Monday, March 31, 2014

Lojing yang indah dan hebat dimata?

CATATAN PERJALANAN                                                                

Selasa lepas menghantar anak perempuan ke kampusnya di Seri Iskandar, Perak saya melalui Simpang Pulai menuju Lojing untuk pulang ke kampung halaman di kampung Gual Nibong, Rantau Panjang, Kelantan. Perjalanan bersama tiga beranak tengah hari itu dari Simpang Pulai hingga ke Gua Musang melalui Lojing, melalui bukit bukit, menurun cerum dan lembah, sangat menyeronok dan menyegarkan minda.

Beginilah pemandangan disepanjang jalan di Lojing.
Pemandangan alam semula jadi yang segar di beberapa buah kampung Orang Asli, Post Broke, Kampung Raja dan lain hinggalah ke simpang ke Kuala Betis di Gua Musang mendamaikan. Alam flora dan fuana semulajadi masih kekal menjadikan keamanan yang dinikmati di negara ini bertambah-tambah.

Apa lagi angin dari tanah tinggi Lojing yang ketinggi 2,000 meter dari paras laut berhembus dari lereng-lereng banjaran Titiwangsa menyegar dan melegakan nafas. Kesejutan deruan anginnya cukup membolehkan kita tidak memerlukan penghawa dingin dalam kereta. Jarak dari Simpang Pulai ke Gua Musang sekitar 110 km, keadaan jalan yang lawas dan terelak kesibukan dan jam memakan masa kira-kira 1 jam 15 minit. 

Agak lama saya tidak melalui tanah tinggi Lojing ini. Kali terakhir ialah kira-kira empat tahun lalu, sebelum pilihan raya umum ke-13. Kerja-kerja pembotakan dan menarah bukit bukau di Lojing pernah menjadi isu hangat. Ia dikaitkan dengan kegagalan kerjaaan Kelantan dalam melihara alam sekitar. Disebabkan kebimbang kerana berlaku pencerobohan menyebabkan Lojing diawasi secermatnya di pembentukannya sebagai daerah kecil Lojing dilaksanakan pada tahun 2005.

Lojing sudah jadi bandar sayur.
Satu dokumentari khas mengenai pembotokkan tanah tinggi Lojing disediakan. Ia memberi gambaran kerakusan pihak berkuasa kerajaan Kelantan. Video dan foto stil disebarkan dalam internet. Apa yang ditunjuki oleh gambar-gambar itu suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan. Memang banyak bukit bukau di Lojing digondolkan. Malang sedikit pendedahan itu tidak begitu tepat dan berasas fakta jitu menyebabkan ia dilihat semata-mata kerana ingin memburukkan kepimpinan kerajaan Pas Kelantan yang ketika itu dibawah pimpinan Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Khemah sayur dari bawah hingga ke puncak bukit.
Masih saya ingat, seorang bekas Exco pernah menjawab isu yang dibangkitkan itu. Menurutnya pembotakan memang berlaku di tanah tinggi Lojing untuk tujuan pembangunan. Penarahan bukit bukau untuk tujuan industeri pertanian tidak dapat dielakkan. Tetapi yang penting pembugaran alam semujadi itu masih mematuhui piwaian yang ditentukan termasuk Penilaian Alam Sekitar (EIA).

Ketenangan di sebatang jalan di Lojing.
Sebagai rekod, tanah tinggi Lojing mula diusik pada zaman kerajaan Kelantan dibawah UBN lagi. Dari tahun 1985 seluas 3,978.98 hektar telah dibugar menerui beberapa agensi kerajaan. Antaranya ialah PKINK, Yakin, KADA dan dua buah syarikat Multi Syestem dan Jasa Benar. Manakala sejak tahun 1990 hingga tahun 2008 dizaman Pas memerintah, kerajaan Kelantan memberi lesen kepada 22 buah syarikat pembalakan dan juga pertanian. 
Pembugaran oleh syarikat-syarikat yang diberi lesen masih mengikut peraturan yang ditetapkan. Hanya kalau ada pun pencerobohan ialah oleh peladang sayur yang tamak dan tidak tahu tata rakyat meluaskan kawasan mereka tanpa merujuk kepada pejabat tanah.

