Sunday, March 23, 2014

Pertarungan sebenar di Kajang bermula

LANGSUNG KAJNAG                                                                      

[kemaskini] 
8:00 malam. Kedudukan terkini PKR memperolehi 16,086 manakala BN mendapat 10,407 majoriti 5,679. Hanya kira-kira 1,500 undi.

7:40 malam. PKR terus mendahului BN dengan kelebihan undi sebanyak 5,427 undi. Dengan 88% undi dikira PKR mendapat 15,055 undi manakala BN mendapat 9,628 undi. Apakah PKR mampu meraih 6,000 ke atas undi majoriti?

7:00 malam. Pengiraan undi sudah bermula. Daripada 53 peti undi yang dikira PKR sudah mengatasi BN. PKR mendapat 10,187 undi manakala BN mendapat 6,494. Dr Wan Azizah sudah mengatasi Mei Fun sebanyak 3,693 undi. Masih ada 35 peti undi dalam proses pengiraan.

5:00 petang semua 15 pusat pengundian ditutup. Pengiraan undi di pusat pengundian bermula jam 6:00 petang. Sekitar jam 6:45 gambaran keputusan awal akan sudah diketahui.

4:33 petang. Seperti dijangkakan peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Kajang agak lemah berbanding dengan peratus keluar mengundi semasa pilihan raya umum lalu. Peratus keluar mengundi setakat jam 3:50 petang tadi sekitar 60.85%, dimana peningkatannya sekitar kira-kira 20%. Peratus jam 12:00 tengah hari mencatatkan 40.81% yang keluar mengundi. 

Adalah dijangka peratus keluar mengundi dengan tempoh mengundi hanya tinggal satu jam setengah lagi disekitar 78% saja mungkin tidak mencecah 80%.


Kerendahan peratus ini menyebabkan sasaran atau telahan awal oleh para penganalisa politik yang meletakkan calon PKR Dr Wan Azizah Ismail menang besar hingga mencecah 7,000 bakal meleset.


Faktor menjadi hambatan ialah kerana calon dan pilihan raya kecil itu sendiri tidak memberi apa-apa signifiken apabila calon awalnya, Anwar Ibrahim gagal bertanding. 



Sambil meletakkan kipas atas kepala, Wan Azizah tersenyum.
Kalau dua minggu lepas PR dan BN bertarung dengan kata-kata dan propaganda, hari ini pertarungan sebenar bagi kedua-dua pihak yang bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang sudah bermula tepat jam 8:00 pagi tadi sebaik pusat pengundian dibuka.

Awal-awal lagi penyokong kedua belah pihak memenuhui sekitar 18 pusat pengundian. Masing-masing datang untuk memujuk dan merayu para pengundi sebelum mereka melangkah masuk ke bilik pengundian.

Beberapa anggota polis mengawal keadaan penyokong BN.
Gelagat biasa di pusat pengundian turut dilaporkan terjadi. Penyokong kedua belah pihak yang bukan saja dari Kajang tetapi dari luar dengan teknik dan cara tersendiri melakukan apa saja untuk memastikan calon idaman mereka dipilih.

Keadaan pagi ini dijangka menjadi lebih panas, ditambah dengan suasana yang hangat sekarang ini. Bagaimana pun khabarnya polis telah meletakkan pasukan kesalamatan memadai untuk mengawal keadaan. Belum ada laporan kejadian serius berlaku, melainkan kekecohan dan juga sumpah seranah dari kedua belah pihak. Budaya 'samseng' nampaknya menjadi budaya pilihan raya yang menyeronokkan.
Penyokong muda BN semacam nak terkam saja.

Menyaksikan kepada gambar yang sempat dirakam dan diletakkan dalam facebook, twiter dan sebagainya menunjukkan penyokong BN lebih agresif. Mungkin mereka merasakan pihak berkuasa seperti polis berada di sebelah mereka menjadikan mereka 'angin semacam'.

Ini pula keadaan di sebelah penyokong PKR.
Sementara itu rata-rata penyokong Pakatan Rakyat mengambil pendekatan serdahana dan lunak bagi mengelakkan berlaku ketegangan. Semua pihak harus waspada dan harus berusaha mengelakkan berlaku pertempuran sehingga boleh memungkinkan polis bertidak keras. Satu perkara yang hendak didedahkan disini dua hari lepas ada laporan dari pihak tertentu mengarahkan media-massa agar memberi laporan tentang tindakan kasar pihak PKR.

Untuk bahan haluan mata para pembaca blog Merah Tinta saya telah mencuplikan beberapa foto dari twitter Adun Hulu Klang, Saari Sungip. Saari nampaknya awal-awal lagi sudah berada di Kajang untuk membantu Dr Wan Azizah.

Dari laporan awal menerusi facebook, twitter dan juga portal, menggambarkan tentangan dari kedua belah pihak sengit. Rasa selesa di pihak PKR sebelum ini mungkin berubah apabila saat penentuan telah tiba.

Saari Sungip (tengah) turut membantu Dr Wan Azizah. 
Apakah ramalan sesetengah pihak yang memberi kedudukan selesa kepada Wan Azizah hingga memperolehi majoriti hingga 7,000 menjadi kenyataan?

Sehingga ketika ini saya masih belum mahu memberi kredit tinggi kepada PKR, sehinggalah menjelang jam 12:00 tengah hari apabila peratus keluar mengundi diketahui. SPR akan mengumumkan peratus keluar mengundi dari masa ke sesama. [wm.kl.10:35 am 23/03/14]

No comments: