Monday, March 17, 2014

Konsert FMFA adalah petaka buat Malaysia

ULASAN ISU                                                                                      

Pelbagai bangsa yang sertai festival berkenaan.
Kalau tidak kerana kehilangan pesawat MH 370 yang membawa 239 orang penumpang bersama 12 anak kapal dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing, sudah tentu kematian enam orang remaja kerana mengambil dadah pada konsert Festival Future Music Asia 2014 (FMFA) di stadium Nasional Bukit Jalil, 13 Mac lalu akan menjadi berita gempar buat negara kita. Malapetaka itu merupakan sejarah busuk dan hitam buat negara ini.

Kejadian seperti itu sedikit sebanyak mencalarkan kesucian negara ini yang dianggap Islam dan mengambil pendekatan 'wasatiyyah' dalam soal pentadbiran, pengamalan agama dan juga melayan kepentingan-kepentingan agama lain.

Nasib baiklah tanda tanya dan sejuta persoalan membelenggu kepala rakyat negara dan dunia juga, berhubung kehilangan pesawat itu, menjadi berita kematian remaja secara pecuma itu berlalu begitu sahaja. Ia tidak dilihat penting dan membawa apa-apa kesan kepada negara kita. Bahkan saya percaya mereka yang ternanti-nanti bagaikan nak gila terhadap pesawat berkenaan, sedikitpun tidak peduli dan terasa dengan kejadian itu.

Beginilah sikap dan sifat masyarakat kita, mudah lupa pada sesuatu keadaan bila keadaan lain lebih mendominasi. Misalnya kita lupa bersyukur sewaktu musim hujan tiba yang memberikan banyak hujan sebaliknya akan menjadi marah dan berang bila kemarau dan keputusan air. Walhal kita patut bingkas dan menerima apa juga keadaan, ia sama penting dan sama nilai.

Kejadian di Bukit Jalil itu tidak perlu dibiarkan begitu saja. Bukan tidak pernah berlaku kematian diacara sedemikian, ada, tetapi sebab musababnya berbeza dengan apa yang berlaku di stadium Nasional Bukit Jalil itu. Kematian sebelum ini kerana sesak nafas akibat berlaku kesesakan melampau.

Tetapi apa yang berlaku di stadium Nasional Bukit Jalil itu ia disebabkan dadah. Dadah sudah bebas dibawa ke tempat-tempat terbuka dan sehingga menjadikan manusia maut kerananya. Tidak dinafikan penggunaan dadah sudah meluas dalam acara-acara pesta syaitan sebegitu. Dalam perlumbaan haram, konsert dan sebagainya, ia didorong dan 'digilababikan' oleh dadah. Dalam kelab-kelab malam, disko, sukan dan sebagainya.

Keberanian remaja membuat pertujukan ekrobotik dengan motosikal di jalan-jalan raya ianya didalang oleh dadah. Perkara ini sudah lama berlaku dan meragut banyak nyawa namun ia dibiarkan tanpa ada pengawalan khas terhadapnya.

Apabila ia sudah dibawa secara berani dan menyebabkan kematian, penggunaan dadah di kalangan anak muda atau pun pengamal hiburan begitu sudah sampai ke tahap kritikal. Jangan apabila pintu Neraka terbuka ia akan turut sama menarik masuk kita yang kurang berodsa. Justeru sudah sampai masanya kalau kawalan ketat terhadap mana-mana konsert atau segala aktiviti 'tanpa Tuhan' di kalangan remaja.

Gerakan sepadu di antara semua agensi keselamatan, Polis, Majlis-majlis Agama, Kastam, Imigresen dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sebagainya hendaklah digembelingkan. Polis terutamanya unit Anti Dadah mungkin boleh diperbesarkan untuk membenteras dadah. Ura-ura untuk menubuhkan pasukan polis Syariah, boleh dibatalkan dan diganti dengan unit pembesaran anti dadah.

Kita berbangga dengan kejayaan Polis dalam Operasi Cantas yang digerakan untuk membenteras geng haram dan samseng. Tetapi dalam soal dadah polis masih gagal secata total. Kemasukan dadah ke negara ini tanpa henti-hentinya seolah-olah negara kita tidak berpintu dan bertingkat manakala Polis pula seakan berdiri bagaikan patung sahaja.

Khasnya untuk membenteras kejadian seperti berlaku di stadium Nasional Bukit Jalil itu, polis perlu mengetatkan kawalan. Polis jangan sahaja percaya kepada jaminan keselmatan oleh pihak penganjur semata-mata. Sebaikanya konsert sebegitu diharamkan di negara ini. Apabila ia melibatkan penyertaan peringkat dunia maka berbagai-bagai unsurlah yang disonglap masuk ke negara ini dan mempengaruhi remaja kita.

Barang kali cadangan untuk menjadikan negara ini sebagai hub hiburan kerana ingin menarik pelancung perlu dikaji kembali. Kematian enam remaja itu boleh dijadikan titik mula untuk membendung kebebasan berhiburan di negara ini.

Kematian enam remaja dan penangkapan 29 individu berhubung kejadian itu tidak boleh berhenti setakat itu saja. Pastikan ada orang bertanggungjawab dan bawa mereka ke muka pengadilan. Mereka perlu di hukum dan dikenakan tanggungjawab atas apa yang berlaku itu. Pihak kerajaan juga perlu mendedahkan pihak manakah menjadi penganjur acara syaitan itu?

Bagi mereka yang kesal, kecea dan melihat konsert itu merbahaya kepada anak bangsa hendaklah membantahkan bukan sahaja setakat menyerah memorandum atau membuat kenyataan akhbar tetapi harus bertindak secara fizikal seperti berdemo ataupun mengambil tindakan perundangan. Perhati dan telitilah dari mana-mana ruang undang-undang yang ada baik sivil, jenayah atau agama untuk membuat tindakan perundangan. [wm.kl.5:34 pm 17/03/14]

2 comments:

Hana Sakura said...

sapa yg anjur ???? dan sapa yang luluskan konsert ni ???... kenapa hal2 buruk mcm ni mudah sngt diluluskan...klu nk wat ceramah cukup susah nk wat !!! this is the truth of malaysian !!!!

akulah69 said...

Yahudi telah berjaya menakluki minda. Kerajaan mengizinkan ia berlaku....secara tidak langsung. Bekukan konsert yg merosakkan minda, perilaku remaja. Kerajaan perlu lebih teliti.