Ahmad Yaakub berucap pada himpunan Reformasi 2:0 |
lu dan sekarang", dilihat satu perencanaan jitu untuk memberi kefahaman politik kepada generasi terkini sebagai satu perbandingan.
Dua perkara yang memerasankan saya dengan dua event berkenaan. Pertama, kurangnya sambutan, kedua mauduk majlis itu tidak kesampaian. Bukan saja masa terhad, (dua jam setengah), tetapi persoalan yang dibangkitkan oleh pengerusi Dr Muhammad Agus Yusuf, tidak fokus kepada tajuk tetapi mencecer ke soal-soal bersifat personal mengenai kedua ahli panel.
Sebahagian yang hadir pada majlis diskusi. |
Hiburan, tidak akan membawa ke arah kekuatan dan kematangan poilitik, melainkan ia santapan jiwa saja. Yang agak dikesalkan juga diskusi itu tidak disertai ramai pimpinan politik maupun kerajaan Kelantan. Ini menyedihkan. Dalam tilikan saya dalam pergerakan ruang pandang terhad, tidak ada seorang pun wakil rakyat, kecuali Ahmad Bahaqi Atiqullah yang hadir. Itu pun kebetulan dia tolong petik galaxy saya yang duduk dengan Musa Hitam, kalau tidak saya juga terperasan kehadirannya.
Hairan, ke mana para pimpinan dan wakil rakyat atau pun anak-anak muda bakal menerajui kepimpinan politik Kelantan masa depan? Apakah mereka tidak hadir disebabkan salah seorang panelisnya Husam Musa? Tidak mesra dengan majlis dihadiri Husam bukan satu tindakan baik. Orang politik atau Pas Kelantan harus matang dan bersifat rasional, serta tidak menampakkan 'bulu ketiak' masing-masing sehinggakan menjadi rupa diri Pas itu huduh.
Kalau ada yang tidak suka dengan Husam kerana sebab-sebab yang sedia maklum, tetapi tidak seharusnya majlis itu dikosongkan. Ilmu politik yang bakal dicurahkan Husam dan Musa Hitam perlu dikunyah, untuk dijadikan bekal dalam berpolitik.
Perkara lain yang mungkin juga layak disebut di sini, tidak ada wakil negeri ataupun pimpinan tertinggi Pas Kelantan yang menemani Musa untuk minum ringan selepas majlis. Tidak sepatutnya kalau tetamu negeri seperti Musa tidak diiringi oleh pimpinan tertinggi kerajaan dan Pas Kelantan. Busuk atau tidak Musa adalah tetamu negeri Kelantan yang wajar diraikan. Masalah protokol nampaknya tidak diutamakan oleh kerajaan Membangun Bersama Islam?
Kedinginan menyertai majlis itu bukan saja di kalangan orang Pas, tetapi pimpinan PKR juga tidak hadir. Dengan keahlian di Kelantan mencecah 30,000 rasanya tidak sampai 100 orang ahli PKR, khasnya pemimpin yang hadir. Apakah mereka melihat event itu terpisah dengan semangat Pakatan Rakyat? Kalau kita rancak menuntut itu dan ini, tetapi majlis dalam rangka memperkuatkan Pakatan Rakyat, sepatutnya hadirlah sama.
Bagaimana pun syabas kepada penganjur kerana berani memanggil Musa Hitam. Apabila meletakkan Husam sebaris dengan Musa . Tidak sia-sia kehadiran Musa sedikit sebanyak menyuntik ilmu dan membuka minda mereka yang hadir. Manakala penganjur meletakkan Husam sebaris dengan Musa menjelaskan kebisaan Husam di dalam hal ini. Sepatutnya penganjur memilih sesiapa di kalangan pimpinan Pas Kelantan yang lain untuk berdiskusi. Apakah mereka tidak setanding untuk diregukan dengan Musa? Apakah kalau takdirnya Mohd Amar Nik Abdullah yang menjadi penalis jumlah kehadirannya berubah?
Satu lagi event ialah, himpunan Reformasi 2:0 di Padang Perdana. Majlis itu kembar dengan solat hajat berhubung tindakan kerajaan Mesir membunuh penyokong Dr Mohamad Morsi. Himpunan Reformasi 2:0 berlainan wajahnya. Kehangatan sambutannya menunjukkan sokongan kepada kerajaan Kelantan masih mantap.
Kira-kira 15,000 hadir pada majlis berkenaan. Sambutan hangat himpunan Reformasi menunjukkan kekuatan sokongan untuk kerajaan Kelantan masih utuh. Bagaimana pun ketentuan mutlak tidak dapat dipastikan kerana majlis itu adalah gabungan Pas dengan Pakatan Rakyat. Penampilan Anwar bersama Ahmad Yaakub dalam menyemarakkan Reformasi 2:0 sudah tentu menjadi daya tarikan himpunan di Padang Perdana itu. Sama ada sokongan Pas Kelantan masih bersemarak atau tidak selepas Nik Aziz Nik Mat melepaskan pimpinan Pas Kelantan dapat diketahui apabila Pas mengadakan programnya tersendiri.
Adalah elok juga kalau Pas Kelantan mengadakan program perdananya tersendiri untuk mengukur sejauh mana kerajaan Kelantan masih disokong seperti di era Nik Aziz Nik Mat. Hari ini khasnya menerusi himpunan solat hajat dan reformasi itu bukan boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan dokongan dan sambutan umum terhadap kerajaan Kelantan apakah lemah atau kuat kerana faktor Anwar Ibrahim. Selalunya kehadiran Anwar di Kelantan sambutannya tidak pernah mengecewakan.
Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Zulkifli Mamat semasa makan dengan saya bersama Sobree Safeei di hotel perdana membayangkan himpunan reformasi di Padang Perdana itu hangat kerana ianya bersekali dengan solat hajat. Apa yang dapat dikutip dari kata-kata Zulkifli itu bahawa Pas Kelantan tidak boleh tidak harus bersendirian untuk menganjurkan sesuatu program umum melainkan kena bergabung dengan PKR.
Dalam konteks ini sudah pasti Anwar masih menjadi denak yang baik untuk memanggil orang Kelantan khasnya anak-anak muda keluar untuk memenuhi padang ceramah umum mereka. Mungkin tanpa Anwar bersama dalam himpunan solat hajat, kemuncak majlis malam itu tidak mencecah 15,000 hadirat. Himpunan di Padang Perdana itu adalah majlis pertama yang mendapat sambutan hangat di era Ahmad Yaakub menjadi MB Kelantan.
Kesimpulan daripada apa dapat disaksikan pada program itu, bahawa kepaduan dan sokongan orang ramai kepada kerajaan Pas masih belum tergugat. Sedikit sebanyak perselehengan yang berlaku sebelum ini tidak sampai menggugatkan kedudukan kerajaan Pas Kelantan. Bagaimana pun usaha pengukuhan dengan meredakan beberapa persepsi buruk di antara satu sama lain khasnya dikalangan para pemimpin hendaklah diatasi segera dari masa ke semasa. [wm.kl.5:25 pm 30/03/14]
No comments:
Post a Comment