Thursday, March 13, 2014

Warga emas bernama Haji Lah Genting disaman?

SELANG BERITA                                                                              

Amo Haji Lah Genting, mengajar...
Seorang warga emas yang mengakui dirinya sebagai Haji Lah Genting, ditahan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) disebabkan memandu kereta yang tamat tempoh cukai jalan.

Kejadian itu tidak dapat dipastikan dimana, cuma melihat kepada latar belakang rakamn video yang disebar dalam Facebook ianya seakan di Kelantan.

Rakaman video itu telah tersibar secara meluas di dalam Facebook sejak malam tadi.



Lelaki yang mengaku Haji Lah Genting ini dipercayai Tuan Guru Abdullah Samah iaini pengasas Pondok Genting Tumpat. Beliau juga merupakan seorang ustaz yang berceramah mempertikaikan fahaman tahaluf syiasi Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dia juga merupakan salah seorang korespondan kepada media PB untuk bercakap mengenai isu-isu agama.

Pondok beliau, Pondok Genting dipilih untuk menerima bantuan sebanyak RM2 juta dimana replika cek disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Dalam rakaman video berkenaan Hj Lah Genting mengaku dia sudah menyedari cukai jalan sudah tamat tetapi tidak mengendahkannya dan berita tahu dalam perjalanan untuk memperbaharui cukai jalan berkenaan.

Hj Lah Genting mohon maaf atas kelalaian itu tetapi tidak diendahkan oleh pegawal JPJ atas alasan demi keadilan saman dikeluarkan tidak kira siapa jika melakukan kesalahan. [wm.kl.1:12 am 13/03/14]

2 comments:

reggie said...

Tuan Bos,
Satu saja yang bagusnya Hj. Lah Geting nih, sekurang2nya dia tak guna duit 2 juta tu untuk beli kereta mers ke bmw ke tak serupa macam puak2 UMNO lain dan mungkin ssesetengah pemimpim Pas juga.

Unknown said...

Replika tak laku