Kempen pilihan raya kecil N 25 DUN Kajang sudah berlalu hampir separuh. Ia bermula sebaik selesai proses penamaan calon pada 11 Mach dan akan berakhir menjelang tengah malam hari mengundi 23 Mac. Kegiatan kempen kedua-dua pihak, PR dan BN berjalan seperti biasa walaupun pilihan raya berkenaan seakan terganggu dek kehilangan pesawat MH 370 yang membawa 239 penumpang sampai ke saat ini masih belum terjawab.
Husam berkempen di mini stadium Kajang. |
Selain faktor kehilangan pesawat MH 370 itu, pilihan raya itu juga menjadi dingin apabila calon awal yang digembar gemburkan akan diturunkan oleh PR (PKR) menerusi projek apa dinamakan Kajang Move tidak menjadi kenyataan. Kekosongan kerusi berkenaan adalah untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding bagi dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.
Bagaimana pun malang, Anwar tidak boleh bertanding kerana terhalang oleh undang-undang apabila Mahkamah Rayuan menjatuhi hukum penjara lima tahun ke atasnya bersabit tuduhan meliwat pembacuh kopinya. Penghalangan terhadap Anwar itu sebagai konspirasi untuk mengagalkan projek Kajang Move?
Tamrin berkempen di Kajang Central, kelihatan Dr Zayadi. |
Orang ramai di mini stadium mengikuti kempen PKR. |
Sebahagian ribuan di mini stadium Kajang. |
Sebelum ini Umno cuba menginding dan mahukan kerusi berkenaan atas alasan peratus pengundi di Kajang lebih kepada Melayu, Melayu 48.48% manakala China 40.46%. Lagi pun calon MCA dalam pilihan raya lalu tewas dengan jumlah undi yang besar mencecah 7,000.
Apabila MCA berkeras mahukan kerusi itu ditandingi oleh calon mereka, menyebabkan sesetengah orang Umno menjadi lemah atau pun tidak berminat untuk ikut sama berkempen. Mereka merasakan menjadi alat kepada MCA. Sikap sesetengah pemimpin Umno dan NGO yang menyerang orang Cina menyebabkan wujud perasaan membenci MCA dari kalangan orang Umno.
Begitu juga ejekan dan pertikaian dibuat oleh Utusan Malaysia, akhbar lidah Umno yang menyalahkan orang Cina atas kegagalan BN mendapat majoriti di parlimen dalam pilihan ke-13 lalu, menyebabkan orang Umno ikut sama membenci MCA. Angin perkauman yang ditiupkan oleh media PB itu ikut mempengaruhi orang Umno di Kajang.
Walaupun sesetengah pemimpin Umno menunjukkan komitmen mereka di Kajang, seperti Ahmad Maslan sebagai tanda permaufakatan dalam BN, itu hanya formaliti sahaja. Ketidak seriusan pemimpin Umno ini juga tergabar daripada kenyataan Naib Presiden Umno Zahid Hamidi yang tidak mahu Kajang dijadikan longgokan projek semasa pilihan raya ini.
Selain itu kedinginan dari kalagan orang Cina untuk sokong MCA juga disebabkan MCA sendiri juga menyedari yang mereka sukar untuk menang. MCA juga sedang dilambung masalah ekoran perebutan kepimpinan di dalam parti berkenaan. Masalah kem-kem bekas presiden dengan kem presiden hari ini belum dapat dilendikkan lagi. Senario ini menyebabkan orang Cina sendiri tidak 'gemas' dengan MCA.
Calon juga memberi faktor sampingan. Che Meh Fun tidak selayaknya untuk berdepan dengan Dr Wan Azizah. Bukan saja kalau diukur dari budi dan jasa kepada masyarakat dalam kerjaya politik masing-masing, tetapi dari segi kesempurnaan seorang wanita juga Wan Azizah jauh lebih unggul dan sempurna berbanding dengan Meh Fun. Wan Azizah terbukti berjaya menjadi seorang isteri yang baik dan ibu yang berjaya mendidik anak-anaknya. Berbeza dengan Meh Fun, beliau bukan saja tidak ada anak, suami pun belum ada.
Sebagai pemimpin, latar belakang ini sangat penting. Hari ini orang memilih pemimpin bukan saja kerana kamu didokong oleh parti dan pemimpin, tetapi orang memilih sejauh mana kemampuan dan kebolehan kamu sebagai pemimpin.
Kurang meriah
Secara umumnya pilihan raya kecil Kajang dingin, tidak hangat dan kurang meriah. Hakikat ini diperhatikan kepada pemasangan poster dan bahan-bahan kempen lain. Dalam tinjauan rengkas saya dua hari lepas ke lokasi terpilih, kerancakan atau perang poster tidak begitu hebat. Tidak banyak bendera dan bahan kempen dinaikkan. Kalau pun ada ialah banting wajah calon. Bendera yang dipasang tinggi di atas pokok dan bangunan yang menggambarkan kesungguhan dan semangat tinggi berpilihan raya, tidak berlaku di Kajang.
Sungguh pun begitu aktivti kempen berjalan seperti biasa dan pekerja parti tidak mengambil siap sambil lewat. Terutamanya di pihak PKR, calonnya berkempen siang dan malam. Berbagai program diaturkan. Demikian juga dengan ceramah umum. Stadium Mni Kajang menjadi medan perang utama kepada PKR. Sepanjang hari dan malam program ceramah diadakan meliputi semua kawasan peti undi.