Pembangunan masih terpelihara, ini terbukti bila mana tidak banyak syarikat yang dikenakan tindakan kerana melanggar peraturan telah ditetapkan. Dalam kata lain suasana dan pembangunan di Lojing masih terkawal dan mengikut lunas-lunas pembangunan alam yang dikanunkan. Berertinya, kerajaan Kelantan baik dizaman Nik Aziz membawa ke zaman Ahmad Yaakub mengawasi pembangunan di tanah tinggi Lojing itu sesuai dengan pembangunan yang dituntut oleh undang adat dan agama juga.

Manakala ternyata apa dijelaskan bkas exco dulu itu benar. Hari ini bukit bukau yang berbanjaran di pinggir jalan Lojing ke Gua Musang yang dulu gongol kini sudah tidak botak lagi. Ibarat kepala yang rambutnya dicukur kini ia sudah tumbuh kembali. Menghijau. Kawasan yang dulu 'lebut' dan terang kini dipenuhi dengan ribuah kehemaah atau cnopy sayur-sayuran. Bagaimana kelihatan bukit-bukit yang kelihatan botak kini adalah bukit yang baru ditarah.

Sungguh merujakan saya tatkala melewati sepanjnag jalan di Lojing. Ia mengenangkan saya kepada apa yang disaksikan di Arafah pada musim haji, dimana Arafah dipenuhi dengan khemah jemaah. Suasana memutih, dikiri kanan dan jalan hingga ke puncak bukit, menjulung rasa bangga di dalam hati. Loijing kini benar-benar sudah menjadi kawasan perindusterian sayur mayur menyamai Cameron Hinghland. 

Di samping hati merasa bangga dengan pemandangan itu, kerana ia menggambarkan kehebatan Kelantan dalam industeri pertanian, di dalam hati tertanya-tanya siapakah yang memiliki semua perkebunan itu? Apakah ianya kepunyaan rakyat Kelantan atau pun rakyat asing? Kalau ia kepunyaan rakyat Kelantan berapakah nisbahnya berbanding dengan syarikat-syarikat asing? Dan apakah agensi kerajaan yang menjadi penjana kewangan untuk negeri seperti Kompleks Pertanian Kelantan (KPK), PKINK atau Yakin dan lain-lain turut memilik aset di tanah tinggi itu?

Pertanyaan ini menuntut satu penjelasan yang tidak perlu dijawab. Sekiranya agensi kerajaan ataupun syarikat-syarikat GLC Kelantan turut memilik aset dengan apa yang ada di tanah tinggi Lojing itu, amatlah berbesar hati kita semua selaku rakyat Kelantan. Tetapi kalau ia adalah milik orang asing dan kerajaan hanya mengutik hasil tidak seberapa, jadilah pembangunan dan kemakmuran dilihat di tanah tinggi Lojing itu tidak membawa banyak erti.

Kita hanya akan dapat melihat keindahan dan kehebatannya, tatakala melalui lenggang lenguk sepanjang jalan ke Lojing, tetapi tidak dapat merasai hasil kemakmuran. Maka apa yang ada di Lojing itu tak lebih dan tidak kurang sebuah pemandangan panorama indah sebuah lukisan minyak dalam kanvas, ia boleh dilihat tetapi tidak boleh disentuh dan rasa. [wm.kl.5:43 pm 31/03/14] 

1 comment:

puterjihad05 said...

Anak kelantan mesti mengambil peluang yang ada untuk menbuktikan mereka golongan yg serba boleh. Begitu juga pihak berkuasa, kumpul belia yang berminat dalam sektor pertanian untuk sama-sama bangunkan lojing.