Friday, March 14, 2014

Ulang tahun kekalahan Pas 36 tahun lalu penting diingat

ULASAN LEWAT                                                                              

Malam 11 Mac lalu telah berlangsung mini pengisahkan kecil untuk mengingati satu peristiwa yang penting bagi Pas Kelantan khasnya, rakyat Kelantan amnya iaitu tarikh kejatuhan kerajaan Pas tahun 1978 pada tarikh tersebut. Ia diadakan di rumah transit Pas Kota Bharu yang dibuka sempena pilihan raya kecil Kajang.

Wan Rahim dan Mohd Noor selaku pengkisah.
Mulanya tiga tokoh atau veteran Pas Kelantan yang juga bekas Adun dijangka memberi pengisahan, tetapi yang datang hanya seorang sahaja, bekas Adun, Ahli Parlimen dan juga Speaker DUN Kelantan, Wan Rahim Wan Abdullah. Dua lagi Hashim Omar dan Abdul Fatah Haron tidak hadir tanpa sebab-sebab dimaklumkan.

Sayang sambutan majlis itu juga tidak membanggakan apabila hanya 19 orang saja yang datang itu pun termasuk dua tiga orang veteran.


Saya turut sama hadir kerana majlis itu dikira penting untuk menambah maklumat dan 'cerita ceriti' berhubung kekalahan kerajaan Pas itu serta merungkai sebab musababnya. Mereka bertiga itu yang dijangka membuat pengkisahan adalah antara orang yang bertanggungjawab untuk menghidupkan semula Pas selepas kalah teruk sehinggakan tiga 2 kerusi daripada 36 kerusi dan satu parlimen daripada 13 kerusi parlimen. Dua kerusi Dun dimenang Pas ialah Sering dan Manik Urai manakala kerusi parlimen Pengkalan Chepa.

Majlis itu sepatutnya dikelolakan dengan lebih bersistemetik dan penyertaan yang meluas. Ia harus diusahakan secara serius termasuk publisitinya bukan dibuat sekadar melepas kentut sebelum berak. (Kan dah kena). Bukan di Kajang saja, tetapi perlu diperluaskan ke mana-mana bandar dan negeri. Tentulah tempat paling aulanya ialah di Kelantan sendiri. Mungkin Lujnah Penerangan Pas Kelantan boleh mengambil event malam tersebut sebagai program perdananya.

Manakala untuk di luar Kelantan ia boleh diatur atau dianjurkan oleh Perakan dan Persada atau mana-mana entiti lain. Mendukacita juga juga orang besar atau wakil PERAKAN dan PERSADA juga tidak nampak batang muka. Walaupun majlis itu lebih merupakan mengingati peristiwa tetapi ia ada sangkut paut juga dengan persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Bagi saya majlis pengkisahan seperti itu penting untuk mendedahkan kelemahan Pas ketika itu sehingga tumbangnya sebuah kerajaan yang sudah berusia 18 tahun. Kesimpulan-kesimpulan kenapa kerajaan itu sampai jatuh juga penting untuk diperingkatkan semula. Apa-apa yang belaku menyebabkan tumbang kerajaan itu patut difahami dan dijadikan teladan untuk menghadapi kemungkinan ia akan berlaku lagi sekali.

Seperti mana diketahui kejatuhan kerajaan Pas pimpinan Mohamad Nasir (Allahyarham) itu antara lain kerana berlaku krisis kepimpinan didalam Pas.

Walaupun majlis malam itu tidak mendapat sambutan tetapi ia memberi signifiken kepada mereka yang ada. Seperti mana didedahkan Wan Abdul Rahim dan Mohd Noor Yusuf, seorang veteran, peristiwa pada 11 Mac itu sesuatu yang memberi kesan jiwa yang tinggi. Generasi terkini tidak banyak mengetahui peristiwa berkenaan. Kerana itu mereka tidak tahu kepahitan pemimpin Pas terdahulu untuk membina semula kerajaan yang hilang.

Sebab itu orang seperti Wan Abdul Rahim, Mohd Noor atau saya sendiri sangat merasa penting pengkisahan kejatuhan seperti itu diadakan untuk dijadikan iktibar dan cermin sejarah. Segala peristiwa dan rentetannya sangat wajar diketahui oleh generasi baru yang mendokong Pas.

Mereka yang menyertai Pas menerusi karpet merah atau menjadi wira dan Walid al Walid apabila Pas susah berada dimusim panen, atau mengambil baton daripada orang tua mereka, tidak sama sekali merasai kepedihan di era Pas ketika menghadapi gerhana kekalahan dan kejatuhannya. Mungkin sebab itu mereka merasa majlis seperti itu sebagai membuang masa.

