz sains yang hendak dibangunkan itu.

Difahamkan dalam pembangunan pendidikan ini kerjasama itu akan membina sebuah Mahaad Tahfiz Sais di Kelantan manakala kerajaan Selangor akan mengaplikasikan silibias pendidikan Tahfiz Sains Kelantan di sekolah agama rakyat di negeri berkenaan.

Rakyat tentu mahu mengetahui berapakah nilai projek berkenaan, dan lokasinya dan juga jangka masa siap. Apakah bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan Selangor, apakah berbentuk pinjaman mudah ataupun sebagai rakan kongsi dimana modal membangun segala projek itu dilaksanakan secara bersama atau ada kontra.

Rasanya setakat menyebut nama-nama projek atau kaedah pelaksanaannya, di mana ia akan dipantau atau mendapat report dalam tiga bulan sekali tidak mencukupi. Rakyat tidak mahu lagi mendengar retorik mengenai projek. Sebelum ini lebih 15 MoU ditanda tangani sejak 23 tahun lalu tetapi tidak sampai separuh dilaksanaksan.

Justeru ada baiknya kalau kerajaan mengumumkan butiran terperinci agar rakyat juga turut sama-sama memantaunya.

Tanpa penjelasan terperinci menyebabkan orang boleh membuat tafsiran lain ke atas kerjasama berkenaan. Khalid yang kini diambang melangkah turun dari kerusi MB Selangor, dilihat di dalam keadana terjampit, apakah semua projek yang termaktub dalam MoU itu dapat dilaksanakan.

Apakah beliau sedia menanda-tangani itu kerana ingin mencari nyanwa politiknya dan begitu juga dengan Ahmad Yaakub? Setidak-tidaknya bila menandatangani tujuh projek Ahmad dilihat ada idea untuk membangun Kelantan.

Esok Dewan Undangan negeri (DUN) Kelantan akan bersidang elok Ahmad Yaakub atau Mohd Amar Nik Abdullah membuat penjelasan kepada dewan sekurang-kurangnya. Yang penting berapakah nilai (anggaran) tujuh projek berkenaan dan jangka masa ia akan disiapkah? Dan apakah manfaat langsung kepada rakyat Kelantan terutamanya mengenai pusat pengumpulan produk hasil usahawan Kelantan dan Selangor itu. [wm.kl.8:56 pm 03/03/14]

3 comments:

Miji said...

moga projek yg memberi manfaat utk rakyat,sama2 kita berdoa moga berjaya,yakinlah pada Allah.Mintalah bantuan Allah.Kelemahan sana sini itu biasa kerana kita manusia biasa.Tak semuanya sempurna Jgn dikira sgt kata manusia.

School Of Tots said...

Alhamdulillah, this is the way moving forward. Combining expertise and financial strength from our Selangor counter part to promote progressive development programs for the Rakyat, creating win-win situation. Rakyat Kelantan deserve it. Let's look at it positively. Yang penting ikhlas dalam setiap perancangan dan perlakuan untuk memberi kemudahan kepada rakyat & mencari redha Allah.

Ridzuwan said...

Syukur, guru2 agama telah datang dan mahu belajar bagaimana untuk meningkat taraf umat Islam di dunia dan di akhirat. Membangunkan negeri seperti mana ulungnya kerajaan Bani Abbasiyah terkehadapan dari negeri2 lain. Belajar hidup bersama dengan PKR dan jangan mengecilkan PKR lagi.