Sebaik saja Musa Hitam menjelaskan yang Mahathir Mohamad berada di dalam negara sewaktu kejadian berdarah Memali, saya sudah bayangkan yang Mahathir akan menafikan dakwaan Musa itu. Pendedahan Musa itu menuntut Mahathir bersuara. Kalau takdir masa ini Mahathir berada dalam ICU, dan Tuhan telah menarik suaranya daripada berkata-kata, Mahathir kena jawab dengan cara menulis. Kalau tangannya mengalami gengren, dia harus menulis dengan kaki.
Saya sempat minta penjelasan lanjut dari Musa. |
Musa semasa berdiskusi di Kota Bharu, menegaskan yang Mahathir Mohamad ada dalam negara pada hari kejadian itu. Malahan menurut Musa, Mahathir berada hingga ke hari ke empat? Pendedahan itu mengejutkan kerana dunia mengetahui yang Mahathir dilaporkan tidak ada dalam negeri ketika kejadian itu, ini menyebabkan tragedi itu terpikul di atas bahu Musa seratus peratus yang menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri. Mahathir dikatakan berada di China.
Pendedahan oleh Musa itu mengejutkan bukan sahaja mereka yang ada dalam dewan diskusi, tetapi di mana-mana juga yang sebelum ini telah hafal mengenai kes berdarah Memali. Moderator diskusi Muhammad Agus Yusuf juga terkejut dengan jawaban itu kerana dalam rekod ditemuinnya Mahathir tidak ada di dalam negara. Mungkin bagi Agus pendedahan Musa itu sesuatu sandiwara untuk Musa 'menyamak' dirinya dengan kejadian Memali.
Saya tidak musykil kalau rekod yang Agus simpan mengatakan Mahathir tiada dalam negara. Sebab rekod-rekod itu boleh dibuat atau boleh di backdated untuk melindungi Mahathir. Musa sebagai timbalan Mahathir sudah tentu mempunyai kehormatan tinggi kepada Mahathir dan sanggup menanggung risiko atas kejadian itu, asalnya bos selamat. Kerajaan yang dikenali dengan 2M ketika itu perlu dipertahankan.
Dan ternyata Mahathir telah menyembunyikan suaranya berhubung dakwaan Musa itu. Penuh simplistik Mahathir mengatakan dia kena semak kejadian itu kerana dia tidak ingat. Jawaban Mahathir itu mendedahkan sikap dan stail dia berpolitik. Mahathir tidak menampakkan serius dalam hal-hal penting dan mustahak, sebaliknya dilayan secara sambil lewa sahaja. Cara Mahathir itu adalah tetktik dia meremehkan benda yang penting kemudian akan dialpakan begitu saja. Tindakan Mahathir samalah dengan kerja kunci kambus tahi.
Masakan kejadian yang cukup penting begitu dia tidak mengingati kronologinya? Budak yang berusia 10 tahun pada kejadian itu dan kini sudah 30 tahun pun ingat satu persatu. Mereka kenal dan hafal nama Ibrahim Libya yang terbunuh bersama pengikutnya. Geoogle sahaja mengenai Memali akan keluarkan info detik-sdetik kejadian itu serta beberapa gambar mangsa yang menjadi sasaran peluru polis? Apakah Mahathir jahil IT? Mungkin sebab itulah beliau mengsyorkan agar internet ditutup untuk mengambuskan kejahatannya?
Saya tidak percaya kalau Mahathir tidak ingat di mana dia ketika Ibrahim Libya dan pengikutnya diserang hingga mati. Mahathir tentu tahu apakah dia berada dalam jamban di rumahnya di Seri Perdana, atau pun berada di masjidi Haram di Makkah? Kecualilah Mahtahir sudah gila dan hilang ingatan sebaik Musa mendedahkan fakta baru mengenai Memali itu pada diskusi bertajuk Politik Malauysia, dulu dan sekarang itu.
Apabila Mahathir menjawab secara simplistik begitu, mungkin dia tidak mahu bercakap panjang mengenai Memali. Dia mahu membungkus kejadian itu dalam lipatan mindanya dan biarlah sejarah bercerita tentangnya tanpa ada campur tangannya. Biar ia berkubur seperti kes, kematian Jalil Ibrahim dalam isu BMF atau isu-isu lain? Namun minda manusia yang waras tetap bergerak dan menunggu semakan rekod Mahathir itu.
Boleh jadi dihujung usia bagi Mahathir mengenang segala tragedi sebegitu ia terlalu perit. Era politinya banyak menghirup darah demi kekuasaannya.
Saya yakin isu Memali tidak akan dibuka setelah ia ditutup dengan kertas putih di Parlimen. Kertas Putih itu dipaksa agar ia diterima untuk menutupi sebuah peristiwa kejam. Tetapi Mahathir kena ingat pembohongan akan terbongkar juga satu masa kelak. Kalau bukan pada hayatnya dikandung badan, mungkin sesuah jasadnya dibahan tanah. Pendedahan Musa itu adalah permulaan untuk menuju kebenaran. Sesungguhnya kebatilan tidak akan berjaya membunuh kebenaran.
Apabila mengingatkan perbuatan Mahatahir kepada Anwar Ibrahim, orang tidak akan mudah menolak pendedahan Musa itu. Apa yang berlaku kepada Anwar, adalah ibu segala kekejamana dan kejahatan politik Mahathir dari dalam Umno sendiri. Apalah kalau hendak diukur dengan Memali, apa lagi Memali beliau boleh dilindungi dengan Musa sebagai penanggungjawabnya dan Ibrahim Linya adalah prokasi lawannya.
Semasa minum bersama Musa selepas diskusi malam itu, saya ada bertanya lebih lanjut tentang Memali dan Mahathir. Beliau tidak memberi ulasan panjang mengenai maklumat terbaru itu, tetapi mengatakan semua orang harus berhati-hati dengan Mahathir. "Dia bijak," itulah ulasanya tentang Mahathir. Tetapi jauh di lubuk hati saya juga menyebut, apa kurangnya dengan Musa. Diawal diskusi Husam Musa menyebut atau memberi kredit kepada Musa, sebagai Sang Kancil.
Sang Kancil adalah haiwan yang pintar dan bijak, ia boleh melakukan apa saja untuk menyalamatkan dirinya termasuk berpura-pura mati. Apakah Musa sedia membuat pendedahan itu kerana dia tahu malam itu dia dalam lingkungan kawat duri orang-orang yang berdendam dengan kejadian Memali? Siapa yang bohong dan benar dalam kes Memali ini? Atau Musa dan Mahathir memang bersekongkol sama demi kelanjutan politik. Yang nyatanya selepas peristiwa Memali, karak politik Musa menjadi lilin kemudian mati secara beragam. [wm.kl.11:40 am 30/03/14]
No comments:
Post a Comment