Sementelah masih ada tokoh-tokoh Pas yang mengalami peristiwa itu, dan menyaksikan sendiri dengan mata kepala mereka segala macam onak dan duri dihadapi pejuang Pas terdahulu, elok kalau ia diadakan dari masa kesemasa. Jangan menanti selepas semua mereka sudah tiada baru terfikir pentingnya kenangan dibangkitkan dan sejarah perlu ditulis.

Tokguru Nik Abdul Aziz Nik sendiri yang menjadi 'tuan firma' arkitek membangunkan semula Pas wajar diundang untuk menceritakan sejarah yang memedihkan itu. Rasanya tidak pernah kedengaran Nik Aziz mengkisahkan mengenai sukadukanya semasa zaman Pas dalam kegelapan.

Bekas TMB Abdul Halim Abdul Rahman, bekas Exco Omar Mohamad, Ustaz Idris Ahmad dan beberapa bekas Adun serta aktivis yang masih ada patut diundang sama bagi mengishkan mengenai peristiwa malang itu. Malahan dua orang yang terlibat secara langsung dalam krisis berkenaan seperti bekas Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Salahuddin Abdullah dan bekas Exco Cikgu Abdul Hamid juga perlu diundang sama untuk mendengar pengikisahan darinya.

Walaupun watak-watak itu bertentangan dengan watak lain semasa krisis yang membawa kecelakaan kepada Pas itu, tetapi cerita dan maklumat daripada mereka penting untuk dijadikan bahan renungan dan sempadan bagi mengelak perkara sama berlaku sekali lagi di masa akan datang.

Walaupun tokoh-tokoh pelapis Pas Kelantan yang ada hari ini seperti Ahmad Yaakub, Husam Musa, Mohd Amar Nik Abdullah, Takiyuddin Hassan, Zulkefli Mamat dan lain-lain mengetahui sejarah kejatuhan kerajaan Pas Kelantan itu, tetapi mereka tidak terlibat di peringkat awal untuk membangunkan Pas tahun 1978. Secara peribadi saya yang menjejak ceramah 'bangkit semangat' oleh Pas tahun 1978, saya tidak pernah ternampak mereka di mana-mana pentas ceramah.

Waktu Pas berjibuh dan bergelumang dalam lumpur mereka masih dibangku sekolah ataupun berada diluar Pas kerana tugas sebagai kakitangan kerajaan dan sebagainya.

Mereka adalah pemimpin pelapis yang menyertai Pas setelah Pas sudah kebah dari demam kerana kehilangan sebuah kerajaan. Ataupun mereka bersama Pas setelah separuh masa kedua sebelum Pas menjaring gol 52 gol bersama Angkatan Perpaduan Ummah tahun 1990. Dalam pilihan raya ini Pas menenag di 24 kerusi Dun manakala enama kerusi parlimen. Semangat 45 pula menang 13 kerusi Dun dan 7 parlimen dan Berjasa 1 kerusi Dun.

Apa pun terima kasih kepada pengajur majlis mengingati ulang tahun kejatuhan kerajaan Pas itu walaupun sambutannya hambar. Seperti dikatakan tadi peranan lebih penting dan bermakna harus diambil oleh badan-badan atau institisui tertentu yang berkepntingan dengan Pas dan kerajaan, termasuklah juga Instititusi Pemikiran Tokguru Nik Abdul Aziz (IPTG) dan Badan Perhubungan Pas sendiri.

Elok kalau institusi ini mengadakan majlis mengingati hari kekalahan Pas itu untuk mencari akal-akal dan fikiran baru bagi mempertahankan kerajaan yang ada kini. Mempertahankan kerajaan legasi Tokguru adalah juga menjadi tanggungjawab institusi tersebut! [wm.kl.8:54 pm 14/03/14]

1 comment:

mus said...

Assalam tuan.
Seolah majlis tersebut dibuat sekadar 'asal buat' saja. Saya tak pernah lihat sebarang promosi atau iklan berkaitannya. Inilah pertama kali saya tahu ianya ada dibuat.
Kalaulah saya tahu adanya majlis itu, besar kemungkinan saya akan hadir, kerana peristiwa 1978 itu berlaku semasa saya remaja, tidak faham soal politik dan mendapat maklumat dari radio & akhbar semata-mata. Tentu sekali saya amat berminat mengikuti apa yang telah berlaku, dari orang yang terlibat sendiri dengan peristiwa tersebut.