Sambutan terhadap ceramah PKR menggalakan berbanding dengan ceramah BN. Ada antara 200 hingga 1500 yang hadir di ceramah Pakatan Rakyat. BN langsung tidak berani ngadakan ceramah terbuka sebaliknya menujumpukan cramah berkelompok dan kunjungan rumah ke rumah kerana majlisnya tidak mendapat sambutan.
Seorang ahli MT Umno yang turut berkempen di Kajang mengakui pihaknya sukar untuk merampas kerusi Kajang. "Kita tidak berfikir untuk rampas kerusi N 25 Kajang, untuk menurunkan undi yang diperolehi calon PKR sebelum ini pun sukar," katanya. "Bagi kami kalau wang deposit Mei Fun selamat sudah kira ok." tambahnya.
Apabila ditinjau mengenai sikap pengundi, rata-rata berpendapat sikap atau sokongan orang Cina kepada Pakatan Rakyat masih tidak berubah. Dalam pilihan raya lalu kira-kira 60% hingga 75% sokongan masyarakat Cina kepada PKR. Manakala kira-kira 30% hingga 35% sokongan pengundi Melayu. Bagaimana pun hari ini sokongan China dikatakan meningkat sampai 80% demikian juga ada peningkatan undi Melayu. Katanya sokongan Melayu meningkat antara 10% hingga 15 % menjadi hampir 50%.
Faktor yang menolak Melayu menyokong calon Pakatan Rakyat, ialah kerana faktor calon dan kedua kerana kedegilan MCA yang enggan berkompromi mengenai calon. Ada bisik-bisik di bawah orang Umno akan memberi signal kepada MCA bahawa Kajang untuk masa akan datang perlu diberikan kepada orang Melayu. Untuk tujuan itu mereka membuat kesimpulan pilihan raya Kajang perlu dikalahkan dengan teruk.
Sentimen Melayu di Kajang juga tersentuh apabila beberapa bekas tokoh Umno turut mengambil bahagian berkempen di Kajang. Antara mereka ialah bekas MB Selangor Muhammad Mohd Taib, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Sharif Omar, bekas Exco Pemuda Umno Tamrin Ghafar dan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan Dr Zayadi Awang Nuh. Mereka hampir setiap malam turun ke Kajang dan berceramah untuk membantu Dr Wan Azizah.
Mereka ini dapat mengajak orang-orang Umno yang mana mereka dahulu adalah rakan sewadah dengan mereka. Turut membantu Dr Wan Azizah ialah rakan daripada Pas dan DAP. Beberapa pemimpin Pas turut berkubu di Kajang. Walaupun timbul rasa skeptikal di kalangan segelitri anak-anak muda Pas mengenai tujuan pilihan raya itu, tetapi kehadiran Naib Presiden Pas, Husam Musa, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dan timbalannya, Dr Rani Osman dan Abdul Khalid Samad berjaya memberi penjelasan kepada orang Pas khasnya, kenapa pilihan raya itu penting menang.
Sedikit memusykilkan saya apabila mengenangkan penglibatan pemimpin Pas dalam pilihan raya Kajang ini tampak tidak begitu serius. Sepanjang saya menijau kempen pilihan raya atau hadir majlis pra-kempen sebelum penamaan calon tidak ada pemimpin Dewan Pemuda Pas yang mengambil bahagian? Ini berbeza dengan DAP di mana hampir seluruh pemimpin mereka turun, kecuali Karpal Singh. Boleh jadi juga saya tidak terjumpa dengan mereka. Tidak terjumpa bermakna mereka tidak hadir?
Saya tidak berani untuk meramalkan berapa majoriti yang akan dipunggut oleh Dr Wan Azizah. Tetapi saya suka turunkan butir-butir yang menjadi sebutan popular. PKR telah meletakkan sasaran untuk meraih 10,000 majoriti. Sasaran ini lebih munasabah daripada untuk menghilangkan wang deposit Chew Mei Fun. Di kalangan orang Cina (kaki judi), membuat pertaruhan Azizah akan menang 10,000 undi. Saya tegaskan ramalan kaki judi tidak boleh dipakai sama sekali. Haram.
Saya tidak memandang begitu jauh. Pertama di Kajang, Dr Wan Azizah perlu menang untuk menjaga maruah PKR dan Pakatan Rakyat keseluruhannya. Sekiranya beliau berhajat untuk jadi MB Selangor, wajar kemenangan itu dengan undi yang besar. Undi besar menjadi indokator beliau diingini mengambil alih kepimpinan di Selangor.
Hanya di sini dengan melihat perkembangan setakat ini saya berani menyatakan Dr Azizah akan menang sekitar 3,500 hingga 5,000 undi sahaja. Besar kecil majoriti yang bakal diraihnya nanti bergantung kepada berapa banyak jumlah yang keluar mengundi.
Kehilangan MH 370 dan sehingga ia tidak ditemui sehingga 23 Mac, maka undi Azizah akan bertambah dan tidak mustahil kemucaknya sebanyak 8,500 undi. [wm.kl.12:41 pm 17/03/14]
1 comment:
Tuan,
Kehilangan pesawat MH 370 adalah satu tragedi negara. Suatu kejadian yang sedih.
Disebalik kesedihan ini ia membawa rahmat kepada PRK Kajang. Rahmat kerana ini pertama kali kempen yang dijalankan oleh UMNO-BN beretika sikit. Kalau tidak serangan melalui media dan lain-lain cara menghentam Datin Wan Azizah sudah t3ntu begitu ganas dan tidak berhati perut. Mau tidak sebab mereka baru sahaja berjaya mengagalkan Anwar di Kajang dan hangin setan masih lagi ada dalam badan.
Post a Comment